Followers :)

Apr 22, 2011

Tanda-tanda Lelaki Setia Pada Pasangannya

Assalamualaikum dan Salam 1 Malaysia kepada semua..
Dh lama rasanya aku xupdate blog aku nie..dh bersawang dh sikit2 nie..haha
bukannya apa,juz malas kn n xda benda bez nk share..tp malam nie aku ada 1 story or topik best nk share dengan suma..
Nampak x tajuk kt atas..haaa..tu la topik yg aku nkshare malam nie.hehe..
Enjoy nohh..!!Zass..!!haha..dh macam pengacara Melodi dh..ahakss~


Apabila orang lelaki benar-benar jatuh cinta dan setia pada kekasihnya dengan ikhlas, perubahan sikapnya amat mengejutkan.Hati lelaki yang dianggap keras, tiba-tiba secara semula jadi menjadi selembut kapas apabila sudah jatuh cinta dengan relanya.Bahkan lelaki yang mabuk cinta sanggup berkorban dan buat apa sahaja untuk kekasihnya. Sekeras mana pun hati lelaki ia akan mengalirkan air mata apabila hatinya dilukai.

  1. Dia bersungguh-sungguh melakukan sesuatu untuk kekasihnya dengan rela bukan kerana terpaksa.
  2. Dia sentiasa ingin menghiburkan kekasihnya dan berubah menjadi orang yang kuat bercakap.
  3. Dia banyak menasihati kekasihnya kerana dia amat menyayangi kekasihnya.
  4. Dia berusaha mengongkong kebebasan kekasihnya kerana perasaan cemburunya yang meluap-luap.
  5. Dia sentiasa takut kehilangan kekasihnya.
  6. Dia sentiasa mengawasi pergerakan kekasihnya kerana dia sentiasa berasa curiga.
  7. Dia tidak suka ada lelaki lain rapat dengan kekasihnya.
  8. Dia mudah merasa cemburu dan sensitive apabila kekasihnya tidak menumpukan sepenuh perhatian kepadanya.
  9. Adakalanya dia seperti anak kecil yang meminta perhatian kerana dia mahu kekasihnya melayannya lebih dari orang lain.
  10. Dia menjadi orang yang paling rajin dan sanggup membantu kekasihnya melakukan apa saja.
  11. Dia pandai merajuk hati kerana ingin dipujuk oleh kekasihnya.
  12. Dia akan mengalabah apabila kekasihnya berjauhan daripadanya terlalu lama.
Haa..dh tawu kn cmna sikap seorang lelaki itu apabila dia setia pada kekasihnya..haha..tp walau cmna pown..sumanya bergantung pada setiap individu(lelaki) tersebut la..ada juga lelaki yg sikap dia xmcm di atas tetapi dia tetap setia dengan kekasihnya..hee..but..almost 80%,suma lelaki akan bersikap seperti yg dinyatakan di atas la..termasuk la diriku ini..hehehe
Malam nie aku nk akhiri celoteh aku nie dengan serangkap pantun..hahhaa..

Pecah kaca,atas simen,
Sudah baca,Harap komen..

hahaa..ok la..sekian sahaja..Adioss..hehe

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...