Followers :)

Oct 11, 2013

Langkah Permulaan Perjalanan Di Terengganu - Pulau Kapas,Marang

Assalamualaikum dan Salam 1 Malaysia buat semua..Setelah sekian lama aku menyepi kini aku kembali lagi.. Hehe.. Untuk pengetahuan korang, habis ja aku stdy kat Kota Kinabalu,Sabah aku kini memulakan permulaan kerjaya aku di Kuala Terengganu,Terengganu.. Hehe.. Apa bole buat rezeki aku kat sini.. Kebetulan tahun 2013 nie merupakan tahun melawat Terengganu..Wahh.!!! Peluang nie.. Korang pon tahukan aku nie memang kaki jalan.. Post aku yang sebelum-sebelum nie pon semuanya pasal berjaaaaaaalan ja.. Hahaha :D
So bagi memulakan langkah yang pertama aku di sini, destinasi pertama pilihan aku ialah Pulau Kapas,Marang,Terengganu.. Hehe.. Actually aku pi Pulau Kapas nie bulan lepas iaitu pada 21 September yang lepas.. Tapi apakan daya baru sekarang berkesempatan untuk update blog aku yang dah bersawang nie..huhu..Maafkan hamba penunggu gua.. Wahahaha :p

Pada hari aku pi Pulau Kapas nie sebenarnya aku keja malam tapi disebabkan adrenaline dalam badan memaksa aku untuk pergi jugak ke pulau tu so aku tegar juga untuk pergi bersama kawan-kawan aku yang baru sahaja habis shift malam pada hari tersebut.. HAhaha..

Memulakan perjalanan..
Seawal jam 7am kami memulakan perjalanan dengan menaiki motorsikal ke Marang sebab Jeti untuk ke Pulau Kapas hanya terdapat di Marang iaitu kira-kira 15km dari Kuala Terengganu.. Sampai ja di Jeti Marang kami memulakan urusan pembelian tiket bot untuk ke pulau.. Puas dibodek-bodek dan dipujuk-pujuk akak yang jual tiket tu akhirnya dapat jugak package yang murah sikit..hehe Siap sekali dengan snorkeling n life jaket..

Sekitar pukul 9.30am kami memulakan perjalanan dari jeti Marang ke Pulau Kapas dengan menaiki bot syarikat Makcik Gemok.. Lawak kan dengar nama syarikat nie tapi korang perlu tahu yang syarikat Makcik Gemok nie sangat famous kat Terengganu nie okay~ Hahaha.. Dekat Pulau Kapas siap ada chalet lagi milik syarikat nie.. Hehe..

Lupa pulak nk kabor,kami pergi berempat taw..Hahaha.. Semuanya Jantan okay~euww :3
HAHAHAHa


Muka kena serangan sawan excited naik bot nak pi Pulau..HAHAHA
Perjalanan dari jeti nak ke Pulau Kapas memakan masa selama 15 minit..Si selama lebih kurang 15 minit itu korang terpaksa la bertarung dengan ombak laut yang membadai bot yang korang naiki.. Haha.. Kalau sesapa yang ada mabuk laut tu,sila sediakan plastik serta-merta.. Hoho..
Setibanya di pulau,kami berempat bergerak untuk dapatkan set snorkeling dekat macam 1 kaunter kat tepi pantai dekat dengan tempat kami landing td.. Lepas dh dapatkan set snorkeling kami menggunakan masa yang ada untuk menyalin pakaian sementara tunggu bot kecil sampai.. Bot kecil nie yang akan bawa kami ke snorkeling spot di sebelah kanan pulau.. Actually bole pi jalan kaki dengan trekking melalui jalan bertangga yang disediakan tapi kami choose untuk naik bot jew..ngehehehe

Setibanya di snorkeling spot..Pilih tempat nak letak barang-barang yang dibawa and then TERJUN.!!!!
SPLASHH..!!!! HAHA
Senyuman sawan jumpa ikan.. Hehe

Dah macam duyung dah yang sebelah aku tu..

Saya memang suka senyum.!! :D
Kawasan snorkeling spot yang terdapat kat sini (yang kami pi nie la) adalah sepanjang 1.5km panjangnya dan ada satu spot di bahagian hujung sekali dikenali dengan nama 'shark point'.. Menurut apa yang abang bot yang hantar kami ke sini tadi cakap kalau nk tengok jerung kat situ la tempatnya.. Jerung akan muncul selalunya pada sebelah awal pagi.. Jerung.???? Errr =.=

Haha.. Okay..Setelah dah puas menyelam dan berenang bersama ikan-ikan sehingga badan pon dh naik hitam legam dek akibat sunburn, kami berempat pon mengambil keputusan untuk pulang semula ke tmpat yang masa mula-mula kami landing td tu tapi bukan by bot okay.. Kali nie kami nak pulang dengan berjalan kaki atau trekking melalui laluan bertangga yang disediakan..
Yup.!! Ternyata saya memang suka senyum..

Keadaan trek yang disediakan di sepanjang persisiran pantai..

 Sampai ja di tempat permulaan tadi.. Langit kelihatan mendung tanda nak hujan.. So kami ambil keputusan untuk bertolak balik.. Call syarikat Makcik Gemok tadi untuk maklumkan yang kami nk balik dah, bersiap dan kami pon bertolak pulang sekitar pukul 4pm.. Memang best la aku cakap kt korang.. Kalau sampai Terengganu jangan lupa korang datang sini.. Pulau Kapas merupakan satu-satunya pulau yang korang boleh pergi balik hari..

Ehh..Terlupa pulak.. Kos yang aku habiskan disini hanyalah RM55 untuk tambang bot pergi dan balik serta sewa snorkeling set + life jaket..hehe.. So apa korang tunggu lagi..hehe ;)

Nantikan update untuk destinasi seterusnya dari aku yang bakal menyusul..hehe..
Adios~~ ^_^

Apr 26, 2013

PROJEK GILA : Kembara Kaki Besi.. [Penyaksian Penyatuan 2 Hati]



Assalamualaikum dan Salam 1 Malaysia buat semua.. Hehe.. Oleh kerana aku sedikit sukar untuk melelapkan mata aku malam nie, so aku ambil keputusan untuk menunaikan janji aku iaitu aku nak update story sikit pasal projek aku bersama kawan-kawan aku baru-baru nie.. Hehe :)

Nampak tak tajuk kat banner atas nu?? Nampakkan??hehe.. Itu la yang aku namakan projek aku baru-baru nie.. Yang ayat kat bawah tu lepas korang dah habis baca story aku nie baru la korang akan faham.. hihi
Tanggal 19hb April yang lalu, aku bersama 3 orang lagi kawan aku telah mengambil keputusan untuk pulang ke semenanjung bagi memeriahkan majlis akad nikah seorang kawan kami.. Actually, kami dah plan projek nie hampir sebulan lebih dan kebetulan cek punya cek dapat tiket murah so keputusan dibuat iaitu kami gamble ja beli tiket flight.. Kalau tak dapat cuti pon, biar burn jela tiket tu.. Hahaha.. Dan dipendekkan cerita, segala yang dirancang berjalan dengan lancar sehinggalah semasa hari kami ingin bertolak iaitu pada malam 19hb tu.. Flight kami sepatutnya terbang pukul 9.20pm tapi delay pulak jadi 9.45pm.. Biasa la.. Airasia.. Hahaha :p

Setibanya di Kuala Lumpur pukul 1am, kami bertolak ke rumah salah seorang daripada kawan aku untuk ambil kereta.. Biasalah kadang-kadang apa yang kita rancang tak semestinya mengikut perancangan.. Pada mulanya kami rancang akan terus bertolak ke destinasi kami iaitu negeri Perlis Indera Kayangan pada pukul 2am tapi berhenti makan dulu dan rehat-rehat apa semua, pukul 4am baru kami mula bertolak dari Kuala Lumpur.. Kami dimaklumkan bahawa majlis akad nikah akan bermula pukul 9am esok pagi.. Err.... Adakah kami sempat sampai pada waktunya.????

Eya.. Kami berjaya sampai tepat pada waktunya.. Hehe.. Ajaib bukan?? Tapi inilah kenyataan.. Haha..Tepat pukul 9.15am, kami berempat dah tercongok kat depan masjid kat sana.. Hairan jugak kami sebab tak dak orag pon dekat masjid masa tu.. Kata pukul 9 majlis mula.. So mengambil keputusan untuk menelefon bakal pengantin, dukacita dimaklumkan bahawa majlis ditunda ke pukul 11am disebabkan ada berlakunya penamaan calon pilihan raya pada ketika itu.. Hahaha.. Penamaan calon menyelamatkan kami.. Wakaka

So its okay la.. Kami pon dah bau asham so lets have some shower first.. Hehe.. Mandi kat masjid jew beb.. Nasib kat masjid lengkap ada bilik mandi lagi.. Ngeee :) Lepas dah mandi kami pon menuju ke  homestay tempat si bakal pengantin lelaki menyewa.. Suasana kat rumah tu tak payah la rasanya aku nak cerita dengan lebih detail kat sini.. Korang pon mesti pernah pergi rumah orang kahwin kan?? So aku rasa korang faham macam mana suasana keadaannya.. Dengan keriuhan budak-budak, riuh orang bersembang.. Hehe

Setelah kami dan bersiap hensem-hensem, segak-segak, cantik-cantik(Eh..Aku tak cantik..Silap..Silap..hehe), Kami pon memulakan perjalanan bersama-sama bakal pengantin baru menuju ke masjid untuk melangsungkan majlis akad nikah.. WAhhh.!!! Terus terang aku cakap, aku pulak yang rasa excited masa tu.. Macam aku pulak yang nak kahwin.. Hahaha :p

Lihatlah muka-muka mereka ini, begitu ceria dan gembira nampaknya.. semua segak-segak belaka.. Hehe.. Bukannya apa.. Kami pun tumpang gembira untuk hari bahagia kawan kami.. Hihi.. Disamping tu, nak ambil berkat sikit.. Mana la tau lepas nie salah sorang daripada kami pulak ka.. HAHAHA :D



Di masjid, berlangsunglnya majlis, berkumandanglah kutbah nikah dan aku lihat segala isi masjid pada ketika itu terdiam dan menghayati kutbah yang disampaikan oleh Imam masjid tersebut.. Aku juga pasang telinga mendengar isi yang tersurat dan tersirat yang terkandung di dalam kutbah  nikah yang disampaikan tersebut.. Terdiam,tertunduk dan rasa seperti aku pulak yang akan berkahwin pada masa tu..Sangat menarik kutbah tersebut.. Hehe.. Takpa.. Sabar Caon, masa hang akan tiba nanti.. Ngehehe ^^

Sekarang tibalah masa yang ditunggu-tunggu dan dinanti-nantikan.. Si pengantin lelaki di minta berselawat untuk menenangkan diri.. Dengan hanya sekali lafaz... Kini 2 insan disatukan.. 2 hati menjadi satu.. Kebahagian jelas kelihatan dalam senyuman.. Suasana yang sebentar tadi sunyi sepi bertukar riuh kembali.. Sesi berpelukan terjadi di antara sanak saudara dan yang paling hebat, air mata kegembiraan mengalir pada ketika itu :)

Suasana seperti petir datang dari merata sudut.. Ia bukanlah petir, tapi flash dari kamera para jurugambar yang tidak melepaskan peluang untuk mengabadikan moment tersebut.. Termasuklah aku.. Hehe..

Selepas selesai majlis tersebut, majlis kenduri kesyukuran diadakan di rumah sebelah pengantin perempuan.. Lepas dah melantak kenyang-kenyang kami pon mohon untuk undur diri.. Selepas selesai sesi bersalaman dan ucapan tahniah yang tidak putus-putus dari tadi, kami pon memulakan perjalanan..

Tapi...

Kami tak balik terus.. Dah alang-alang sampai Perlis, ambil peluang la jalan-jalan dulu.. Hehehe.. So aku bawa kawan-kawan aku pi jalan-jalan di sempadan Thailand-Malaysia iaitu Padang Besar.. Ianya sebuah syurga untuk membeli belah dengan harga barangan yang murah.. Hehehe

Nie sedikit gambaran tempat berkenaan.. Hehe


Kebanyakan barang-barang kat sini adalah barang yang datang daripada Thailand.. Macam-macam la ada.. Kalau nak senaraikan kat sini memang tak habis kot.. Haha.. So kalau ada rezeki, korang kena pergi sendiri la yew.. Hihi.. Kami tak beli apa-apa pon.. Sekadar jalan-jalan cuci mata jew.. Hehe.. Kalau korang pi sana, korang akan nampak deretan motosikal yang pelik-pelik dan nombor plat dia macam dalam gambar kat atas nie.. Haha..

Lepas tu kami beransur-ansur turun ke selatan sebab nak bertolak balik semula ke KL kn.. Tapi kami singgah sekejap di kampung halaman aku yang tercinta iaitu Kampung Sungai Jagong also known as (a..k.a) Rivercorn Village.. Baru la dengar internationalley seket... HAHAHA :p Actually family aku dah sedia maklum yang aku akan singgah sekejap untuk jumpa dorang.. Dah 4 bulan aku tak balik of coz la aku rindu.. Dapat jumpa sekejap pon jadi la.. Dan yang bestnya, my mum masak laksa.. WAhhh.!!! Feveret aku tu.. Memang aku tengah mengidam pon.. Hoho..

Sebelah malam hari yang sama, setelah perut kenyang di isi dan pinggang sudah dibetulkan.. Kami pon memulakan perjalanan menuju ke KL sebab flight kami pukul 1pm keesokan harinya.. Alhamdulillah semuanya selamat dan kami selamat  tiba di bumi Sandakan,Sabah tepat pukul 4pm pada 21hb April.. Gilakan kami?? Adakah anda cukup gila untuk melakukan perkara seperti kami?? Haha..

Sekian saja story aku pada kali nie.. Tapi sebelum tu mesti korang tertanya-tanya kan.? Siapakah dia pengantin yang aku maksudkan tersebut... Hehehe... Sebenarnya di atas amanah daripada Si pengantin supaya hal ini tidak dihebahkan terlebih dahulu, so aku tak akan ceritakan siapakah dia.. Biarlah korang hanya tahu bagaimana perjalanan untuk cerita PROJEK GILA aku nie sahaja.. Hehe.. Maaflah yew.. Aku hormat dengan keputusan yang dibuat oleh si pengantin dan one day korang akan tahu jugak.. Hoho

Sekian dulu celoteh dari aku.. Papai.. ^_^


#Notakaki : Di sini aku ingin mengambil sedikit kesempatan yang ada untuk menasihati korang semua supaya jangan sesekali try, cuba, test or whatever la macam yang aku buat dalam projek gila nie.. Kalau nak cuba jugak, itu diatas risiko tanggungan masing-masing la yew.. Pelbagai halangan dan dugaan yang aku tempuhi sepanjang perjalanan tapi tak kanlah aku nak ceritakan semuanya.. Nasihat aku untuk korang, kalau ingin rancang perjalanan yang jauh jaraknya, rancanglah dengan teliti dan jangan rancang plan yang rushing, kejar masa or terburu-buru.. Terburu-buru itu tidak bagos ok.!! Perjalanan aku kali ini banyak mengajar aku.. 

Jan 14, 2013

Permulaan Baru 2013 :)

Assalamualaikum dan Salam 1 Malaysia buat semua..
Huhh..Dah terlalu lama rasanya aku stop mencoret di blog nie..huhu..Dah bersawang dah..Takpa..Inilah masanya aku kemas kini kembali blog aku yang tak seberapa nie..hehe..Sebenarnya bukannya sengaja tak nak coret kat sini tapi mood tu tak datang..HAHA :D

Sekejap jew,pejam celik pejam celik sekarang dah masuk tahun 2013 dah kn??Huhu..Sungguh cepat masa itu berlalu..Umur aku tahun nie pon secara rasminya telah meningkat menjadi 21 tahun..Dah boleh mengundi dah tahun nie..haha :p Mana aku nak mula dulu yew..Ermm... :/

Okay.!!
Untuk pengetahuan korang,tahun nie jugak merupakan tahun dan semester terakhir untuk pengajian diploma aku kat Sabah..Sekejap jew 3 tahun..huu..Dan untuk penempatan praktikal aku kali nie,aku dapat di Hospital Dutches Of Kent,Sandakan..WAhh..Dengar nama hospital macam kat obersea kan kan kan??hahhaa :D So aku akan berada di sini selama 4 bulan iaitu sehingga hujung bulan 4 nanti.. :) Aku pon baru 2 minggu kat sini..So daripada pemerhatian aku,staff-staff kat sini agak ramah dan mesra dan boleh di buat kawan..hehe..And yang paling best,ramai staff semenanjung kat sini..haha.. ;)

So korang sendiri pon faham kan yang aku nie kaki travel a.k.a kaki jalan..HAHAHA..So aku akan explore daerah Sandakan ini..hoho..Wait for it.. :D Sekarang nie pon aku dah mula-mula buat search dekat Incik Googles tentang tempat-tempat menarik kat sini dan salah satu tempat menarik yang agak menarik minat aku ialah Gua Gomantong..ngehehe..Ok..One fine day i`ll be there..hoho :D

Erm..Okay..Aku rasa korang pon tahu kan yang tengah hangat kat Facebook aku sekarang nie tentang perhubungan cinta aku..kan kan kan??hehe..Itu la..Padan muka aku..Upload lagi gambar camtu..hahaha..Actually aku tak menyesal pon sebab upload gambar tu sebab eya,memang aku sekarang nie sedang dilamun ombak badai cinta..Hatiku berbunga-bunga,hari-hariku sangat indah...WAhh..Dah Caon..Cukup cukup..HAHAHA :p
Eya..Aku mengaku yang aku sedang dilamun cinta ketika ini..Rasanya sudah terlalu lama aku sepikan hati aku dengan perasaan cinta terhadap seorang gadis dan kini aku buka kembali hati aku..Sebenarnya aku pernah berjanji pada diri aku yang aku tak akan cari cinta sehingga aku masuk semester 5 atau 6..Sebab tu la aku layan ja perasaan aku even kadang-kadang aku rasa sunyi sangat..Dan eya,sekarang aku telah tepati janji untuk diri aku..Tahniah buat aku..huhu :')
Aku tahu maybe akan ada mulut-mulut kat luar sana yang akan berkata macam nie..

Mulut 1 : "Elehh..Macam la dia sorang ja yang ada awek nak tunjuk-tunjuk dalam FB.!!"
Mulut 2 : "Elehh..Poyo la mamat nie..Orang lain pon bercinta jugak tapi tak da la sampai macam dia."

Okay..Enough with that..hehe..Jawapan dari aku..Ada aku kesah.!!! :p haha
Bagi aku sendiri,setiap manusia ada cara tersendiri dalam meluahkan rasa sayang terhadap seseorang itu..hehe..Dan aku pilih cara tersendiri iaitu melalui seni fotografi ^_^

Oklah..Cukuplah dulu untuk entri kali nie..Ini entri pertama aku bagi tahun 2013 nie..haha..Rasanya belom terlambat kot untuk aku ucap 'Selamat Tahun Baru 2013' sebab masih bulan Januari nie kan??hahaha

Oklah..Jumpa lagi nanti..Sekian..
Adios~ ^_^v

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...