Followers :)

Oct 25, 2012

Pilihan Ibu vs Pilihan Hati


Assalamualaikum dan Salam 1 Malaysia buat semua..hehe..
Nampak gambar kat atas tu??And nampak tak tajuk entri untuk kali nie??HAHA..Lain jew bunyinya kn??hee..Dalam gambar kat atas nampak sangat pada raut wajah aku yang aku sedang buntu memikirkan sesuatu..haha..Sorry la yew..Gambar diatas hanyalah sekadar ilustrasi untuk mencuit hati..kui3 =D

Ok..Kelmarin aku ada update status di FB aku berkenaan tajuk diatas..Ceritanya begini,masa on the way jalan kaki balik keja petang kelmarin tiba-tiba aku terfikirkan mengenai hal nie..So otak aku yang sememangnya cergas nie pon (cergas la sgtt.!! kn? ) tiba-tiba menimbulkan satu idea iaitu try update status mengenai hal nie dan cuba tengok respond kawan-kawan FB camna and apa pendapat dorang..hee

Okay..Seperti yang korang nampak diatas nie aku telah pon melakukan satu post yang bertulis " Antara pilihan ibu dengan pilihan hati sendiri...Pendapat anda please.? Anyone.?"
So ada jugak la beberapa orang kawan-kawan yang respond dengan meluangkan sedikit masa mengomen di status aku tu..Terima kasih banyak-banyak yew..Aku hargai pendapat korang tu =)
Ada jugak aku tanya pendapat kawan-kawan aku secara lisan dan ada jugak aku tanya melalui sms..HAHA..Dah macam ahli kaji selidik dah aku nie..Padahal pasal benda nie ja pon =.="
Tapi tak pa..Keputusan research (cewahh.!!Research konon..HAHA) aku nie aku akan kongsikan di sini..hehe

Pilihan Hati

  1. Kita lebih mengenali berkenaan Si Dia kerana mungkin ada yang sudah berkawan a.k.a bercouple lama contohnya 2 - 3 tahun atau lebih lagi..
  2. Dapat merasai kemanisan bercinta sebelum kahwin..
  3. Akan rasa lebih berpuas hati kerana ianya adalah pilihan hati sendiri dan kita telah mengenali Si Dia..

Pilihan Ibu @ Keluarga
  1. Lebih direstui kerana pilihan ibu atau keluarga selalunya adalah pilihan terbaik =)
  2. Dapat merasai manisnya bercinta selepas berkahwin yang mana susah sekali orang zaman sekarang nie nak dapat rasa..hehe
  3. Perlukan lebih masa untuk saling mengenali,saling mesra serta saling memahami antara satu sama lain selepas berkahwin.

Okay..Nampak perbandingan yang aku dah list kat atas nie?? Ini hanyalah sekadar perbandingan dan perbandingan aku kat atas nie nampak macam sedikit berat sebelah kan??Yup..Aku sendiri pon sedar tu..So kat sini aku nak huraikan dengan lebih lanjut..hehee

Keputusan sebenarnya adalah terletak pada diri masing-masing..Ada yang cakap pilihan hati adalah terbaik dan ada jugak yang cakap pilihan ibu atau keluarga adalah pilihan terbaik..See.!! Pendapat serta pandangan setiap orang tidak samakan..So konklusi yang boleh aku buat di sini ialah sama ada pilihan hati mahupun pilihan ibu atau keluarga,masing-masing ada kelebihan serta kelemahan tersendiri.

Ada yang cakap jika kita pilih pilihan hati,kita akan lebih puas hati sebab kita dah kenal si Dia dari atas hingga bawah..Tapi kita harus ingat di mana ada juga kes yang berlaku di mana ibu bapa atau keluarga tak suka dengan pilhan kita..So di sini berlaku la ketidakrestuan dalam perhubungan..hehe..Apa daa ayat aku nie..haha =D

Jika pilhan ibu atau keluarga pulak,ada yang cakap pilihan keluarga adalah pilihan terbaik kerana jika perhubungan direstui oleh seisi ahli keluarga maka kehidupan selepas itu akan lebih harmoni..Tapi perlu juga di ingat yang jika kita menerima pilihan keluarga,mungkin kita akan memerlukan sedikit atau lebih masa untuk proses penyesuaian diri bersama sebab masing-masing belum kenal mengenali kan..hehe..

Tapi mostly pada masa kini memang jarang la ada kes di mana seseorang itu berkahwin dengan pilihan keluarga sebab hal sebegini hanya diamalkan pada zaman dahulu iaitu zaman datuk nenek kita..Nenek dengan datuk aku pon kahwin atas pilihan keluarga..Kahwin muda lagi tu..HAHA..Bahagia ja sampai sekarang..kui3 =D
Apa yang boleh aku cakapkan disini ialah tak kisahlah apa sekali pon pilihan kita,yang penting ialah restu dari keluarga..Kalau ada kita berkenan atau memang kita sedang berkawan a.k.a couple dengan seseorang itu,bagus bawa berjumpa dengan keluarga kita mahupun keluarga si Dia supaya keluarga masing-masing tahu yang kita sekarang nie sedang berkawan dengan siapa..Kalau keluarga kedua-dua pihak dah restu itu dah kira bagus kan??Dah kira "Greenlight" dah tu..Hoho..Tapi kalau ada keluarga yang tidak merestui perhubungan tu,sebagusnya bawa berbincang dan tanyakan sebab kenapa keluarga tidak suka dengan si Dia..Jika sudah diketahui sebabnya maybe kita sendiri boleh berusaha mengubah sesuatu yang tidak disukai itu menjadi sesuatu yang disukai..Contohnya di sini,Aku guna contoh diri aku sendiri la..Aku sendiri pernah tanya mak aku berkenaan calon menantu yang dia inginkan..Satu jew dia cakap..Kalau boleh cari la yang bertudung..So kalau hati aku dah berkenan pada seseorang yang "free hair" a.k.a tidak bertudung,so aku kena la perlahan-lahan berusaha mengubah si Dia yang "free hair" ini kepada si Dia yang no more free hair..hehehe..Lebih kurang begitu la kan..huhu =)

Apa yang aku celotehkan disini bukanlah kerana aku nak cakap yang diri aku nie sempurna tapi sekadar berkongsi cerita dan pendapat dengan korang semua kawan-kawan pembaca Blog aku nie..Sama-sama la kita jadikan panduan serta teladan jika apa yang aku celoteh nie adalah baik serta berguna dan abaikan atau bagitahu aku kalau entri aku nie tidak membawa apa-apa faedah langsung..So sama-sama la kita renungkan bersama yew..Huhu =)

Nota kaki :Aku bukanlah Dr.Cinta okay??Aku hanyalah insan biasa seperti anda..hehehe ;)

Oct 20, 2012

Ekspedisi Puncak Gunung Lucia

Assalamualaikum dan Salam 1 Malaysia buat semua..hehe ^^
Hello mosihi-moshi evelibadi..haha..First of all aku nak mohon maaf kerana sepatutnya aku update story nie hari Isnin yang lepas tapi oleh kerana kesibukan bekerja dan ketiadaan mood untuk menghupdate blog so aku decide aku nak update hari nie..HEHE

Ok..Seperti yang korang sedia maklum (yang tak sedia maklum tu,korang baca jela entri nie..haha),pada hari Sabtu baru-baru nie aku dengan 4 orang lagi kawan aku membawa diri untuk berekspidisi bagi menawan puncak Gunung Lucia iaitu salah satu daripada gunung yang terdapat di dalam Taman Bukit Tawau..Hehe..Mesti korang hairan kan kenapa kerap sangat aku pi Taman Bukit Tawau tu..Okay..Sekarang aku nak jawab pertanyaan korang tu walaupun ada yang tidak bertanya..HAHA =D
Aku suka environment kat sana..Suasana hutannya yang sangat menenangkan jiwa dan untuk pengetahuan korang jugak aku memang seorang yang minatkan cabaran ^^ Okay,cukup setakat itu..hehe..Now kembali ke jalan benar =.=" Apa kejalan yang benar daa..Kembali ke cerita yang sebenar..HAHA

Kami memulakan perjalanan ke sana seawal pukul 7am pada pagi Sabtu tu..Kami terpaksa sewa sebiji kereta untuk hantar kami 5 orang ke sana..Apa bole buat beginilah caranya kalau tidak memiliki kereta sendiri..  ♪, ♫, ♩ Tiada keretaku bawa kau jalan-jalan..lalallla  ♪, ♫, ♩ (menyanyi pulak =.=" ) 

Tapi sebelum tu,let me introduce to you all my expedition team..I present to you.!!(drum rolling)..TADAA.!!!

Hehe..Effect jew lebih..wakaka..Bermula dari atas sekali sememang yang kacak lagi bergaya(Puih.!!Kacak la sgt.!! =.= )..Aku,Danny,Frenly,Ronald, dan Sonny..Yang di bawah sekali sebelah kiri,tu ialah guide yang bawa kami ke puncak..hehee =)

So kami sampai di Taman bukit tawau sekitar jam 7.30am dan kami relax-relax dulu sementara menunggu Abg jeff dan guide kami sampai..Then Kami dikehendaki mengisi borang terlebih dahulu..Selepas isi borang,kami duduk sekejap di cafe yang ada kat situ untuk prepare diri secukupnya sambil-sambil pekena milo panas sorang secawan..hehe


So dengan rasminya setelah segalanya well prepared,kami memulakan perjalanan ekspedisi pada pukul 8.20am..Untun pengetahuan korang semua,perjalanan ekspedisi kami ialah sejauh 13km untuk sampai ke puncak.Aku difaham kan oleh guide kami yang trek untuk ke sana memang mencabar dan kebanyakan trek adalah jenis mendaki bukit dan ketinggian Gunung Lucia ini ialah setinggi 1201m dari aras laut..Woahh.!!sound interesting..hihi ^^
Orait..Lets go bebeh.!!!YEAH.!!

Perjalanan dimulakan..YEAH.!!

Langkah pokok itu Fren..haha..Sempat lagi posing..

Pitstop pertama setelah 30 minit perjalanan..

Di sini bermulanya trek mendaki..

Pitstop kedua 20 minit kemudian..penat oii mendaki..haha

Di kilometer ke-4,inilah view yang kami dapat..hoho..Tapi perjalanan masih jauh..


 Akhirnya setelah lebih kurang 5 jam perjalanan,kami selamat tiba di hostel atau kabin pada pukul 2pm..ARGHH.!!!at last..hehe..Di sinilah kami akan bermalam pada malam nie..hehe..So sampai ja,semua terus terduduk kepenatan..Baju basah dek peluh macam mandi..haha..Tapi perjalanan kami untuk ke puncak masih berbaki 2.5km sebenarnya..Kami stop di sini untuk drop barang-barang,rehat seketika dan untuk menikmati makan tengahari..Elok sangat la..Perut aku pon asyik menyanyi ja sepanjang perjalanan tadi..HAHA=D
Kat sini aku sertakan juga beberapa gambaran keadaan kabin nie dan sedikit info pasal kabin nie..Memang selesa..Ada 6 bilik keseluruhan dan satu bilik terdapat 6 katil di mana boleh memuatkan 6 orang..Katil,tilam bantal dan selimut memang disediakan..Ada dapur dan toilet serta bilik air..Bekalan air pon ada dan sememangnya sejuk macam air aissss...BRRRR.!!!haha..Just semasa kami pi sini,bekalan elektrik takda sebab menurut apa yang disampaikan oleh guide kami,ada problem dengan suis utama iaitu suis utama blow off.!! So nampak gayanya bertemankan lilin dan torchlight la kami malam nie..hehe
Laluan utama kabin..


Keadaan dapur yang cukup lengkap..hehe

Setelah kekenyangan dan badan pon dah kurang letih sikit..Tepat pukul 3.30pm,kami memulakan semula perjalanan mendaki ke puncak..PErghh.!!Terus-terang aku bagitau korang semua yang perjalanan menuju ke puncak lagi lasak dan mencabar daripada tadi..Kecerunan mendaki adalah sekitar 30 - 80% kecerunan..Korang boleh bayangkan sendiri kan..hehe ;)

Memulakan perjalanan ke puncak..SPREAD.!!! =D

Langkah itu pokok Danny.!!HAHA..Ada cerita di sebalik tabir gambar..

Hampir di situ..

Lihatlah kecerunan itu..Habis cramp segala otot-otot kaki..haha
Dan setelah puas trekking dan mendaki,AT LAST.!!..Kami sampai ke puncak akhirnya.. "Here we are broadcasting live from Peak Of Lucia" hahaha =D
Kami tiba di puncak pukul 5pm..Tapi keadaan puncak gunung nie tidak seperti apa yang aku jangkakan sebab hanya terdapat satu view ja macam kat gambar bawah nie..Selain dari view nie hanyalah pokok-pokok yang dah semakin meninggi..huhu..Tapi tak pela..Yang penting puas.!!!YEAH.!! =D
Rehat sebentar di sini sambil snap snap dan snap..Memang happening kami semua masa nie ;)

Semua rehat-rehat sambil menikmati permandangan..hehe

Seragam gitu okayyy..HAHA =D

Bersama guide kami yang macho..

YEAH.!! RUN AMO at the Peak Of Lucia.!!! ^_^
Setelah 30 minit berehat di puncak,tepat pukul 5.30pm kami memulakan perjalanan turun semula ke kabin sebab cuaca semakin gelap..Kalau kami lambat bergerak turun nanti kami terpaksa la trekking turun dalam kegelapan..haha..Tapi takpa,we are always be prepared..Torchlight sudah tersedia dalam beg..hoho ^^
Tapi sekejap ja kami sampai ke kabin sebab kami berlari turun..HAHA..Sekejap ja sampai..Pukul 6.20pm kami dah sampai di kabin..hee

Suasana senja mula berlabuh.. =)
Setelah sampai ke kabin,kami semua buat hal masing-masing dulu la..Ada yang berehat dulu,ada yang terus pi mandi..hehe..Sebelah malamnya,kami sama-sama masak untuk dinner dan selepas dinner kami stay di ruang luar kabin tu dengan hanya bercahayakan lilin..So kami just chit-chatting ja sambil bergelak ketawa..Macam-macam cerita ada..Cerita pasal pompuan,hantu,kenangan lalu dan macam-macam ada la..Macam Astro..HEHE =D
Sedar tak sedar jam dah pun pukul 10pm..So masing-masing membawa diri untuk check-in di katil masing-masing untuk berehat..

Keesokan harinya kami bangun seawal jam 6am untuk bersiap + sarapan + bersedia untuk trekking turun semula ke bawah..Setelah semuanya well prepared..Kami pon memulakan perjalanan turun..Ehh..Ehh..Ehh..Tapi sebelum tu..Last bergambar sebagai kenangan..Entah bila la lagi dapat sampai sini..huhu =)

So tepat pukul 8.20am kami pon memulakan perjalanan turun..Semuanya terpaksa berlari sebab keadan trek yang curam dan sentiasa menuruni bukit ja..Masa naik kena mendaki,so nak turun kena la berlari turun pulak..haha..Kami terpaksa menggunakan dahan-dahan pokok yang ada di tepi trek untuk bantu kami brek semasa berlari tu..Habis merah tangan..Tapi memang terbaikk la..Untuk sepanjang perjalanan turun nie kami hanya melakukan sekali pitstop dan hanya mengambil masa selama lebih kurang 4 jam untuk sampai di bawah..HAHA..Ekstrem habis..hihi ^^

Sampai ja di bawah..Semua nampak muka kepenatan..Rehat sebentar di bawah sebelum kami bertolak pulang..hoho..Untuk pengetahuan korang jugak,kami naik ke puncak nie bukan saja-saja tapi kami dapat sijil lagi..Macam naik gunung kinabalu la..hehe.Tapi masa turun nie sijil kami belom sempat siap..So nanti kalau dah dapat aku akan post gambar kat sini k..hehe

Sampai sini ja dulu coretan aku untuk kali nie..Sehingga berjumpa lagi di story aku yang seterusnya..Sebelum tu aku nak ambil sedikit kesempatan untuk ucapkan terima kasih kepada korang-korang yang sudi membaca story-story aku selama nie..Aku hargai sangat-sangat... =)
Sekian dulu dari aku..Adioss~ ^_^

Oct 6, 2012

3Hari 2Malam : Semporna Trip [Day 3]


Hello dan Hai..Hai..Hai..!!! ;)
Okay..Tak nak bebel panjang..Just go straight to the point..HAHA =D

DAY 3

Hari nie merupakan hari ketiga aku berada di Semporna dan hari nie juga merupakan hari terakhir aku di sini..Sebelah petang nanti aku akan mula bergerak pulang ke Tawau..Dan seterusnya memulakan semula hidup dalam tekanan..hahaha..

Sebelah pagi selepas bangun ja dari tidur macam biasa la urus diri dulu and then sarapan bersama-sama..huhu (i miss my family T_T ) Selepas sarapan,aku just duduk dan bercerita jew sambil layan movie yang dorang pasang..Then rasa boring lagi bila lama-lama layan movie nie..Aku pon melangkah menuju ke ruang tamu dan mendapatkan kamera aku dan aku pun mula la tengok balik gambar-gambar yang aku dah snap..Agak banyak..haha..Tiba-tiba ada anak Kak Umi dan sepupunya datang main-main dekat aku..Suddenly...Jeng..Jeng..Jeng..!!!! =D


Aku : Dik,Dik..Sini..
Drg : Ada pa bang.??
Aku : Jom jadi model abang??Nak tak??Hehe..Nie abang ada bungaaa~  ;)
Drg : Hehehe..Okay..

See..Ayat mau manis..Baru la senang..Bukan senang nak pujuk and nak jadikan budak-budak model..Memang aku mengaku dorang susah untuk dikawal..Suruh posing macam lain,bila tengok..Napa lain macam ja dorang posing nie??HAHAHA..Tapi sebab aku nie sukakan budak-budak,kesabaran itu penting..Aisehh..haha =P
Dapat jugak la beberapa snap dari dorang..Hilang la sikit rasa boring aku tadi..Hehe ;)
Nie candid masa tengah senyum..haha

Adeii..Siap dengan botol susu sekali daa..=D

Lihatlah mataku..wee~ ;D


Haimm..tengok la..Lain aku suruh,lain dorang buat..hihi..Tapi sumpah have fun gila dengan dorang nie..hehe


Akhirnya..The best shoot yang aku dapat..huhu =)
Selepas sesi itu,aku tiba-tiba kena panggil ke dapur untuk lunch sama-sama..Cantikk.!!!!Aku memang tengah lapar pon nie..hehe..ZASSSSS.!!!!Laju jew menuju ke dapur..Hoho..
Selepas selesai makan pa lagi..rehat-rehatkan perut yang kekenyangan la..Sedang aku berehat tiba-tiba dunia menjadi kelam.....Hitam..Gelap-gelita.....Dan tiba-tiba seperti ada suara yang memanggil-manggil namaku..Caon....Caon....CAONNNNN>!!!!!!!!!! *Melompat aku dalam keterkejutan*
Rupa-rupanya aku tertido..HAHAHA..Indahnya tido selepas kenyang makan nie..Hihihi ^^

Rupanya kak Umi kejutkan aku sebab kami nak balik dah..Tapi aku akan di bawa singgah sekejap di beberapa lokasi untuk snap snap snap buat kali terakhir..Huhu =)
Tempat terakhir yang aku berkesempatan melawat di sini ialah satu pelantar atas air yang baru ja di bina untuk tujuan pelancongan di Semporna nie..Tapi masih belom ramai orang datang sini maybe sebab baru siap kan..Office-office yang ada yang sini pon banyak lagi yang kosong..Aku pon lupa apa nama tempat nie..HAHAHA
Lihatlah betapa jernihnya air laut sini..
Pemandangan laut yang luas terbentang..

Perkampungan terapung di kawasan sekitar.


Hehe..yang ni candid jew... =D
 Setelah seketika di sini,kami meneruskan perjalanan ke satu lagi tempat terakhir iaitu Floating..Ingat tak tempat yang aku pi masa malam hari pertama aku sampai tu..Tapi masa tu waktu malam but kali nie aku pi sana waktu siang pulak..Kita tengok apa ada di sana..hehe
 HAaa...Kat atas nie adalah tempat yang aku bagitau tak boleh masuk masa malam yang aku pi tu..Sekarang aku dah boleh masuk tapi dengan bayaran RM2 la..hehe..Tak kisah la..Janji aku dapat masuk and tengok apa ada di dalam..Dan korang nak taw apa ada di dalam???? Tengok gambar di bawah nie..heee 
Laut terbentang luas..

Ikan kerabu..Sememangnya besar..sebesar budak umur 3 tahun..Seriusly gerun tengok =.=

Di bahagian dalam nie just ada sangkar-sangkar ikan yang dibuat dan ada ikan dalam sangkar nie..Air sememangnya jernih sehingga boleh nampak ikan yang sedang berenang..Kalau kita baling roti dalam air,boleh la korang tengok berkerumun datang makan roti tu..hehe..Seronok jugak tengok gelagat ikan-ikan nie..Dan Okay..Selepas hampir 20 minit kami di sini dan selesai snap snap..Its Time to say Good Bye..
Sayonara Semporna..Trip kali nie aku tak berpeluang untuk sampai ke Pulau Mabul sebab memang mahal pakej untuk ke sana..Tapi takpa..One day,aku akan kembali ke sini lagi bersama mission yang baru..Hohoho..Sememangnya puas betul aku rasa percutian kali nie..Terima Kasih yang tidak terhingga kepada Kak Umi sekeluarga..huhu =)
Seriusly aku cakap dengan korang yang korang akan terpegun dengan kejernihan air laut serta keindahan pulau-pulau yang ada di Semporna nie..Memang tak dapat nak digambarkan dengan kata-kata..Dan korang perlu datang ke sini jika berkesempatan dan rasai sendiri pengalaman bercuti di sini..(macam promoter pelancongan pulak aku nie..haha)

Okay lah..Nantikan story terbaru dari aku dalam masa terdekat..Planning aku yang seterusnya ialah mendaki Gunung Magdalena di bahagian dalam Hutan Simpan Taman Bukit Tawau..Hehehe ^_^
Sekian saja dari aku..Adios~ ^^
CAON WAS HERE 2012.!!! ^^

HAHAHAHA.!!!

Oct 2, 2012

3Hari 2Malam : Semporna Trip [Day 2]


Hye..Hye..Hye..Achooo.!!!!(sambil lap-lap hingus)..Sorry la yew..Terbersin pulak..Almaklum la demam aku start pagi nie..huhu..Seharian aku bertarung dengan cirit-biritnya dengan muntahnya lagi..Huwaaa.!!!!Fever,please go away T_T
Okay..Now,aku sambung untuk hari yang kedua =)

Day 2
Aku terjaga dari tidur sekitar pukul 7am dan terus aku menuju ke bilik air untuk cuci muka dan mandi..Selepas mandi,aku keluar ke beranda rumah untuk ambil angin pagi..Segarnya aku rasa..Sekeliling rumah ada pokok jew kan..hehe..

Sambil-sambil menghayati nyanyian burung di kawasan sekitar disertakan lagi dengan sinar matahari pagi yang memancar,aku rasa sungguh tenang..Sesekali dapat menghayati suasana macam nie sememangnya terbaik..huhu ^_^
Then selepas sarapan,aku memulakan perjalanan bersama kak Umi dan husbandnya..Kali nie aku bawa tripod sekali sebab aku tak nak jadi macam semalam..haha..Aku sendiri pon tak tahu ke mana aku akan di bawa pergi dan seketika kemudian kak Umi bersuara..Kami akan pergi ke Bukit Tengkorak..hehe..Bukit Tengkorak okay..Tapi aku sendiri pon tak tahu kenapa nama bukit tu begitu sebab bila aku sampai sana,tak da pon tengkorak yang aku jumpa..HAHA =D

Nie muzium yang di bahagian pintu masuk Bukit Tengkorak nie tapi belom dibuka..

Jalan menuju ke bahagian puncak.
Bukit Tengkorak nie sebenarnya ialah pusat arkeologi pada masa dulu di mana banyak tembikar-tembikar dijumpai di sini..Bekas tinggalan cari gali pon masih ada di puncak bukit nie..Menurut apa yang aku baca di papan kenyataan yang ada di puncak bukit nie,kawasan Bukit Tengkorak nie sebenarnya adalah kawasan kawah gunung berapi pada suatu masa dulu..Yess..Memang korang boleh nampak yang batuan di sini sedikit pelik dan berbeza daripada batuan yang korang pernah tengok..Warna hijau tumbuhan kat sini jugak lain sangat..Sedap jew mata memandang..hoho ^^
Anak tangga yang perlu didaki untuk sampai ke atas..hehe
 Untuk menaiki ke puncak bukit nie,1st korang kena la bayar dulu RM2 sebagai yuran masuk dan seterusnya korang boleh la mendaki anak-anak tangga macam dalam gambar kat atas nie..Nampak macam memenatkan??haha..Hendak seribu daya,Tak nak seribu dalih..hoho ^^
Menurut apa yang distory oleh husband kak Umi,suatu masa dulu tak da tangga nie..Jalan untuk mendaki ke atas hanyalah jalan trekkingdenai ja..Sekarang ja baru dorang buat tangga nie..So dengan penuh semangat aku mendaki bersama kak Umi dan husbandnya..Sampai di pitstop pertama..Nie la view yang kami dapat..hee
View di pitstop pertama
 Then sampai ke pitstop kedua..Dan aku ambil peluang untuk bergambar dulu di pitstop nie..hehe..Semangat aku masih berkobar-kobar untuk mendaki tapi kak Umi dah sedikit pancit..HAHA =D

View di pitstop kedua..

See..Tawau bah.!!HAHA
Akhirnya kami tiba di puncak dengan selamat..hehe..Benda pertama yang aku jumpa semasa di puncak ialah gua yang kat bawah nie..Gua ka nie??Errr...haha ;D
 So kami pon berjalan-jalan la di kawasan puncak yang tidak la berapa besar kawasannya sambil menghirup angin kencang yang bertiup untuk mengeringkan peluh..HAHAHA (apa ayat aku cakap nie =.=" )


View dari puncak..hehe..Nampak tinggi kan??

So setelah hampir setengah jam kami di atas,kami pon ambil keputusan untuk turun ke bawah..Turun tak terasa sangat penatnya macam masa mendaki tadi..So for the last snap snap snap..Aku settingkan tripod aku,set timer dan 3,2,1 snap.!!!EHEHE
Caon was here 2012..hahaha

Nie salah satu hasil gambar yang aku dapat snap semasa di puncak..Sejuk jew mata memandang kan?..=)
Then selepas turun daripada Bukit Tengkorak tu,aku di bawa lagi jalan-jalan di pekan Semporna..Pekannya tak la besar sangat tapi crowded nie dengan manusia..Tambah-tambah di kawasan pasar ikan..hehe..Then aku pi makan tengahari di salah satu gerai di dalam pekan nie dan aku berpeluang merasai ikan tuna bakar dengan harga hanya RM5..Rm5.!!!!!!Biar benar??Serius memang murah makan di sini..Hasil laut di sini semuanya murah dan fresh lagi tu..heee..
Then kami balik ke rumah untuk berehat selepas makan tengahari tu..So aku pon ambil la peluang untuk melelapkan mata buat seketika..hee ;)
Tepat jam 4pm,aku dikejutkan oleh kak umi dari lena dibuai mimpi..hehe..Kak Umi suruh aku get ready sebab dia nak bawa aku pi round-round pulau berdekatan dan seterusnya kami akan pi memancing di tengah laut..weeehuuu.!!!Terbaek.!! ^^

Sambil-sambil tunggu bot yang kami nak naik tu sampai,aku tengok ja kawasan sekitar pelabuhan tu..Untuk pertama kalinya dalam hidup aku,aku berpeluang melihat macam mana kereta dipindahkan dari darat ke pulau iaitu Pulau Bum-Bum dengan menggunakan bot.. =.="
Aku pulak yang risau tengok dorang bawa camtu..50-50 ja aku rasa..haha =D

Setelah lama menunggu akhirnya bot yang akan bawa kami tu pon sampai dam kami mula berlayar ke tengah lautan..Aisehh..Ayat berlayar..HAHA..Menikmati suasana senja di tengah laut sememangnya best sangat..Aku di bawa berjalan-jalan di 3 pulau iaitu Pulau Bum-Bum,Pulau Kalakan dan Pulau Rohib Dulang..Hampir setengah jam jugak perjalanan kami sebelum kami tiba di lokasi untuk memancing..hehe..

Chalet terapung..hehe

aku bersama uncle Maju yang memang lawak dan sporting habis..hehe

Pemandangan ketika senja berlabuh :)


 Setelah puas memancing..Umpan pon dah habis..Jam di tangan sudah pun menunjukkan pukul 11pm..Suasana malam nie cerah ja sebab bulan mengambang penuh malam nie..Kejernihan air laut di sini hanya tuhan yang tau..Tak dapat aku nak gambarkan dengan kata-kata..Indahnya ciptaan tuhan..Dengan cahaya terang dari bulan pon kita masih boleh nampak batu karang yang ada di dalam air di kawasan perairan cetek..huhu
Untuk pertama kali dalam hidup aku sepanjang 20 tahun aku hidup,aku berpeluang melihat tahi bintang selama lebih kurang 2 saat yang melintasi ruang angkasa bumi..Tak sempat nak buat wish..HAHA..Selalu dok tengok tahi orang ja kalau bekerja di wad..wakakaka =D
Perjalanan balik dari lokasi kami memancing memakan masa sejam 5 minit sebab air surut masa tu..So bot yang kami naik tak boleh laju takut terlanggar batu karang..huhu
Dan inilah hasil tangkapan kami pada malam tu..hehe

 Sampai ja di rumah..Aku terus mandi dan tidur sebab penat sangat rasanya..HAHA..Macam nie rasanya jadi nelayan laut dalam nie..Lepas mandi terus aku tertidur dibuai mimpi indah dek kepenatan memancing sebentar tadi..hehe..

Untuk hari ketiga..esok aku akan update okay..Insyallah..huhu =)
So sekarang aku nak pi sambung rehat..Hope so esok baik la demam berserta diarea aku nie..Tak larat dah keluar masuk tandas berulang kali nie..huhu =(
Makan ubat dan selamat malam semua..Adios..huhu =)

Untuk Day 3 sila klik SINI =)

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...