Followers :)

Oct 2, 2012

3Hari 2Malam : Semporna Trip [Day 2]


Hye..Hye..Hye..Achooo.!!!!(sambil lap-lap hingus)..Sorry la yew..Terbersin pulak..Almaklum la demam aku start pagi nie..huhu..Seharian aku bertarung dengan cirit-biritnya dengan muntahnya lagi..Huwaaa.!!!!Fever,please go away T_T
Okay..Now,aku sambung untuk hari yang kedua =)

Day 2
Aku terjaga dari tidur sekitar pukul 7am dan terus aku menuju ke bilik air untuk cuci muka dan mandi..Selepas mandi,aku keluar ke beranda rumah untuk ambil angin pagi..Segarnya aku rasa..Sekeliling rumah ada pokok jew kan..hehe..

Sambil-sambil menghayati nyanyian burung di kawasan sekitar disertakan lagi dengan sinar matahari pagi yang memancar,aku rasa sungguh tenang..Sesekali dapat menghayati suasana macam nie sememangnya terbaik..huhu ^_^
Then selepas sarapan,aku memulakan perjalanan bersama kak Umi dan husbandnya..Kali nie aku bawa tripod sekali sebab aku tak nak jadi macam semalam..haha..Aku sendiri pon tak tahu ke mana aku akan di bawa pergi dan seketika kemudian kak Umi bersuara..Kami akan pergi ke Bukit Tengkorak..hehe..Bukit Tengkorak okay..Tapi aku sendiri pon tak tahu kenapa nama bukit tu begitu sebab bila aku sampai sana,tak da pon tengkorak yang aku jumpa..HAHA =D

Nie muzium yang di bahagian pintu masuk Bukit Tengkorak nie tapi belom dibuka..

Jalan menuju ke bahagian puncak.
Bukit Tengkorak nie sebenarnya ialah pusat arkeologi pada masa dulu di mana banyak tembikar-tembikar dijumpai di sini..Bekas tinggalan cari gali pon masih ada di puncak bukit nie..Menurut apa yang aku baca di papan kenyataan yang ada di puncak bukit nie,kawasan Bukit Tengkorak nie sebenarnya adalah kawasan kawah gunung berapi pada suatu masa dulu..Yess..Memang korang boleh nampak yang batuan di sini sedikit pelik dan berbeza daripada batuan yang korang pernah tengok..Warna hijau tumbuhan kat sini jugak lain sangat..Sedap jew mata memandang..hoho ^^
Anak tangga yang perlu didaki untuk sampai ke atas..hehe
 Untuk menaiki ke puncak bukit nie,1st korang kena la bayar dulu RM2 sebagai yuran masuk dan seterusnya korang boleh la mendaki anak-anak tangga macam dalam gambar kat atas nie..Nampak macam memenatkan??haha..Hendak seribu daya,Tak nak seribu dalih..hoho ^^
Menurut apa yang distory oleh husband kak Umi,suatu masa dulu tak da tangga nie..Jalan untuk mendaki ke atas hanyalah jalan trekkingdenai ja..Sekarang ja baru dorang buat tangga nie..So dengan penuh semangat aku mendaki bersama kak Umi dan husbandnya..Sampai di pitstop pertama..Nie la view yang kami dapat..hee
View di pitstop pertama
 Then sampai ke pitstop kedua..Dan aku ambil peluang untuk bergambar dulu di pitstop nie..hehe..Semangat aku masih berkobar-kobar untuk mendaki tapi kak Umi dah sedikit pancit..HAHA =D

View di pitstop kedua..

See..Tawau bah.!!HAHA
Akhirnya kami tiba di puncak dengan selamat..hehe..Benda pertama yang aku jumpa semasa di puncak ialah gua yang kat bawah nie..Gua ka nie??Errr...haha ;D
 So kami pon berjalan-jalan la di kawasan puncak yang tidak la berapa besar kawasannya sambil menghirup angin kencang yang bertiup untuk mengeringkan peluh..HAHAHA (apa ayat aku cakap nie =.=" )


View dari puncak..hehe..Nampak tinggi kan??

So setelah hampir setengah jam kami di atas,kami pon ambil keputusan untuk turun ke bawah..Turun tak terasa sangat penatnya macam masa mendaki tadi..So for the last snap snap snap..Aku settingkan tripod aku,set timer dan 3,2,1 snap.!!!EHEHE
Caon was here 2012..hahaha

Nie salah satu hasil gambar yang aku dapat snap semasa di puncak..Sejuk jew mata memandang kan?..=)
Then selepas turun daripada Bukit Tengkorak tu,aku di bawa lagi jalan-jalan di pekan Semporna..Pekannya tak la besar sangat tapi crowded nie dengan manusia..Tambah-tambah di kawasan pasar ikan..hehe..Then aku pi makan tengahari di salah satu gerai di dalam pekan nie dan aku berpeluang merasai ikan tuna bakar dengan harga hanya RM5..Rm5.!!!!!!Biar benar??Serius memang murah makan di sini..Hasil laut di sini semuanya murah dan fresh lagi tu..heee..
Then kami balik ke rumah untuk berehat selepas makan tengahari tu..So aku pon ambil la peluang untuk melelapkan mata buat seketika..hee ;)
Tepat jam 4pm,aku dikejutkan oleh kak umi dari lena dibuai mimpi..hehe..Kak Umi suruh aku get ready sebab dia nak bawa aku pi round-round pulau berdekatan dan seterusnya kami akan pi memancing di tengah laut..weeehuuu.!!!Terbaek.!! ^^

Sambil-sambil tunggu bot yang kami nak naik tu sampai,aku tengok ja kawasan sekitar pelabuhan tu..Untuk pertama kalinya dalam hidup aku,aku berpeluang melihat macam mana kereta dipindahkan dari darat ke pulau iaitu Pulau Bum-Bum dengan menggunakan bot.. =.="
Aku pulak yang risau tengok dorang bawa camtu..50-50 ja aku rasa..haha =D

Setelah lama menunggu akhirnya bot yang akan bawa kami tu pon sampai dam kami mula berlayar ke tengah lautan..Aisehh..Ayat berlayar..HAHA..Menikmati suasana senja di tengah laut sememangnya best sangat..Aku di bawa berjalan-jalan di 3 pulau iaitu Pulau Bum-Bum,Pulau Kalakan dan Pulau Rohib Dulang..Hampir setengah jam jugak perjalanan kami sebelum kami tiba di lokasi untuk memancing..hehe..

Chalet terapung..hehe

aku bersama uncle Maju yang memang lawak dan sporting habis..hehe

Pemandangan ketika senja berlabuh :)


 Setelah puas memancing..Umpan pon dah habis..Jam di tangan sudah pun menunjukkan pukul 11pm..Suasana malam nie cerah ja sebab bulan mengambang penuh malam nie..Kejernihan air laut di sini hanya tuhan yang tau..Tak dapat aku nak gambarkan dengan kata-kata..Indahnya ciptaan tuhan..Dengan cahaya terang dari bulan pon kita masih boleh nampak batu karang yang ada di dalam air di kawasan perairan cetek..huhu
Untuk pertama kali dalam hidup aku sepanjang 20 tahun aku hidup,aku berpeluang melihat tahi bintang selama lebih kurang 2 saat yang melintasi ruang angkasa bumi..Tak sempat nak buat wish..HAHA..Selalu dok tengok tahi orang ja kalau bekerja di wad..wakakaka =D
Perjalanan balik dari lokasi kami memancing memakan masa sejam 5 minit sebab air surut masa tu..So bot yang kami naik tak boleh laju takut terlanggar batu karang..huhu
Dan inilah hasil tangkapan kami pada malam tu..hehe

 Sampai ja di rumah..Aku terus mandi dan tidur sebab penat sangat rasanya..HAHA..Macam nie rasanya jadi nelayan laut dalam nie..Lepas mandi terus aku tertidur dibuai mimpi indah dek kepenatan memancing sebentar tadi..hehe..

Untuk hari ketiga..esok aku akan update okay..Insyallah..huhu =)
So sekarang aku nak pi sambung rehat..Hope so esok baik la demam berserta diarea aku nie..Tak larat dah keluar masuk tandas berulang kali nie..huhu =(
Makan ubat dan selamat malam semua..Adios..huhu =)

Untuk Day 3 sila klik SINI =)

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...