Followers :)

May 27, 2012

Memulakan Hitungan

Assalamualaikum dan Salam 1 Malaysia semua..
HEHE...Sebelum aku memulakan celoteh pagi nie,aku nak sengeh dulu..Nak tau kenapa aku dok sengeh macam kerang busuk nie??? Sebabnya......................buka serat khabar minggu depan.hahaha..
Tak dela..Aku gurau jew..Jangan marah nohh..hehe..Actually aku rasa seronok + happy + gembira sangat coz setelah 5 bulan aku di perantauan,sekali lagi aku akan balik untuk berjumpa serta melepaskan rindu bersama keluarga tercinta..Tak sabar rasanya..hehe..

Even aku telah menghabiskan atau dalam erti kata lainnya,aku telah banyak melabur untuk perjalanan balik ini tapi aku puas hati sebab dapat balik jugak..haha..For the one way flight trip from Kota Kinabalu to Kuala Lumpur,its cost almost RM400++..haha..Parah duit elaun aku..Tapi tak pa..Pelaburan untuk sesuatu yang berbaloi..hehe

So macam biasa la bila dh nak dekat tarikh nak balik nie..Mak aku pon mula la balik-balik call..Iye la..Dah tak sabar nak menanti kepulangan anak jantan dia nie balik dari perantauan..hehe..Then macam-macam jugak planning diluahkan kepada aku semasa perbualan telefon..hehe..Planning apa???Yang tu aku tak boleh nak bagitau kat sini..Yang tu korang kena tunggu..haha

Oklah..aku nak gi sediakan sarapan dulu nie..Ehh..aku terlupa pulak...SELAMAT PAGI !!!!!!! hehehe
Actually aku baru bangun tido then terus aku rasa nak mengarang sikit pagi nie..hehe..Oklah kawan-kawan..Satu kata-kata motivasi dari aku pagi nie..

# Sentiasalah biarkan ukiran senyuman terpahat di bibir anda kerana ukiran senyuman itu akan membuatkan hari anda lebih bermakna ^_^

Sekian saja dari aku untuk kali nie..Adios~~ 

May 2, 2012

Jangan Kerana Mulut,Apa Pon Tak Boleh !!

Assalamualaikum dan Salam 1 Malaysia untuk semua..Sekarang jam menunjukkan jam 9.05am dan saya akan memulakan karangan saya berkaitan........ehh.!! Apa daa Caon..Tak payah la nak formal sangat..Nak tulis blog jew pon..bukan nak tulis karangan SPM..hehe..*Maafkan saye*

Ok..Korang nampak tajuk entri kat atas tu ?? Haa..Tu la yang aku nak celoteh pagi nie.. "Jangan Kerana Mulut,Apa Pon Tak Boleh !!" hehe..Lain kan bunyi tajuk entri aku nie..Nak macam peribahasa pon ada...haha..Tak kisah la semua tu..

Untuk pengetahuan korang,aku ketengahkan entri berkaitan nie sebab kebelakangan nie aku tengok banyak kejadian salah faham berlaku disebabkan mulut atau pon dalam erti kata yang senang sikit di fahami kerana percakapan..Ok..Memang lumrah kita nie manusia perlu bercakap untuk berhubung antara satu sama lain..Orang bisu pon dorang bercakap jugak tapi dalam cara yang berbeza la sebab dorang diberikan keistimewaan oleh Allah di mana dorang bercakap gunakan bahasa dorang yang tersendiri..
Tapi dalam setiap tutur percakapan kita tu,ada jugak kadang kala akan membuatkan seseorang terasa atau kecil hati dengan kata yang kita sampaikan..Sebab ada jugak sesetengah manusia yang suka sindir-menyindir antara satu sama lain bila berlaku pergaduhan..Haimm..Keadaan camni memang kita akan selalu dengar kalau berlaku pergaduhan..Paling best dengar orang pompuan gaduh..HAHAHA..Rancak kot !!hihi ^_^

Satu faktor lagi yang boleh buatkan seseorang kecil hati atau pun terasa dengan tutur kata kita ialah nada atau tone suara..Kadang-kadang tengah kita asyik berborak,tiba-tiba kita TERtinggi kan suara..Then terus ada orang merajuk..Nahh..Kan dah jadi salah faham..haimm..So dalam tutur kata kita,nada perlu jugak kita jaga supaya tak berlaku perkara yang memang kita tak ingin ia berlaku..aisehh..hehe
Haa !!Salah faham satu lagi..Kalau kita nak bercakap sesuatu tu kalau boleh jelaskan la maksud ayat tu supaya orang yang mendengar dapat mesej yang kita nak sampaikan melalui ayat tu..Tapi jangan la sampai korang sediakan skrip ucapan dulu sebelum bercakap..Itu GILO namonyo !!HAHAHA..Nak cakap kat mak nak gi kedai pon nak buat skrip ucapan dulu..HAHA..

Oklah..Aku tak nak celoteh panjang-panjang lagi..Sebenarnya apa yang aku nak sampaikan kat sini ialah jagalah percakapan atau pertuturan korang tak kiralah dengan sesiapa sekali pon supaya tiada salah faham berlaku dan jika tak berlaku sebarang salah salah faham,sesuatu komunikasi tu akan lebih rancak kan..hehe..Oklah..Sekian saja dari aku untuk kali nie..Next time aku update lagi nohh..Akhir kata dari Aku "JANGAN KERANA MULUT,APA PON TAK BOLEH !!"

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...