Followers :)

Apr 26, 2013

PROJEK GILA : Kembara Kaki Besi.. [Penyaksian Penyatuan 2 Hati]



Assalamualaikum dan Salam 1 Malaysia buat semua.. Hehe.. Oleh kerana aku sedikit sukar untuk melelapkan mata aku malam nie, so aku ambil keputusan untuk menunaikan janji aku iaitu aku nak update story sikit pasal projek aku bersama kawan-kawan aku baru-baru nie.. Hehe :)

Nampak tak tajuk kat banner atas nu?? Nampakkan??hehe.. Itu la yang aku namakan projek aku baru-baru nie.. Yang ayat kat bawah tu lepas korang dah habis baca story aku nie baru la korang akan faham.. hihi
Tanggal 19hb April yang lalu, aku bersama 3 orang lagi kawan aku telah mengambil keputusan untuk pulang ke semenanjung bagi memeriahkan majlis akad nikah seorang kawan kami.. Actually, kami dah plan projek nie hampir sebulan lebih dan kebetulan cek punya cek dapat tiket murah so keputusan dibuat iaitu kami gamble ja beli tiket flight.. Kalau tak dapat cuti pon, biar burn jela tiket tu.. Hahaha.. Dan dipendekkan cerita, segala yang dirancang berjalan dengan lancar sehinggalah semasa hari kami ingin bertolak iaitu pada malam 19hb tu.. Flight kami sepatutnya terbang pukul 9.20pm tapi delay pulak jadi 9.45pm.. Biasa la.. Airasia.. Hahaha :p

Setibanya di Kuala Lumpur pukul 1am, kami bertolak ke rumah salah seorang daripada kawan aku untuk ambil kereta.. Biasalah kadang-kadang apa yang kita rancang tak semestinya mengikut perancangan.. Pada mulanya kami rancang akan terus bertolak ke destinasi kami iaitu negeri Perlis Indera Kayangan pada pukul 2am tapi berhenti makan dulu dan rehat-rehat apa semua, pukul 4am baru kami mula bertolak dari Kuala Lumpur.. Kami dimaklumkan bahawa majlis akad nikah akan bermula pukul 9am esok pagi.. Err.... Adakah kami sempat sampai pada waktunya.????

Eya.. Kami berjaya sampai tepat pada waktunya.. Hehe.. Ajaib bukan?? Tapi inilah kenyataan.. Haha..Tepat pukul 9.15am, kami berempat dah tercongok kat depan masjid kat sana.. Hairan jugak kami sebab tak dak orag pon dekat masjid masa tu.. Kata pukul 9 majlis mula.. So mengambil keputusan untuk menelefon bakal pengantin, dukacita dimaklumkan bahawa majlis ditunda ke pukul 11am disebabkan ada berlakunya penamaan calon pilihan raya pada ketika itu.. Hahaha.. Penamaan calon menyelamatkan kami.. Wakaka

So its okay la.. Kami pon dah bau asham so lets have some shower first.. Hehe.. Mandi kat masjid jew beb.. Nasib kat masjid lengkap ada bilik mandi lagi.. Ngeee :) Lepas dah mandi kami pon menuju ke  homestay tempat si bakal pengantin lelaki menyewa.. Suasana kat rumah tu tak payah la rasanya aku nak cerita dengan lebih detail kat sini.. Korang pon mesti pernah pergi rumah orang kahwin kan?? So aku rasa korang faham macam mana suasana keadaannya.. Dengan keriuhan budak-budak, riuh orang bersembang.. Hehe

Setelah kami dan bersiap hensem-hensem, segak-segak, cantik-cantik(Eh..Aku tak cantik..Silap..Silap..hehe), Kami pon memulakan perjalanan bersama-sama bakal pengantin baru menuju ke masjid untuk melangsungkan majlis akad nikah.. WAhhh.!!! Terus terang aku cakap, aku pulak yang rasa excited masa tu.. Macam aku pulak yang nak kahwin.. Hahaha :p

Lihatlah muka-muka mereka ini, begitu ceria dan gembira nampaknya.. semua segak-segak belaka.. Hehe.. Bukannya apa.. Kami pun tumpang gembira untuk hari bahagia kawan kami.. Hihi.. Disamping tu, nak ambil berkat sikit.. Mana la tau lepas nie salah sorang daripada kami pulak ka.. HAHAHA :D



Di masjid, berlangsunglnya majlis, berkumandanglah kutbah nikah dan aku lihat segala isi masjid pada ketika itu terdiam dan menghayati kutbah yang disampaikan oleh Imam masjid tersebut.. Aku juga pasang telinga mendengar isi yang tersurat dan tersirat yang terkandung di dalam kutbah  nikah yang disampaikan tersebut.. Terdiam,tertunduk dan rasa seperti aku pulak yang akan berkahwin pada masa tu..Sangat menarik kutbah tersebut.. Hehe.. Takpa.. Sabar Caon, masa hang akan tiba nanti.. Ngehehe ^^

Sekarang tibalah masa yang ditunggu-tunggu dan dinanti-nantikan.. Si pengantin lelaki di minta berselawat untuk menenangkan diri.. Dengan hanya sekali lafaz... Kini 2 insan disatukan.. 2 hati menjadi satu.. Kebahagian jelas kelihatan dalam senyuman.. Suasana yang sebentar tadi sunyi sepi bertukar riuh kembali.. Sesi berpelukan terjadi di antara sanak saudara dan yang paling hebat, air mata kegembiraan mengalir pada ketika itu :)

Suasana seperti petir datang dari merata sudut.. Ia bukanlah petir, tapi flash dari kamera para jurugambar yang tidak melepaskan peluang untuk mengabadikan moment tersebut.. Termasuklah aku.. Hehe..

Selepas selesai majlis tersebut, majlis kenduri kesyukuran diadakan di rumah sebelah pengantin perempuan.. Lepas dah melantak kenyang-kenyang kami pon mohon untuk undur diri.. Selepas selesai sesi bersalaman dan ucapan tahniah yang tidak putus-putus dari tadi, kami pon memulakan perjalanan..

Tapi...

Kami tak balik terus.. Dah alang-alang sampai Perlis, ambil peluang la jalan-jalan dulu.. Hehehe.. So aku bawa kawan-kawan aku pi jalan-jalan di sempadan Thailand-Malaysia iaitu Padang Besar.. Ianya sebuah syurga untuk membeli belah dengan harga barangan yang murah.. Hehehe

Nie sedikit gambaran tempat berkenaan.. Hehe


Kebanyakan barang-barang kat sini adalah barang yang datang daripada Thailand.. Macam-macam la ada.. Kalau nak senaraikan kat sini memang tak habis kot.. Haha.. So kalau ada rezeki, korang kena pergi sendiri la yew.. Hihi.. Kami tak beli apa-apa pon.. Sekadar jalan-jalan cuci mata jew.. Hehe.. Kalau korang pi sana, korang akan nampak deretan motosikal yang pelik-pelik dan nombor plat dia macam dalam gambar kat atas nie.. Haha..

Lepas tu kami beransur-ansur turun ke selatan sebab nak bertolak balik semula ke KL kn.. Tapi kami singgah sekejap di kampung halaman aku yang tercinta iaitu Kampung Sungai Jagong also known as (a..k.a) Rivercorn Village.. Baru la dengar internationalley seket... HAHAHA :p Actually family aku dah sedia maklum yang aku akan singgah sekejap untuk jumpa dorang.. Dah 4 bulan aku tak balik of coz la aku rindu.. Dapat jumpa sekejap pon jadi la.. Dan yang bestnya, my mum masak laksa.. WAhhh.!!! Feveret aku tu.. Memang aku tengah mengidam pon.. Hoho..

Sebelah malam hari yang sama, setelah perut kenyang di isi dan pinggang sudah dibetulkan.. Kami pon memulakan perjalanan menuju ke KL sebab flight kami pukul 1pm keesokan harinya.. Alhamdulillah semuanya selamat dan kami selamat  tiba di bumi Sandakan,Sabah tepat pukul 4pm pada 21hb April.. Gilakan kami?? Adakah anda cukup gila untuk melakukan perkara seperti kami?? Haha..

Sekian saja story aku pada kali nie.. Tapi sebelum tu mesti korang tertanya-tanya kan.? Siapakah dia pengantin yang aku maksudkan tersebut... Hehehe... Sebenarnya di atas amanah daripada Si pengantin supaya hal ini tidak dihebahkan terlebih dahulu, so aku tak akan ceritakan siapakah dia.. Biarlah korang hanya tahu bagaimana perjalanan untuk cerita PROJEK GILA aku nie sahaja.. Hehe.. Maaflah yew.. Aku hormat dengan keputusan yang dibuat oleh si pengantin dan one day korang akan tahu jugak.. Hoho

Sekian dulu celoteh dari aku.. Papai.. ^_^


#Notakaki : Di sini aku ingin mengambil sedikit kesempatan yang ada untuk menasihati korang semua supaya jangan sesekali try, cuba, test or whatever la macam yang aku buat dalam projek gila nie.. Kalau nak cuba jugak, itu diatas risiko tanggungan masing-masing la yew.. Pelbagai halangan dan dugaan yang aku tempuhi sepanjang perjalanan tapi tak kanlah aku nak ceritakan semuanya.. Nasihat aku untuk korang, kalau ingin rancang perjalanan yang jauh jaraknya, rancanglah dengan teliti dan jangan rancang plan yang rushing, kejar masa or terburu-buru.. Terburu-buru itu tidak bagos ok.!! Perjalanan aku kali ini banyak mengajar aku.. 

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...