Followers :)

Nov 8, 2012

Harus Terima Kenyataan Ini..

Kali nie aku nak bermadah pulak..
Bermadah kerana aku bersedih..
Sangat-sangat aku bersedih T_T
Oleh kerana..Sesuatu...
Sesuatu yang aku maksudkan ialah...Sila lihat di bawah..

Eya..Mesti korang masih belum mengerti apa yang aku cuba sampaikan kan??
Tidak apa,akan aku jelaskan sejelas-jelasnya supaya ianya terang seperti terangnya sinar mentari di siang hari..  (ayat hiperbola sangat aku nie =.=" )
Kelmarin,merupakan hari yang menyedihkan buat aku..Pisang telah berbuah 2 kali atau dalam bahasa omputehnya "Banana have fruits 2 times" :(
External hard disk aku rosak lagi untuk kali kedua..Wuaaaaa.!!!!!
Hilanglah segala kenangan-kenangan penting..
Hilanglah segala urusan-urusan penting..
Hilanglah segala yang membuatkan aku gembira dikala sunyi..

Kenapa mesti kau rosak..KENAPA??KENAPA?KENAPAAA.???!!!!!!!!!!!
Oleh kerana kerosakanmu,ianya telah menyebabkan diriku STRESS berserta BEBAI sepanjang hari..
Mood aku tidak menentu..
Seperti perempuan datang bulan..
Semua benda yang aku nampak,aku rasa macam nak hentak jew..huhu
Semua benda yang aku buat serba tak kena..

Aku harus terima keadaan ini..
Aku harus terima keadaan ini..
Aku harus terima keadaan ini..
Aku harus terima yang...........

Segala koleksi movie yang aku kumpul sebagai koleksi dan sebagai penghibur dikala aku boring telah lesap..
Sekarang dikala boring,aku hanya mampu tengok movie dari kawan-kawan jela..Itu pon kalau si kawan buka movie best..Kalau dia layan cita Korea..Kompom aku tak dekat dengan dia T_T

Aku harus terima yang......
Segala koleksi-koleksi cerita kesukaan aku sejak dari kecil juga telah hilang..Punya la lama masa yang aku ambil untuk search dan download,kumpul dan failkan semua koleksi-koleksi tu..Dan sekarang..............Huhu..
Peduli la korang nak cakap aku budak-budak sebab aku tengok cita-cita macam nie..!!!!

Aku harus terima yang.........
Segala gambar-gambar kenangan aku telah lesap begitu saja..
Kenangan dari zaman sekolah menengah sehinggalah zaman kini..
Yang paling menyedihkan..
Segala gambar-gambar travel aku baru-baru nie juga ada dalam tu..Huaarrrrr.!!!!! T_T
Lesap..Lesap..Lesap.!!!!
No more picture to shown as a prove..huhu
Inilah yang betul-betul menyebabkan aku sedih..Tersangat sedih..

Aku harus terima yang.......
Segala koleksi software yang aku kumpul juga telah hilang begitu saja..Tapi tidak apa..Masih boleh di download kembali..Cuma memerlukan sedikit masa..Rasanya bukan sedikit..Tapi banyak masa..huhu

Aku harus terima yang segala-galanya yang ada di dalam hard disk itu telah lesap..
Aku harus terima kenyataan ini..Tapi walau macam mana pon..Aku akan cuba jugak hantar ia ke kedai untuk diperbaiki..Mana la tahu..Aku boleh selamatkan segala yang ada dalam tu..Insyallah.. :')

So pesanan aku untuk korang semua..Jagalah hard disk anda sebaik mungkin..Kalau dah jadi macam aku nie..Menangis tak berlagu jela..Huhu T_T
Kalau boleh,jika ada sesuatu yang important dalam tu,pastikan buat backup atau duplicate simpan dalam pendrive or tempat lain..Ingat tu.!!!

Sekian saja madah bebelan yang rabak dari aku nie.. T_T

Nov 1, 2012

Island Hoping Trip ^^


Assalamualaikum dan Salam Sejahtera serta Salam 1 Malaysia buaat semua..hehehe
Moshi..Moshi..I`m back..hehe..First of all,aku nak mintak maaf la sebab aku terlambat update entri berkenaan nie..Balik ja aku dari trip nie,tiba-tiba ja adapter lappy aku terbakar so baru petang tadi aku dapat beli baru..huhu =)

Okay..Now,lets just straight to the point ja..haha..Hari Sabtu yang lepas (27 Oktober 2012) aku ada ikut trip Island Hoping bersama beberapa orang staff hospital Tawau..hehe..Sememangnya terbaiklah trip aku kali nie..Islang Hoping..Dengar dari nama ja pon mesti korang dah boleh agak kan? And maybe ada yang sudah pernah ikut trip macam nie..Trip Island Hoping kali nie kami di bawa ke Kapalai dan Pulau Mabul di daerah Semporna.. Untuk info korang,Kapalai nie sebenarnya ialah sebuah resort private yang terapung atas air dan untuk datang ke sini korang mesti ada buat booking nama dulu..Even korang just nak pi bergambar ja kat sini..Huhu..Pulau Mabul pula ialah salah sebuah pulau yang famous sebagai daya tarikan pelancong di Semporna..Aktiviti yang famous kat sini of coz la snorkeling and scuba diving..hihihi

Kami memulakan perjalanan seawal jam 6 pagi(err..sebenarnya terlewat sikit disebabkan sedikit masalah teknikal..HAHA)..Then sekitar pukul 7am macam tu kami pon tibalah di Jeti Umum Semporna..hehe..Selepas semuanya telah bersedia,tanpa melengahkan masa kami pon memulakan perjalanan sekitar jam 8.20am..Time nie sememangnya hati aku rasa seronok sangat..Yela..Bukannya selalu dapat ikut trip macam nie..hehe..





Hehe..Nie la beberapa gambar semasa kami dalam perjalanan ke Kapalai tu..Bot banyak gegar-gegar so hanya beberapa gambar ja yang cantik..Yang lain tu ada blur sikit..hihihi..Dan untuk pengetahuan korang jugak,semasa dalam perjalanan tu aku boleh nampak Bukit Tengkorak yang aku pernah story dengan korang sebelum nie..Memang terang lagi bersuluh..hehe
Then setelah hampir sejam lebih kami berada dalam bot kami pon tiba di lokasi pertama iaitu Kapalai Resort.. =)

Such a nice place right? =)




Lihatlah kejernihan air lautnya yang membiru..hee

Laluan untuk ke chalet atau bilik yang terdapat di Resort nie..







See..Tapak sulaiman..wee~ :)
Then semasa tengah bergambar tu,tiba-tiba ada seorang staff di situ bagitau yang kami patut cuba pi ke bahagian belakang resort tu pulak..Ada tebing pasir yang mana semasa air surut saja kita bole nampak and boleh turun untuk bergambar di situ..So apa lagi..Lets go bebeh..!!HAHA
Nampak tak beting pasir tu..?

Salah satu spot yang memang cantik..hehe
Jadi kanak-kanak riang sekejap..HAHA

Testing Fish-eye effect..ngehehe :D



I am here.!! ;)
Setelah puas bergambar dan menikmati suasana di Kapalai,kami kemudian meneruskan perjalanan kami ke destinasi seterusnya iaitu Pulau Mabul..Hee..Tak sabar rasanya nak snorkeling dan berenang bersama ikan-ikan..hee..
Setiba ja kami di Pulau mabul,kami terus cari port untuk lunch dulu..Masing-masing dah lapar kan so mestila isi perut yang sedang bernyanyi tu..haha..
Pulau Mabul jauh ke tengah..haha

Mengisi kekosongan perut yang lapar.. :)

Di sinila kami snorkeling..Site nie dipanggil as paradise..hehe
Selepas dah kenyang makan,so aktiviti snorkeling dimulakan..Kami snorkeling di satu port atau site yang dikenali dengan nama 'paradise'..hehe..Terus terang aku katakan di sini yang Pulau Mabul nie sedikit kotor dan semasa snorkeling pon aku still boleh jumpa sampah seperti tin-tin minuman,plastik,pakaian lama dan lain-lain lagi la..Itu di bahagian tepi la..Tapi walaupon begitu,air memang jernih gila la aku cakap..haha..Tapi apa yang membuatkan aku hepi sangat semasa snorkeling di sini ialah...Jeng.!!Jeng.!!Jeng.!! Aku dapat berenang bersama seekor penyu..WAhh..HEHE..Betul.!! Aku tak tipu..Nasib aku tak boleh bawa kamera aku masuk dalam air,kalau tidak dah terpampang dah gambar aku bersama ninja turtle tu kat bawah nie.HAHA =D

Then setelah hampir sejam kami snorkeling,kami pon naik la ke darat..Masing-masing pon dah letih kan..Tambah pulak dengan sunburn..HAHA..Tapi aku tak ketara sangat la sunburn tu sebab aku dah memang hitam dah..HAHA..Just ketara la kalau aku buka jam..kui3 :3
Kemudian kami adakan lawatan singkat ke kawasan perkampung di dalam Pulau nie..Untuk info korang,di Pulau Mabul nie sebenarnya terdapat perkampungan masyarakat Bajau Laut dan mereka memang tinggal di sini..Itulah apa yang aku difahamkan oleh boatman kami..hihi..
Daripada lawatan singkat nie,dapat la sedikit sebanyak membuka minda serta mata aku di mana aku dapat melihat sendiri kehidupan orang-orang yang tinggal di pulau..Kehidupan dorang nampak sangat bersederhana..Kita dapat lihat itu melalui cara pemakaian dorang dan aku suka tengok budak-budak di pulau nie main..Pelik-pelik permainan yang dorang main sehingga kadang-kadang aku sendiri tak pernah terfikir nak main benda sebegitu tapi dorang nampak enjoy ja dengan permainan dorang tu..HAHA..Check it out kat bawah nie k ;)

Masjid yang terdapat di perkampungan nie..So thats mean ada  orang islam yang tinggal sini. :)

Suasana kampung gitu..hehe


Err..Aku sendiri tak tahu apa yang budak nie buat..hee


Kalau kita di darat ada kereta,tapi bot umpama kereta buat mereka di sini..
Selepas lawatan yang singkat tu,kami pon seterusnyaa memulakan perjalanan pulang ke darat..Kami tak plan pon nak stay di chalet yang ada kat pulau nie..hehe..Balik hari jew..Tapi kami akan stay di sebuah homestay yang terdapat di pekan Semporna..hoho..Kami akan berehat di homestay sebab masing-masing letihkan so tak kan la nak terus drive balik..So its better to take a rest for a while =)
Tapi sebelah malam tu,kami adakan BBQ seafood..hoho..Macam besa la..Kalau bab bakar-membaakar nie,tak kiralah dengan siapa atau di mana pon..Memang secara automatiknya akulah tukang kipas api dan pembakar setia di situ..HAHAHA =P
Malam tu selepas BBQ dan puas makan serta dah kenyang dah..Masuk ja bilik aku terus tertido..Letih kot..hahaha..Letih tapi puas sangat rasanya..

Keesokan harinya,kami keluar seawal pukul 7am untuk bersarapan di pekan Semporna sebelum memulakan perjalanan pulang ke Tawau..Tapi sebelum tu mestilah ada shopping-shopping sourvenirs sikit..Hihihi..

Souvenir shop..wee~ :)


Me with ukulele..lalallaa~haha

Aku rasa sampai sini ja dahulu story aku untuk kali nie..Terima kasih yang tak terhingga kepada akak Izzati yang sudi invite aku untuk join trip nie..Dan tak lupa juga kepada akak-akak lain yang terlibat sama mengikuti trip nie..Aku rasa enjoy sangat-sangat..hehe
Kalau korang ada apa yang nak ditanya berkenaan trip aku nie yang korang tak jelas or maybe ada yang berminat,boleh la pm aku di FB aku yew..Aku boleh la tolong sikit-sikit kalau korang just nak tahu pape info pasal trip aku yang ini or yang lain-lain..huhu =)
Okaylah..Last word from me..Memang tak rugi kalau korang ikut trip macam nie..Tapi pastikan si kamera sentiasa disisi tak kira kemana pon trip yang korang pergi kerana tanpanya tiadalah kenangan untuk tatapan masa hadapan..hehe =)
Sekian..Adios..
Caon Was Here.!! ^_^


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...