Followers :)

Oct 1, 2012

3Hari 2Malam : Semporna Trip [Day 1]


Assalamualaikum..Hye..Hye..Hye.!!! ^^
Caon kembali lagi dengan story terbaru..hehe..Hampir seminggu aku menyepi dari update blog aku nie..Ada jugak terlintas niat untuk update tapi memandangkan diri sedikit busy dan aku rasa sangat-sangat-sangat tension dengan kehidupan masa tu..So aku ambil keputusan untuk membawa diri ke sebuah tempat yang diberi nama Semporna,Sabah..hihihi

Hari Jumaat yang lepas (28 September 2012),aku follow Kak Umi balik kampung husband dia di Semporna..Alaa,Kak umi yang aku story dalam entri aku yang lepas-lepas..hehe..Kebetulan dia offer aku untuk ikut dia pi sana,so aku gunakan peluang yang ada untuk memenuhi kehendak hati aku untuk ke sana sekaligus sebagai "divertional theraphy" untuk diri aku..Tak tahu apa tu "divertional theraphy"..Silalah google yew..hoho..Orait..Now Lets me begin the story ^^

DAY 1
Aku pi kerja macam biasa tapi pukul 3pm sharp aku cabut lari..HAHAHA..Tak la begitu,aku mintak excuse la dengan staff tempat aku bertugas untuk keluar kerja awal di atas sebab-sebab tertentu nie lah..hehe..Untuk pengetahuan korang,aku memang dah packing sedia semua barang-barang and aku pi kerja bawak beg travel and beg camera aku..Semua orang heran ja menengok..HAHAHA..Ada aku kesah.!!buerkk =p

So pukul 3.30pm,kak Umi ambil aku di hospital dan kami memulakan perjalanan ke Semporna..Alangkah gembiranya hati aku ketika itu..So sepanjang perjalanan ke sana,kami di hiburkan dengan pembentangan bajet 2013 melalui radio..HAHAHA..Berita baik.!!! Elaun naik..tapi tak tau berapa..hehe
So pukul 6pm tepat kami pon tiba la di destinasi yang ditujui iaitu rumah saudara kepada husband si kak Umi..So di sini la aku akan menetap sepanjang trip nie..2 jam jugak perjalanan,aku ingatkan dekat..huhu..So selepas rehat seketika,tepat jam 8pm kak Umi bawa aku dan 2 orang anak buahnya jalan-jalan melihat suasana malam pekan Semporna..hoho..
Sepantas kilat aku capai beg kamera aku dan melompat ke kereta..hehe ;D


Inilah tempat pertama yang aku di bawa pergi..Nama tempat nie orang panggil floating..Kenapa floating?? Yang tu aku tak tahu tapi maybe sebab tempat nie berada terapung di atas laut kot..hihi ^^
Suasana kat sini...PERGHH.!! Memang mantop.!!Terbaek.!! Romantik ja suasana..Hehe..Aku pon apa lagi..Snap..Snap..dan Snap la..hehe..Orait korang layan beberapa pic yang aku snap untuk korang kat bawah nie..hee ;)


Chalet yang terdapat di floating nie..


salah satu restoran yang ada di floating tu..


 Setelah berjalan-jalan sekejap di situ,Untuk gambar yang terakhir aku nak jugak ada gambar aku di pintu masuk tempat nie..haha ;D So dengan bantuan kak Umi,berjaya sekeping gambar aku dirakam..hee
Ada satu site di sini yang kami tak dapat masuk sebab tutup sebelah malam dan nak masuk ke site nie kami perlu bayar RM2 untuk seorang..Tapi kak Umi cakap esok siang kita datang sini lagi.. =D
kualiti gambar nie kurang sikit sebab pakai setting auto..haha
 Then kami pi makan bakso di dalam pekan Semporna..4 orang makan RM10..Bakso + buntut ayam untuk 4 orang harganya cuma RM10..Murahnyeeee T_T
Hehe..Then aku dibawa lagi untuk lepak di tepi laut untuk relaxkan minda sambil menghayati panorama malam..Ruginya aku tak bawa tripod camera aku tadi..So hanya gambar yang di bawah nie ja yang terbaek yang bole aku snap..huhu =)

Sungguh tenang pemandangan serta suasana ketika nie..Sambil-sambil kami bercerita dan bergelak ketawa.. =)
Then kami balik rumah dan tiba masanya untuk tidur sebelum memulakan pengmbaraan untuk esok harinya pula..hehe..Perlu rehatkan diri secukupnya..Planning dari Kak Umi,Destinasi untuk esok hari ialah Bukit Tengkorak,Pulau Bum-Bum dan Kg.Tampi-Tampi..hee ;)

Untuk entri Day 2,sila klik SINI.. ^_^

2 comments:

  1. wah utnung la... ok la 2 ada jgk pengalaman p tmpt2 org kan... :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. hehe..alang-alang sudakan di tawau.So gunakan peluang yang ada =)

      Delete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...