Followers :)

Jun 27, 2012

Ride To PerLis !! ^^

Assalamualaikum dan Salam 1 Malaysia untuk semua.. ^^
Ok !! Bertemankan secawan nescafe panas yang aku bancuh sendiri nie,aku nak story dengan korang semua story perjalanan aku hari nie..hehe..Sememangnya terbaek !! Ohsemm !!haha ;D

Hari nie, 26hb Jun 2012,aku ajak membew-membew aku untuk ride to Perlis..Planning nie aku buat last minit and hanya 3 orang ja yang dapat join..Tak kisah la..Janji plan berjalan seperti yang telah dirancang..hehe :)

Kami memulakan perjalanan seawal pukul 8am..Tapi biasalah nak tunggu berkumpul sorang-sorang and pakat-pakat buat last check up and topup full minyak motor masing-masing,jadilah pukul 9am baru kami mulakan perjalanan..hehe..Kami mulakan perjalanan dengan memasuki Plaza Tol Sungai Petani Utara dan terus straight keluar ikut Plaza Tol Alor Setar Selatan..Then kami ikut jalan biasa..Bila ikut jalan biasa nie,bolehlah pit stop sekejap..hehe..Ada la sekali kami stop minum pagi kat kedai area Jitra..

ketika last check up sebelum memulakan perjalanan..hehe
On the way :)
Selepas selesai minum pagi,kami teruskan lagi perjalanan kami sehinggalah kami menjumpai ini..hehe

 Pintu gerbang yang tertulis "Selamat Datang Ke Perlis"..WAhh..Gembiranya hati tak terkira..Iya la..Mau tak gembira..Setelah hampir 2jam lebih riding akhirnya sampai ke negeri yang dituju..hehe..Tapi destinasi sebenar masih jauh lagi..hehe..Destinasi sebenar kami ialah Padang Besar,Perlis..hehe..Ada barang yang aku nak beli di sana..hoho.. ;)
Gambar-gambar lepas nie ialah gambar yang aku snap semasa kami dalam perjalanan melalui daerah Chuping..hehe
Damai permandangannya..

Seronok ja ride dalam suasana macam nie :)

Keriangan kawan aku jelas kelihatan di situ..haha

Ride sambil menikmati permandangan bukit-bukau yang indah

Kami sempat pit stop sekejap kat tempat di mana lokasi penggambaran Jangan Pandang Belakang Congkak dijalankan..Tempat yang cantik berlatar belakangkan ladang tebu yang terbentang luas..hoho

Semua gambar nak jew dia ada..HAHA ;D

Adegan filem yang tidak diluluskan FINAS..HAHA ;p

Setelah lama and keras punggong dah dok ride atas motor tu,akhirnya kami sampai ke destinasi yang dituju  iaitu Padang Besar..Untuk pengetahuan kepada sesiapa yang belum pernah sampai ke Padang Besar nie,tempat nie sebenarnya sebuah tempat di mana ada banyak barang-barang berjenama dijual dengan harga yang murah..HEHE..Kebanyakan barang di sini dibawa masuk dari Thailand..haha.. ;)
Destinasi yang nak dituju dah pon sampai..So kami pon mulalah berjalan-jalan and mencari barang yang hendak dibeli..Dan akhirnya barang yang aku cari aku jumpa and terus aku beli..haha..Mesti korang nak tahukan barang apa???Haa..Tu kena tunggu..Di last post aku nie japgi aku bagitau..hehe ;)

Kat sini kami punya ghairah berjalan shopping sampai sekeping gambar pon takda kami take..huhu..sedih sedih..Tapi tak pe..Lepas nie banyak gambar aku take untuk tatapan korang semua..Muahaha ;D

Lepas dah dapat barang yang dihajati,kami rehat sekejap sambil lunch di kedai yang ada kat area Padang Besar tu.. ;)
Barang yang dihajati dah dapat,so apa lagi..Seterusnya aktiviti jalan-jalan habiskan minyak la..hehe ;p
So kami ambil keputusan untuk pergi jalan-jalan di Gua Kelam..Dah lama aku tak datang tempat tu..Tapi sedih kami bila sampai sana sebab gua kena tutup untuk renovation so kami tak dapat masuk..

TAPI......Sememangnya rezeki menyebelahi kami pada hari ni..hehe
Kebetulan masa tu ada krew-krew dari RTM yang datang melawat kat situ..Jadi kami dibenarkan masuk ke dalam Gua Kelam kedua bersama-sama dengan dorang semua dan kami akan explore gua tu sejauh 600 meter..Syukur.!!hehe ;)
Alangkah terkejutnya bila aku masuk dalam gua tu..YA Allah !!Indahnya ciptaanmu.. ^^
Untuk pengetahuan semua,Gua Kelam sebenarnya ada 2 buah..Gua Kelam 1 dah lama orang jumpa and jalan masuk dalam gua tu cuma 300 meter tapi gua yang kedua baru saja di komersialkan untuk pelancongan..Dalam gua ke 2 nie,kita akan dapat lihat kesan peninggalan perlombongan bijih timah pada zaman dahulu..Sebenarnya agak menyeramkan semasa kami masuk gua nie..haha..DAN kami diwajibkan untuk memakai topi keledar keselamatan.. ;)
Korang layanlah gambar-gambar kat bawah nie..hee
Sesampai di sana..bergambar dulu..hehe

Kamen Rider Biru & Merah bersama motor masing-masing..hoho ;D

Bergambar kenangan kat depan Gua Kelam 1

Sape nie erk??haha ;p
 Ok..Now mula gambar-gambar masa kami explore Gua Kelam 2..
Muka ketakutan..haha ;p



Liku-liku jalan di dalam gua..

Bersama krew RTM menjelajah Gua Kelam 2


Kesan tinggalan melombong bijih timah

Suasana dalam gua..Seram tapi menakjubkan ;)

kena panjat tangga pon ada..adeii..haha


Keselamatan diutamakan..Topi Tak boleh bukak,nanti terhantuk..haha
Macam-macam kejadian lucu berlaku semasa kami dalam gua..HAHA..Ada yang terhantuk masa tengah exploring tu..Iya la..Ada laluan bahagian gua yang rendah ja and kena tunduk sikit masa nak jalan..hehe ;p

Selepas dah puas exploring gua,kami memulakan perjalanan balik ke Sungai Petani..Kami tiba semula di Plaza Tol Sungai Petani Utara pukul 6pm tepat..Balik rumah dan rest..LETIH TERKANGKANG..haha ;D
Biar pon letih tapi puas sebab aku and kawan-kawan aku dapat satu pengalaman yang tak tak kan kami lupa..
Haa..Korang nak tahukan apa barang yang aku hajati tu??? nie dia !!!!


Sebuah beg Deuter Futura 55+15L..hee ^_^
Sorry la kualiti gambar kurang memuaskan..Al maklumlah take guna fon jew..huhu :)
Sekian saja story aku untuk kali nie..Sorry sebab panjang story aku kali nie..Tapi nak buat camna..Sehari punya story kot..HAHA..Orait..PaiPai semuaa..Goodnyte !! ^_^V



Notakaki : Nanti balik aku nak pergi lagi..Kali nie aku nak amek package explore gua melalui jalan lasak.. ;D..Ada yang nak join?? ;p

Jun 25, 2012

Memancing !!

Assalamualaikum dan Salam 1 Malaysia untuk semua :)

Nampak tajuk entri aku kat atas tu??Nampak kan??kan kan??hehe..Itu la yang aku nak celotehkan kat sini hari nie..Actually aku nak story pasal nie kat sini kelmarin..Tapi oleh kerana masa itu terhad so hari nie baru sempat..hehe ;)

Memancing....ermm..Sememangnya salah satu aktiviti yang memang aku minat..Aku mula minat memancing semasa umur aku 11 tahun..Masa tu aku baru darjah 5 or dalam bahasa orang putihnya standard five..HAHAHA ;D  Tapi masa aku mula menceburi bidang memancing nie,aku just memancing kat parit-parit kecil yang ada kat area sawah padi jew..Kalau orang kedah panggil 'Ban' atau tali air..hehe..Boleh la setakat nak dapat ikan haruan,puyu or keli yang kecik-kecik..Tapi kalau dapat yang besar,hahh !!Aku punya jerit macam akulah juara segele-gelenya dalam dunia nie..hahaha :p

Aku minat mancing nie pon sebab family aku minat jugak..So we sharing and do what we love to do ;) Then daripada memancing di tali air,aku mula belajar plak memancing menggunakan pancing moden atau orang panggil 'rod'..haha..Alaa..yang ada mesin kita bole pusing-pusing tu..hahaha :p Memancing guna 'rod' nie sememangnya kepuasan yang kita dapat tu lebih best and menyeronokkan or dalam erti kata lain its Ohsemm !!haha :D

Nikmat memancing nie sebenarnya kita akan dapat kecapi apabila kail kita disambar oleh ikan besar yang sememangnya para pemancing harapkan dan semasa proses atau usaha kita untuk menaikkan ikan tu la yang kita boleh rasa nikmatnya memancing nie..hehe..contohnya macam gambar kat bawah nie..hihi


Tapi korang ingat senang-senang ja nak naikkan ikan tu kalau ikan tu dah makan umpan kail kita?? Tak semudah itu..Skill perlu semasa nak naikkan ikan tu ke darat kerana kalau kita tidak gunakan skill dengan betul,ikan yang dah lekat di kail kita tu mungkin akan terlucut atau dalam erti kata lain ByeBye !!haha :D

Bagi aku sendiri,aktiviti memancing nie dapat memupuk sifat sabar dalam diri kita..Iya la,nak tunggu sekor ikan makan umpan bukannya seminit dua..Kadang-kadang sampai 3-4 jam..itu pon belom tentu lagi..hehe..Kedua,aktiviti memancing nie jugak bagos untuk kesihatan dan dapat melatih diri untuk lebih menghargai alam semulajadi sebab selalunya orang akan pergi memancing di tempat-tempat yang sunyi dan tenang dan tempat-tempat nie mesti cantik suasananya..So secara tidak langsung boleh menghilangkan stress bekerja dan bila kurang stress,risiko nak dapat penyakit jantung tu kurang..haha..memandai ja aku nie :p

Baru-baru nie,aku dapat pi memancing dengan family aku kat pantai..Aku lawan fight dengan abah aku..Dan ternyata akulah juara..jumlah pancingan aku 3 ekor berbalas 2 ekor oleh abah aku..muahahaha :D  Memang best la sekali sekala dapat luangkan masa lakukan apa yang aku suka bersama family tercinta..hehe..Dorang pon faham jugak yang aku tak dapat nak rasa nikmat memancing tu kalau aku kat Sabah..Mana da masa nak memancing nie kalau kat Sabah..huhu..So balik sini jew aku dapat buat semua tu :')
Oklah..Last adalah gambar hasil tangkapan aku pagi sabtu baru nie..hehe..Nanti aku celoteh lagi yew..Peace Yoww !! ^_^ v
Tata !!


Notakaki : #Memancing ikan tak pe..Jangan korang memancing perempuan jew..itu boleh menambahkan stress..hihihi ^^

Jun 22, 2012

Berakhirnya kisah kita :')

Assalamualaikum and Salam 1 Malaysia untuk semua :)

Hari nie aku rasa nak share satu lagu yang mana memang kena dengan diri aku,kena dengan hati aku,kena dengan keadaan aku pada masa nie..Tajuk lagu nie Akhir Kisah Kita nyanyian Ramona Azween..Aku dengar-dengar Ramona Azween nie sebenarnya artis youtube sama macam Najwa Latiff..Hehe..Dah macam cendawan tumbuh lepas hujan jew artis-artis yang lahir melalui Youtube sekarang nie..hehe..Aku pon nak jadi artis Youtube jugak la..HAHAHA ( perasan la kau Caon :p )

Sememangnya lagu nie memang ada kene mengena dengan aku sekarang nie..Lirik dia memang aku suka..Oleh sebab aku suka,aku akan ulang-ulang dengar lagu nie..hehe :) Ok lah..Aku tak nak celoteh panjang-panjang..Kat bawah nie aku sertakan lirik dengan videonya sekali..Laayann~ ;)





Tak ku sangka semua yang kita lalui telah berakhir, sekelip mata
Hari-hari ku tak serupa, kerna yang tinggal, hanya bayanganmu
Yang menghantui ku, kemana ku pergi
Apa yang ku lihat, hanyalah kamu

Chorus
Berakhir sudah kisah kita
Berakhir sudah kisah cinta
Walaupun sementara
Kau pergi dan tak kan kembali
Sakit di hati ku tak terhenti
Berakhirlah kisah kita

Janganlah kau bersedih kerna ia telah berakhir
Kau senyumlah kerna ia terjadi
Menjadi satu memori, tentang kau dan aku
Kau kisah cinta yang pernah berlaku

Yang menghantui ku, kemana ku pergi
Apa yang ku lihat, hanyalah kamu

Ulang Chorus

Berakhirlah kisah
Oh biarkanlah ia berakhir
Biarkan, biarkan ku sendiri
Menyatukan hatiku ini 

Ulang Chorus


Berakhir sudah kisah kita
Berakhir sudah kisah cinta
Walaupun sementara
Kau pergi dan tak kan kembali
Sakit di hati ku tak terhenti
Berakhirlah kisah kita

Cinta...
Berakhirlah kisah kita..
Oooo berakhirlah kisah...


Notakaki : Janganlah kau bersedih kerna ia telah berakhir..Kau senyumlah kerna ia terjadi..Aku setuju dengan ayat nie walaupun aku memang tengah sedih sekarang nie :')

Jun 18, 2012

Percutian Bersama Keluarga

Assalamualaikum dan Salam 1 Malaysia untuk semua :)

Hari nie aku kembali untuk satu lagi story yang sememangnya best(bagi aku la..hehe) Kelmarin, 17hb Jun 2012 aku dengan family aku pergi bercuti-cuti Malaysia kat Cameron Highlands,Pahang Darul Makmur..hoho..Sebenarnya planning bercuti nie memang family aku dah plan sebelum aku balik bercuti lagi..Then bila aku balik terus la planning nie menjadi..Tambahan pulak kelmarin kan hari Israk Mikraj so thats mean public holiday la..hehe ;)

Percutian kali nie sememangnya percutian terbaik lah aku cakap..Dapat spend time dengan family sememangnya suatu waktu yang sangat indah..hehe..Ok..Kami bertolak ke destinasi yang ingin ditujui bermula pukul 6am..Awal-awal subuh lagi dah bertolak dah..hehe

Semasa dalam perjalanan
Abah aku drive slow jew..Alaa..ingatlah kata pepatah "Biar Lambat Asal Selamat"..hehe..Then kami stop kejap dekat hentian rehat & rawat untuk sarapan sebab semua belom makan pape..Bangun awal pagi masak makanan untuk lunch jew tapi sarapannya belom..haha :p

Selepas selesai sarapan,perjalanan diteruskan..
Selepas semuanya selesai isi perut,kami memulakan semula perjalanan terus ke Cameron Highlands..Lebih kurang pukul 10am,kami sampai la ke destinasi yang hendak dituju..hehe..Tempat pertama yang abah aku stop sebab nak buang air pundi kejap ialah sebuah kedai yang sememangnya kalau kita sampai sana,kedai nie adalah kedai pertama yang kita akan jumpa..hee..Nama kedai nie Avant Chocolate..Nahh..korang tgok pic nya..

Dan lepas dah buang segala air-air yang ada,aku kuar dari toilet tu and terkejutnya aku sebab atas kepala aku penuh dengan buah strawberry yang merah menyala..GRRR...Macam aku nak jew petik makan terus tapi tak sampai sebab tinggi..haha..

Haa..Dah nampak gambar kat atas nie??Aku sure korang pon geram kan??kan kan kan??HAHA ;D
Then kami teruskan lagi perjalanan ke tempat tu namanya Taman Agro Teknologi atau nama lainnya MARDI Cameron Highland..hehe..Memang best kat sini..Nak masuk dalam MARDI nie kena bayar RM3.00 untuk dewasa tapi kami amat bertuah kelmarin sebab kami berpeluang untuk petik buah anggur and buah epal FRESH dari pokok..hohoho..So ape lagi..Kutip jangan tak kutip !!!Kutip then masuk dalam handbag mak aku..kah3 ;D  Penuh dengan buah ja handbag tu..hihi..Maaf la mak..Handbag mak jew yang ada masa tu..haha

Ok..Kat bawah nie beberapa gambar yang aku take masa kami jejalan kat MARDI..korang enjoy la gambar-gambar kat bawah nie yew..hehe ;)

Bunga pon ada dorang tanam dalam MARDI nie..hehe

My mom and all my sis ;)

Alamak..Kantoi bergambaq dengan bunga..HAHA ;D

Satu taman contoh kt sini tapi tak dibenarkan masuk :)

Tengoklah gelagat adik-adik and mak aku tengah cari epal untuk dipetik..HAHA

Nahh..Aku jumpa !!!hehe..Korang nak?? :p

Nie bahagian tanaman sayur-sayuran..

NAhh. !! FRESH dipetik dari pokok buah anggur nie.hoho

Gelagat family aku bersama buah anggur..Lepas bergambar tengok la apa abah aku buat..Tengok pic seterusnya..HAHA

Oppss !!Kantoi suda..haha
Jalan-jalan dekat bahagian tanaman tomato..
Tomato !! Its FRESH..nyum nyum..hehe ;)
Then lepas dah puas jalan-jalan and petik-petik buah kat sini,so kami pon meneruskan lagi perjalanan ke satu tempat untuk rehat sekejap and nak makan tengahari sekali..Ketika inilah bergunanya makanan yang mak aku masak awal-awal pagi tadi tu..hoho..Masing-masing semua dah lapar..haha..Lepas lunch,perjalanan diteruskan lagi ke satu lokasi kedai-kedai yang kat tepi jalan..Aku tak taw nak bagi nama pa..hehe..Tapi kat sini kami mulalah bershopping sakan..Beli sayur la,buah la and tak dilupakan souvenirs.. ^_^
Haa..pilih !! pilih !!pilih !! :p

Then kami menuju ke ladang teh pulak untuk bergambar kat sana and nak jalan-jalan kat ladang teh sana.. ;)  Sememangnya cantik betol pemandangan kat ladang teh nie..Nahh..beberapa gambar untuk tatapan korang ;)


My Mom & Dad..Love them soo much <3 ;)



Haha..Nie saja jew nak test skill photoshoot aku..So adik aku,aku jadikan model..hoho ;)
Ladang teh nie adalah tempat terakhir yang kami lawati kat sini..Sebenarnya banyak lagi tempat-tempat yang kami tak sempat nak singgah sebab kelmarinkan hari public holiday so ramai betul manusia-manusia yang hadir..Parking penuh and jalan pon agak jamm.Tapi its ok,next time masih boleh pergi tempat-tempat yang tak sempat untuk dilawati tu ;)
Antara tempat-tempat yang xsempat kami lawat kelmarin contohnya taman rama-rama,taman ular,Rose valley,taman lebah and banyak lagi la..hehe


Semasa on the way nak balik tu,kami sempat lagi singgah kat satu sungai yang ada air terjun untuk mandi segarkan diri..Aku tak tahu apa nama tempat tu..haha :p
Kat bawah nie aku sertakan jugak beberapa gambar yang aku saja-saja amek untuk tatapan korang ;)
(saja test skill guna camera handfon cap ayam jeww..hehehe ;D )







Nie namanya strawberry chocolate..Sepinggan RM12..HAHAHA ;D



A Moment to Remember..17/6/2012 @ Cameron Highlands ;)


Aku rasa sampai sini saja story aku untuk kali nie..Nanti aku story lagi yew..hehe ;)

Papaii~ ^_^
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...