Followers :)

Sep 21, 2012

Camping Hutan Taman Bukit Tawau ( Bhgn 3)

Hello..Moshi Moshi.. ^_^
I`m back..Tanpa perlu  memanjangkan pengenalan atau pembuka kata,aku nak straight to the point ja..hehe ;)

Keesokan harinya,aku terjaga dalam pukul 7am dan aku tengok Abg Jeff dah pon hilang dari dalam khemah..So aku pon dalam keadaan kesakitan cuba juga bangun and terjengket-jengket ke anak sungai untuk cuci muka..huhu..Terlupa aku story dengan korang yang sebenarnya semasa aku berendam yang sampai kecut segala bagai tu,aku tergelincir dan ibu jari kaki kiri aku pon luka.. Isi yang bersambung dengan kuku tu terkoyak sikit dan ada masuk kayu lagi kat dalam..Semalam tu aku biar jew sebab tak berapa sakit sangat tapi aku bangun ja pagi nie tengok-tengok dah pon bengkak and ada nanah dah..errr..Aku nie pantang sikit tengok ada nanah nie so aku pon picit sampai habis keluar semua nanah..haha..Tapi kayu yang kat dalam tu tetap aku tak bole buang sebab takda alatan =.="

So lepas cuci muka semua,kami pon sama-sama sediakan breakfast..Then aku dan Eric sama-sama pi berendam kat kolam air panas tu..Pagi yang sejuk camnie memang best la kalau berendam dalam air yang panasnya suam-suam kuku..hoho =D


Keindahan dan kedamaian hutan pada waktu pagi..kabus pon nampak tu..hehe



Ahhhh~...Such a relaxing time masa nie..haha =D
So selepas mandi kami naik tukar pakaian dan prepare untuk aktiviti trekking seterusnya ke Air Terjun Bukit Gelas..hehe
Persediaan dibuat dengan memakai stokin pacat..hehe

Korang tahu tak apa yang aku pakai tu??Yang warna kelabu tu..hehe..Itu la namanya stokin pacat..Nak elakkan pacat daripada masuk dan hisap darah di bahagian kaki..hehe
So setelah khemah diturunkan dan semua barang-barang telah kami packing,kami pon memulakan trekking ke destinasi yang ingin dituju..hoho ^^
Trekking turun semula sebelum ambil jalan yang lain unutk ke air terjun..


Siap kena langkah pokok tumbang lagi..hehe

Ada part kena daki bukit..


dan ada part yang kena turun bukit..
Sememangnya trek menuju ke Air terjun Bukit Gelas memang mencabar..Dengan keadaan trek berlumpur,mendaki dan menuruni bukit..Trek kali nie lebih mencabar daripada trek kelmarin..hehe..Tapi apa-apa pon..Memang puas la rasa bila dapat trekking di trek yang mencabar camnie..hehe ^_^

So setelah hampir sejam setengah perjalanan,kami pon tiba di lokasi iaitu Air Terjun Bukit Gelas..Hohoho =D
So kami just singgah sekejap ja di sini..So aku gunakan peluang masa yang ada untuk snap-snap gambar..Bateri kamera aku pon dah tak banyak masa nie..Inilah padahnya kalau yak bawa bateri spare..huhu =)

So for the last picture,kami bergambar bertiga berlatar belakangkan Air Terjun Bukit Gelas sebagai kenang-kenangan ^^

So selepas hilang penat trekking tadi,kami pon memulakan semula perjalanan menuju pulang untuk keluar dari kawasan hutan..hehe..Yang menariknya semasa dalam perjalanan keluar dari hutan,kami terserempak dengan seekor burung merak..wahhh..Tapi sorry la..Aku tak dapat snap gambar sebab jarak kami dengan burung merak tu jauh sangat..huhu..Tak da rezeki..hehe =)

So setakat nie sajalah cerita aku untuk kali nie..sorry la kalau story aku nie buat korang as pembaca boring sebab terpaksa tunggu sehingga 3 bahagian untuk habiskan satu cerita..huhu..Tangan dihulur maaf dipinta la yew..hehe ;)
Aku terpaksa buat begini sebab bagi aku,kalau aku ceritakan semuanya dalam satu entri,maybe ada beberapa moment yang aku akan terskip dan maybe aku tak akan share dengan korang..huhu..Aku just sharing a moment yang aku lalui dengan korang semua..Mana taw jika ada jugak story-story aku nie yang berguna untuk korang pada masa depan kan ^^

Sebelum aku terlupa..Aku ada jugak sedar yang ada beberapa kesilapan yang aku lakukan semasa camping kali nie..
1. Aku bawa pakaian lebih dari yang diperlukan..hehe
2. Bekalan makanan kami kurang ( aku terlupa bawa sosej..hehe )
3. Dari segi gadget pulak iaitu kamera,aku tak da bateri spare..huhu..So aku terpaksa hadkan penggunaan kamera aku semata-mata nak jimat bateri..
Pape pon.overall,memang aku rasa puas laa..Release segala stress dan tension..Tenang hati kosong jiwa rasanya..Sekali sekala kita membawa diri ke dunia yang jauh dari hiruk pikuk kota dan dari dunia yang padat dengan tekanan tak salah kan.?? ;)
Aku rasa korang patut cuba bila-bila korang ada masa..Korang akan dapat rasa apa yang aku rasa..hehe =)

Sekian dulu untuk kali nie..Adios~ ^_^v

Sep 19, 2012

Camping Hutan Taman Bukit Tawau (Bhgn 2)

Hye..Hye..Hye.!!!
Caon kembali lagi..Sekarang aku akan sambung story yang aku tak habis cerita pagi tadi..haha..Sorry la yew..aku update blog kelam kabut semalam,then tertido and bangun awal pagi tadi sementara tunggu bas datang ambil,aku cuba habiskan jugak..hihi ^^

Erm..Kat mana yew aku stop pagi tadi...ermmmmmm...........HAA.!!!! Ingat dah..Aku stop dekat aku mandi and berendam hampir sejam setengah tu..haha..Sememangnya kecut habis segala yang ada (jangan pikir yang lain-lain..haha). Di depan camp site kami ada 2 anak sungai.. Satu anak sungai yang airnya sejuk dan berarus deras dan satu lagi anak sungai yang airnya panas dan arusnya slow jew..hehe..Korang tengok gambar kat bawah nie..hee

Nampak tak ada 2 anak sungai dalam gambar nie??Kalau tak nampak tu tandanya pendek umur..haha =p
Nampak tak dalam gambar kat atas nie?? Kalau tak nampak tu sorry la yew..hee..Klik gambar kalau korang nak puas lagi tengok..hehe =)
Okay..Selepas kami puas berendam tu,kami pon naik and prepared untuk suasana malam..Dalam kepala otak aku masa nie ialah macam mana la suasana malam nanti..Mesti kelam gelap tak nampak apa..hahaha(aku bukan takut okay)

So kami pon cari la kayu-kayuan dan daun-daunan kering yang bole kami jumpa di sekitar kawasan campsite untuk kami nyalakan unggun api sebagai sumber cahaya kami nanti kalau suasana dah gelap..hehe

Kegigihan Abg Jeff dan Eric untuk menghidupkan api..haha
Selepas api berjaya dihidupkan,sekejap ja suasana menjadi gelap gelita dan kami keluarkan torchlight masing-masing sebagai sumber cahaya alternatif..hehe..Penting oo torchlight pada kami masa nie..HAHA..Then kami relax-relax sambil menghayati musik alam semulajadi yang sememangnya sangat menenangkan jiwa dan raga..Release segala stress yang ada dalam diri..hoho =)

Tiba-tiba Abg Jeff bersuara ajak kami sama-sama buat night jungle trekking..WAhhh..Macam best ja..hehe..Okay Abg Jeff..We are ready.!!!! Lets go bebeh.!! >.< Hehe

Besarnya torchlight atas kepala aku..HAHA =D

Ketika night jungle trekking..hehe..Nampak creepy tak gambar nie??heeeee~
 So kami pon sama-sama berjalan trekking di tengah kegelapan malam di dalam hutan dengan harapan dapat jumpa serangga or haiwan yang jarang dijumpai ketika siang..Tapi yang kami jumpa hanyalah serangga ini..hee..


Jadi la kan daripada tak jumpa apa-apa..haha
Then balik ke campsite dan kami panaskan semula hidangan yang kami masak petang tadi dan sama-sama kami dinner..Sedap pulak dinner di tengah hutan nie..HAHAHA..Walaupon hidangannya tak seberapa tapi rasa sangat mengenyangkan..Tak percaya??Korang bole cuba sendiri..hehe ;)
Makan sudah,kenyang pon sudah..Nak tido awal lagi..Hurmm...Nak buat apa lagi nie.. =.=
Tiba-tiba.!!!!!! Aku came up dengan satu idea..Apa guna ada camera..Gunakan la camera yang ada untuk menghilangkan boring..So kami ambil keputusan untuk buat sesi snapping-snapping hilangkan boring..haha

So menggunakan kreativiti yang ada,aku setup tempat tu dengan lighting dari torchlight dan lilin..Setup ala ala studio gitu~..hehe..So untuk 1st session kami mulakan dengan snap gambar jenis light trail..haha..Mula-mula memang nampak macam bangang ja suma hasil gambarnya..Tapi nama pon main-main kan..So tak kisah la..Korang jangan risau,aku akan share jugak kat sini..Aku konpom korang mesti akan gelak lepas tengok gambar-gambar nie..HAHAHA..Sorry kualiti gambar sedikit blur sebab tak da tripod masa nie dan kami pon masih lagi cuba-cuba untuk snap gambar sebegini..hehe =p

Aku tak tahu apa yang Abg Jeff cuba lukis di sini..hahaha(Hanya dia yang faham)

I`m a ghost..U should afraid of me..wuu~..haha


I`m an angel..hehehe =D


Tumbuh sayap sudah..kah3 =D
 HAHA..Mesti korang dah gelak dah nie kan? kan kan?hehe..Boring kan masa nie so memang jadi macam nie la..haha =p
Then kami come out dengan sesi yang kedua iaitu potret malam..hee.Tapi aku cuba untuk tidak menggunakan flash tapi just menggunakan sumber cahaya yang ada pada masa tu..hee..Dan hasilnya.....

Gaya santai dari Abg Jeff..hoho

Eric in black..hehehe


Seriusnya aku..haha..Fotogenik la katakan..hehe =p


Hehe..Itu la beberapa gambar potret yang kami snap malam tu..Masing-masing dari kami dapat merasa jadi model..hehe..Dan kalu korang nak tengok gambar behind the scene..Tengok kat bawah nie..Boleh la nampak prop-prop yang kami gunakan masa tu..Torchlight,Tisu,dan pinggan kertas warna putih..HAHA =D


Nampak tak prop kat bawah tu..HAHA..
Then setelah penat bergelak ketawa dengan hasil-hasil gambar yang kami dapat,kami berehat sebentar sambil minum nescafe 3in1..Borak-borak kosong sehingga pukul 12MN dan seterusnya kami check in ke dalam khemah untuk merehatkan diri..Esok hari banyak lagi aktiviti yang kami akan laksanakan..hehe

Okay..Aku nak wujudkan bahagian 3 pulak untuk story aku nie..hehe..Saja nak buat macam drama sikit..Bezanya story aku nie ada bahagian tapi drama ada episod.HAHA =p
(saja nak buat korang suspend,tapi kalau korang tak suspend tak pela =.=" )

Ok..Nantikan story aku seterusnya iaitu
"Camping Hutan Taman Bukit Tawau (Bhgn 3)"..
Sekarang aku nak sambung buat assignment aku..hoho..Selamat Malam~ Adios ^_^

Camping Hutan Taman Bukit Tawau (Bhgn 1)

Assalamualaikum dan Salam 1 Malaysia..
Hye..Hye..Hyee.!!! ^^
I am back with a new story to share with you all..haha..Alaa..korang pon mesti ada nampak aku update status di Facebook aku kan?? So dalam status tu aku ada cakap nak story dengan korang semua and sekarang lah masanya..hoho ^_^

Hari Ahad yang lepas (16 September 2012),kebetulan aku dapat cuti 3 hari masa nie..Sabtu,Ahad dan Isnin..Cuti Hari Malaysia okay..hehe(jangan jeless~)
So aku telah diajak oleh Abg Jeff..Still ingat Abg jeff?? Kalau tak ingat korang bole baca semula entri aku yang sebelum nie (Klik ja kat sini kalau korang nak baca siapa dia Abg Jeff nie..hehe ) Abg Jeff ajak aku untuk masuk trekking dalam hutan Taman Bukit Tawau untuk sama-sama dengan dia photoshoot dalam hutan tu..Tapi aku nie excited terlebih..Aku cuba tanya Abg Jeff macam nie :

Aku : Abg,bole ka kalau kita camping di dalam tu.? 1 malam jak bha..hee
Abg Jeff : Camping?? Aishh..Bole bha..Bagus juga ideamu tu..Bha,jadi kasi jadi la nie??
Aku : Okay boss..Settt Teruss.!! HAHA

Lebih kurang begitu la ceritanya..HAHA =p
So hari yang dinanti-nanti pon tiba..Aku ajak sorang lagi kawan aku iaitu Eric..Dia kawan serumah aku..So set up and packing semua barang-barang pada malam Sabtu,then pagi Ahad dalam pukul 9.30am kami bertolak ke Taman Bukit Tawau dengan bantuan seorang kawan aku..Dia la tolong hantar kami pi sana..(Macam ramai kan kawan aku di Tawau nie =.=" ).
 So dalam pukul 10am tiba la kami di destinasi yang hendak di tuju..Kebetulan hari nie kan hari cuti umum so memang ramai la manusia kat entrance nak masuk tu..Tapi kami 2 orang masuk FREE ja sebab Abg Jeff kan keja kat sini,so kami masuk ikut pintu belakang..hohoho..SHHH.!! Jangan bagitau orang okay.?? ;) HAHA
Keadaan sesak oleh pengunjung sebab Cuti umum kan..

Eric telah bersedia dengan stokin pacat purplenya..haha
So setelah jumpa Abg Jeff and semuanya telah siap sedia, kami pom memulakan langkah menuju ke kawasan hutan..Untuk info korang jugak,Abg Jeff dah masakkan lunch and dah tapau(bungkus) sedia unutk kami bertiga..hehe..Tu nampak tak yang bergantung di beg aku dalam plastik warna kuning tu..Itu la dia lunch kami..malas nak pegang kan,so aku gantung ja..HAHAHA =D

Keadaan jalan trekking semasa permulaan perjalanan..Still in good condition :)
Melalui titi melintasi sungai

Jalan semakin mencabar..Jalan sememangnya berlumpur =.=
Sebenarnya pagi sebelum kami memulakan perjalanan,hujan turun lebat sangat..Masa aku terjaga dari tidur pon aku dok berdoa ja supaya hujan berhenti..huhu..Syukur hujan berhenti tapi keadaan jalan untuk trekking memang berlumpur habis dan semestinya sangat mencabar..hoho =D

Kami mula trekking sekitar pukul 10.15am dan tempat pertama yang kami akan pergi ialah Kolam Air Panas a.k.a Hot Springs..Jarak destinasi yang kami nak pi nie lebih kurang 3Km..hehe..Macam-macam keadaan jalan trekking kami lalui..Lintas jambatan gantung,daki anak tangga hinggalah lintas anak sungai..hehe :)


Ini jambatan gantung yang terpaksa kami lalui..bergoyang beb.!!! >.<

Keadaan hutan tebal semasa perjalanan


Siap ada kena langkah pokok tumbang lagi..hehe

Lintas anak sungai pulak dah..haha
Yeahhh.!!! 200 meter lagi..
Setelahs emua ranjau dan duri telah kami harungi (aisehh..macam ayat puisi pulak..haha) kami pon nampak la signboard macam kat atas nie..K.A.P - Kolam Air Panas 200 meter lagi..wuhuuu.!!tak sabar rasanya nak sampai..hehe ^_^

Dan tiba-tiba kami sampai di satu kawasan hutan yang sememangnya membuatkan aku rasa seram sejuk sebentar..haha..Nak tengok camna rupa hutan tu?? Tengok kat bawah nie..
Nahh..tengok..seram kan??kan kan kan??hehe..Hutam kawasan sini lain daripada hutan biasa sebab tumbuhan yang ada di kawasan sini hanyalah tumbuhan seperti paku-pakis yang pelbagai saiz..Ada yang besar dan ada yang kecil..Kalau ada pokok yang batang keras pulak,batang pokok tu mesti akan berwarna hitam seolah-olah terbakar..tapi di bahagian bawah ja..Herannn kn??ermmm =.=

Rupa-rupanya selepas aku tanya Abg Jeff,dia bagitau yang sebenarnya kawasan yang berdekatan dengan Kolam Air Panas nie suatu masa dulu adalah bekas kawasan gunung berapi..(betul kew?? =.=" )
Jadi tanah di kawasan sini mengandungi sulfur dan kawasan ini panas..Sebab tu la pokok akan kelihatan hitam batangnya..hehe..

Jalan..Jalan..dan jalan...
Akhirnya......Jeng..Jeng..Jeng.... ^_^
Kami tiba di destinasi yang dituju tepat jam 12 tengahari..Kolam air panas..haha..Sampai ja kami terus letak beg dan masing-masing merehatkan diri seketika dari penat lelah sebelum kami decide untuk dirikan camp site di sini..Kebetulan ada satu pondok dibina so kami bole gunakan pondok tu sebagai support berteduh khemah kami..hehe

Berehat seketika setelah hampir

Lihatlah kejernihan airnya..hoho ^^

Pemandangan dari satu side di mana view terus nampak khemah kami..hoho =D

Khemah telah didirikan..hoho :)

Air panas di sini tidaklah panas sangat..suam-suam ja..Aku rasa suhu dalam 35-45 Darjah Celcius la..hehe..So setelah khemah di setup dan semuanya telah disusun,Abg Jeff bawa aku pi sungai berdekatan untuk memancing ikan..haha..Sebenarnya sungai nie dilarang untuk memancing tapi pandai-pandai la..HAHA..Shh..!!jgn bagitau orang lain nohh..haha =p

Dapatlah seekor ikan Kelah sebesar tiga jari..kecil ja..cukup lah untuk hidangan makan malam nie..hehe..Selepas balik dari memancing,kami sama-sama decide and masak untuk dinner malam nie..Kami masak sedia sebab nanti malam suasana gelap susah pulak nak masak..So kami akan masak sedia and nanti malam tinggal panaskan jew..hee..
Lepas semua hidangan siap di masak..Kami pon membawa diri ke sungai berhadapan dengan camp site kami and kami mandi and berendam di kolam air panas tu hampir satu jam setengah..HAHA..Kecut habis apa yang ada..hahaha =D

Ok..Aku nak off and pi kerja dulu nie..Nanti balik aku akan sambung story aku nie untuk bahagian yang kedua okay..
Korang boleh klik di sini 
 =D

Sep 15, 2012

Taman Bukit Tawau ^^

Assalamualaikum dan Salam sejahtera buat semua..hehe

Hye..Hye..Hye.. =)
Sepatutnya minggu lepas lagi aku nak update mengenai nie tapi disebabkan kesibukan melanda so hari nie baru aku berkesempatan untuk update..Tak kisah la janji niat untuk update tu tercapai..haha =D

Korang masih ingat entri yang aku update baru-baru nie?? Entri bertajuk Sepetang Yang Tenang..hehe..Dalam entri tu aku ada bagitau kan yang aku ada berjumpa dengan seorang lelaki bernama Ari..Dia dari Pahang datang sini bercuti dan secara kebetulan aku jumpa dia tengah shooting-shooting kat tepi pantai..So aku tegur and kami jadi kawan..hehehe ;)

Then pada keesokan harinya iaitu hari Ahad (9 September 2012),aku dan Ari berpakat untuk pi ke Taman Bukit Tawau untuk shooting-shooting kat sana pulak..hehe..Tengok..Baru kenal sehari dah macam lama kenal kan?? Baru sempoii..!!HAHA =D



Kami memulakan perjalanan lebih kurang pukul 1.30pm..Mula-mula kami tanya bas untuk ke sana tapi rupanya hanya ada charted bas ja untuk pi sana..Kalau setakat 2 orang,driver tu cakap memang takda la dia nak masuk sampai dalam sana..huhu..Kami dengan perasaan hampa dan mula rasa down and macam tak mau ja pi sana..Tapi tiba-tiba Ari ajak jugak pi sana and kami gunakan khidmat teksi untuk ke sana..RM30 tambang for 1 way..haha..Terbaek..!!huhu

Dalam teksi on the way ke Taman Bukit Tawau ^^

Pemandangan sepanjang perjalanan..haha
Perjalanan dari bandar Tawau mengambil masa dalam 15 - 20 minit  la..haha..Sesampai ja kami di sana,kami pon masuk la dan kena bayar yuran masuk RM3.00..Tempat nie kena warta as hutan simpan kan so mesti la bayar sikit..hoho =D
Then tanpa berlengah masa tempat pertama kami pi ialah pejabat pengurusan yang ada di situ..Sebelum masuk ke dalam hutan kena la jumpa dulu orang-orang tempat nie and tanya dulu mengenai lokasi-lokasi menarik dalam Hutan Taman Bukit Tawau nie..hehe =)

Salam diberi,kasut pon dibuka..
Kami pon melangkah masuk ke dalam pejabat tu and kami berkenalan dengan Abang Jeff..Dia renjer hutan sini..Sememangnya dia memang expert la dengan kawasan hutan nie..haha..And untuk pengetahuan korang jugak..Dia jugak salah seorang peminat fotografi dan menggunakan Nikon D5100..WAhhh..!!!Aku dapat geng.!!! >.< HAHAHA

Yang Ari pulak sibuk nak beli souvenirs untuk dibawa pulang ke kampung halaman..haha..Lawak betul tengok telatah dia tawar-menawar harga dengan abang Jeff..

Bang,yang nie berapa harga abg boleh bagi??HAHAHA
 Then setelah selesai sesi tawar-menawar and sesi perkenalan..Kami pon dapat la peta mengenai tempat nie..Boleh la buat panduan japgi..hehe ;)

And bermulalah sesi bergambar untuk kenangan..Aktiviti nie sememangnya wajib untuk simpanan sebagai kenangan..Korang pon sama jugak kan kan kan??? =D


 
Dari kiri : Aku,Ari & Abg Jeff

Selepas tu,aku dan Ari memulakan langkah menuju ke dalam hutan dan destinasi yang kami pilih ialah 'World Tallest Tropical Tree'..So kami pon memulakan trekking sejauh kira-kira 1Km..Sepanjang perjalanan tu kami ada la shooting-shooting gambar flora dan fauna..Dan semestinya gambar-gambar diri sendiri jugak perlu di snap..hahaha..Nanti di hujung entri nie aku letak gambar-gambar shoot terbaik yang aku dengan Ari snap tu..hehe ;)

Aku di atas jambatan gantung..hoho =D

Ari..Comel gitu..HAHAHA

Aduii..Ada gangguan pulak..HAHAHA..Sian Ari..
Jalan trekking tidak jugak terlalu sukar..Macam kat dalam gambar bawah nie haa.. =)
Nahh..Ada jambatan lagi..hihi ^^

Dan seterusnya kami berjalan lagii....


Dan lagii..Dan lagii..Dan lagiii..

Dan akhirnya...
Kami sendiri pon sesat.!!!! HAHAHAHAHA =D
Tak dela..Saja ja..Gurau jew..huhu =)






Seterusnya kami pon berjalan la lagi..dan nie lah gambar-gambar yang kau dan Ari snap sepanjang perjalanan tu ^_^

I snap u..Say cheeseeee.!!!hehe ;)





Antara pokok yang kami jumpa semasa dalm perjalanan..Besar kan??

Keciknya aku..hahaha
 Kat bawah nie gelatah Ari untuk mendapatkan shoot yang terbaekk.!!!HAHAHA =D

 Nie plak shoot aku yang aku suka..hehe ( sambil buat hidung kembang kecut )


 Nie plak shoot Ari yang aku suka..hehe
Mensyukuri ciptaan Tuhan =)
Snap tu snap jugak tapi perjalanan ke destinasi perlu diteruskan..
300meter lagi..hehe..chaiyoo..chaiyoo..
dan akhirnya kami tiba di destinasi yang dituju... "World Tallest Tropical Tree" - 88.25 meter ^_^
Kami rehat sebentar kat situ sambil dihiburkan oleh alunan musik asli dari fauna hutan..Tenang ja rasa hati nie..hehe ^_^
Setelah lebih kurang 15 minit rest,kami mulakan perjalanan semula untuk trekking keluar dari hutan pulak..Rasa berbaloi and puas sangat-sangat..
Sepanjang perjalanan balik bateri camera pon dah semakin berkurangan so kami just snap sekali sekala ja..HAHA..Itu la tadi snapping sampai tak hengat dunia.. =D




Kat bawah nie ialah beberapa gambar yang aku dan Ari snap..Korang sendiri boleh nilai kan..so kalau buruk just lihat ja..Dan boleh jugak tinggalkan komen kejujuran dengan menyatakan gambar-gambar ini adalah buruk di ruangan komen di bawah entri nie..HAHAHAHA =D








Hehe..Banyak lagi sebenarnya tapi nie ja yang aku nak share untuk kali nie..huhu =)
Setelah penat berjalan dan kami pon sampai semula di bahagian pintu masuk dan sekali lagi kami bergambar yang terakhir sebagai kenang-kenangan..
Yang nie kami minta jasa baik sorang pakcik untuk ambil gambar kami..hehe..Arigatou pakcik..!! ^^



Sampai sini saja dulu entri aku untuk kali nie.. Dan sebelum aku mengakhiri entri ini..Aku rasa korang patut tahu yang nie...
HAHAHA..Kenapa Ari terlambai-lambai tu..???? =.="
Sebenarnya kami terpaksa tahan kereta yang lalu lalang untuk tumpangkan kami balik ke bandar sebab masa nie dah memang tak da dah bas yang lalu kawasan nie sebab jam dah pon pukul 6 lebih..wakakaka =D
TERBAEK.!!! ^^

Oklah.Sekian saja untuk kali nie..Sorry kalau korang rasa entri kali nie macam annoying sikit..Ini blog aku so aku just sharing apa yang aku rasa and pengalaman aku dengan korang semua..Aku banyakkan gambar sebab dengan gambar korang boleh merasai apa yang aku rasa dan tak la korang bosan sangat untuk baca entri nie kan??..hehe ;)
Kalau suka,korang bole tinggalkan komen kat bawah..Tak suka pon boleh jugak komen kat bawah..hihi
Sekian..Adios~ ^_^
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...