Hye..Hye..Hyee.!!! ^^
I am back with a new story to share with you all..haha..Alaa..korang pon mesti ada nampak aku update status di Facebook aku kan?? So dalam status tu aku ada cakap nak story dengan korang semua and sekarang lah masanya..hoho ^_^
Hari Ahad yang lepas (16 September 2012),kebetulan aku dapat cuti 3 hari masa nie..Sabtu,Ahad dan Isnin..Cuti Hari Malaysia okay..hehe(jangan jeless~)
So aku telah diajak oleh Abg Jeff..Still ingat Abg jeff?? Kalau tak ingat korang bole baca semula entri aku yang sebelum nie (Klik ja kat sini kalau korang nak baca siapa dia Abg Jeff nie..hehe ) Abg Jeff ajak aku untuk masuk trekking dalam hutan Taman Bukit Tawau untuk sama-sama dengan dia photoshoot dalam hutan tu..Tapi aku nie excited terlebih..Aku cuba tanya Abg Jeff macam nie :
Aku : Abg,bole ka kalau kita camping di dalam tu.? 1 malam jak bha..hee
Abg Jeff : Camping?? Aishh..Bole bha..Bagus juga ideamu tu..Bha,jadi kasi jadi la nie??
Aku : Okay boss..Settt Teruss.!! HAHA
Lebih kurang begitu la ceritanya..HAHA =p
So hari yang dinanti-nanti pon tiba..Aku ajak sorang lagi kawan aku iaitu Eric..Dia kawan serumah aku..So set up and packing semua barang-barang pada malam Sabtu,then pagi Ahad dalam pukul 9.30am kami bertolak ke Taman Bukit Tawau dengan bantuan seorang kawan aku..Dia la tolong hantar kami pi sana..(Macam ramai kan kawan aku di Tawau nie =.=" ).
So dalam pukul 10am tiba la kami di destinasi yang hendak di tuju..Kebetulan hari nie kan hari cuti umum so memang ramai la manusia kat entrance nak masuk tu..Tapi kami 2 orang masuk FREE ja sebab Abg Jeff kan keja kat sini,so kami masuk ikut pintu belakang..hohoho..SHHH.!! Jangan bagitau orang okay.?? ;) HAHA
Keadaan sesak oleh pengunjung sebab Cuti umum kan.. |
Eric telah bersedia dengan stokin pacat purplenya..haha |
Keadaan jalan trekking semasa permulaan perjalanan..Still in good condition :) |
Melalui titi melintasi sungai |
Jalan semakin mencabar..Jalan sememangnya berlumpur =.= |
Kami mula trekking sekitar pukul 10.15am dan tempat pertama yang kami akan pergi ialah Kolam Air Panas a.k.a Hot Springs..Jarak destinasi yang kami nak pi nie lebih kurang 3Km..hehe..Macam-macam keadaan jalan trekking kami lalui..Lintas jambatan gantung,daki anak tangga hinggalah lintas anak sungai..hehe :)
Ini jambatan gantung yang terpaksa kami lalui..bergoyang beb.!!! >.< |
Keadaan hutan tebal semasa perjalanan |
Siap ada kena langkah pokok tumbang lagi..hehe |
Lintas anak sungai pulak dah..haha |
Yeahhh.!!! 200 meter lagi.. |
Dan tiba-tiba kami sampai di satu kawasan hutan yang sememangnya membuatkan aku rasa seram sejuk sebentar..haha..Nak tengok camna rupa hutan tu?? Tengok kat bawah nie..
Nahh..tengok..seram kan??kan kan kan??hehe..Hutam kawasan sini lain daripada hutan biasa sebab tumbuhan yang ada di kawasan sini hanyalah tumbuhan seperti paku-pakis yang pelbagai saiz..Ada yang besar dan ada yang kecil..Kalau ada pokok yang batang keras pulak,batang pokok tu mesti akan berwarna hitam seolah-olah terbakar..tapi di bahagian bawah ja..Herannn kn??ermmm =.=
Rupa-rupanya selepas aku tanya Abg Jeff,dia bagitau yang sebenarnya kawasan yang berdekatan dengan Kolam Air Panas nie suatu masa dulu adalah bekas kawasan gunung berapi..(betul kew?? =.=" )
Jadi tanah di kawasan sini mengandungi sulfur dan kawasan ini panas..Sebab tu la pokok akan kelihatan hitam batangnya..hehe..
Jalan..Jalan..dan jalan...
Akhirnya......Jeng..Jeng..Jeng.... ^_^
Kami tiba di destinasi yang dituju tepat jam 12 tengahari..Kolam air panas..haha..Sampai ja kami terus letak beg dan masing-masing merehatkan diri seketika dari penat lelah sebelum kami decide untuk dirikan camp site di sini..Kebetulan ada satu pondok dibina so kami bole gunakan pondok tu sebagai support berteduh khemah kami..hehe
Berehat seketika setelah hampir |
Lihatlah kejernihan airnya..hoho ^^ |
Pemandangan dari satu side di mana view terus nampak khemah kami..hoho =D |
Khemah telah didirikan..hoho :) |
Air panas di sini tidaklah panas sangat..suam-suam ja..Aku rasa suhu dalam 35-45 Darjah Celcius la..hehe..So setelah khemah di setup dan semuanya telah disusun,Abg Jeff bawa aku pi sungai berdekatan untuk memancing ikan..haha..Sebenarnya sungai nie dilarang untuk memancing tapi pandai-pandai la..HAHA..Shh..!!jgn bagitau orang lain nohh..haha =p
Dapatlah seekor ikan Kelah sebesar tiga jari..kecil ja..cukup lah untuk hidangan makan malam nie..hehe..Selepas balik dari memancing,kami sama-sama decide and masak untuk dinner malam nie..Kami masak sedia sebab nanti malam suasana gelap susah pulak nak masak..So kami akan masak sedia and nanti malam tinggal panaskan jew..hee..
Lepas semua hidangan siap di masak..Kami pon membawa diri ke sungai berhadapan dengan camp site kami and kami mandi and berendam di kolam air panas tu hampir satu jam setengah..HAHA..Kecut habis apa yang ada..hahaha =D
Ok..Aku nak off and pi kerja dulu nie..Nanti balik aku akan sambung story aku nie untuk bahagian yang kedua okay..
Korang boleh klik di sini
=D
No comments:
Post a Comment