Followers :)

Oct 25, 2012

Pilihan Ibu vs Pilihan Hati


Assalamualaikum dan Salam 1 Malaysia buat semua..hehe..
Nampak gambar kat atas tu??And nampak tak tajuk entri untuk kali nie??HAHA..Lain jew bunyinya kn??hee..Dalam gambar kat atas nampak sangat pada raut wajah aku yang aku sedang buntu memikirkan sesuatu..haha..Sorry la yew..Gambar diatas hanyalah sekadar ilustrasi untuk mencuit hati..kui3 =D

Ok..Kelmarin aku ada update status di FB aku berkenaan tajuk diatas..Ceritanya begini,masa on the way jalan kaki balik keja petang kelmarin tiba-tiba aku terfikirkan mengenai hal nie..So otak aku yang sememangnya cergas nie pon (cergas la sgtt.!! kn? ) tiba-tiba menimbulkan satu idea iaitu try update status mengenai hal nie dan cuba tengok respond kawan-kawan FB camna and apa pendapat dorang..hee

Okay..Seperti yang korang nampak diatas nie aku telah pon melakukan satu post yang bertulis " Antara pilihan ibu dengan pilihan hati sendiri...Pendapat anda please.? Anyone.?"
So ada jugak la beberapa orang kawan-kawan yang respond dengan meluangkan sedikit masa mengomen di status aku tu..Terima kasih banyak-banyak yew..Aku hargai pendapat korang tu =)
Ada jugak aku tanya pendapat kawan-kawan aku secara lisan dan ada jugak aku tanya melalui sms..HAHA..Dah macam ahli kaji selidik dah aku nie..Padahal pasal benda nie ja pon =.="
Tapi tak pa..Keputusan research (cewahh.!!Research konon..HAHA) aku nie aku akan kongsikan di sini..hehe

Pilihan Hati

  1. Kita lebih mengenali berkenaan Si Dia kerana mungkin ada yang sudah berkawan a.k.a bercouple lama contohnya 2 - 3 tahun atau lebih lagi..
  2. Dapat merasai kemanisan bercinta sebelum kahwin..
  3. Akan rasa lebih berpuas hati kerana ianya adalah pilihan hati sendiri dan kita telah mengenali Si Dia..

Pilihan Ibu @ Keluarga
  1. Lebih direstui kerana pilihan ibu atau keluarga selalunya adalah pilihan terbaik =)
  2. Dapat merasai manisnya bercinta selepas berkahwin yang mana susah sekali orang zaman sekarang nie nak dapat rasa..hehe
  3. Perlukan lebih masa untuk saling mengenali,saling mesra serta saling memahami antara satu sama lain selepas berkahwin.

Okay..Nampak perbandingan yang aku dah list kat atas nie?? Ini hanyalah sekadar perbandingan dan perbandingan aku kat atas nie nampak macam sedikit berat sebelah kan??Yup..Aku sendiri pon sedar tu..So kat sini aku nak huraikan dengan lebih lanjut..hehee

Keputusan sebenarnya adalah terletak pada diri masing-masing..Ada yang cakap pilihan hati adalah terbaik dan ada jugak yang cakap pilihan ibu atau keluarga adalah pilihan terbaik..See.!! Pendapat serta pandangan setiap orang tidak samakan..So konklusi yang boleh aku buat di sini ialah sama ada pilihan hati mahupun pilihan ibu atau keluarga,masing-masing ada kelebihan serta kelemahan tersendiri.

Ada yang cakap jika kita pilih pilihan hati,kita akan lebih puas hati sebab kita dah kenal si Dia dari atas hingga bawah..Tapi kita harus ingat di mana ada juga kes yang berlaku di mana ibu bapa atau keluarga tak suka dengan pilhan kita..So di sini berlaku la ketidakrestuan dalam perhubungan..hehe..Apa daa ayat aku nie..haha =D

Jika pilhan ibu atau keluarga pulak,ada yang cakap pilihan keluarga adalah pilihan terbaik kerana jika perhubungan direstui oleh seisi ahli keluarga maka kehidupan selepas itu akan lebih harmoni..Tapi perlu juga di ingat yang jika kita menerima pilihan keluarga,mungkin kita akan memerlukan sedikit atau lebih masa untuk proses penyesuaian diri bersama sebab masing-masing belum kenal mengenali kan..hehe..

Tapi mostly pada masa kini memang jarang la ada kes di mana seseorang itu berkahwin dengan pilihan keluarga sebab hal sebegini hanya diamalkan pada zaman dahulu iaitu zaman datuk nenek kita..Nenek dengan datuk aku pon kahwin atas pilihan keluarga..Kahwin muda lagi tu..HAHA..Bahagia ja sampai sekarang..kui3 =D
Apa yang boleh aku cakapkan disini ialah tak kisahlah apa sekali pon pilihan kita,yang penting ialah restu dari keluarga..Kalau ada kita berkenan atau memang kita sedang berkawan a.k.a couple dengan seseorang itu,bagus bawa berjumpa dengan keluarga kita mahupun keluarga si Dia supaya keluarga masing-masing tahu yang kita sekarang nie sedang berkawan dengan siapa..Kalau keluarga kedua-dua pihak dah restu itu dah kira bagus kan??Dah kira "Greenlight" dah tu..Hoho..Tapi kalau ada keluarga yang tidak merestui perhubungan tu,sebagusnya bawa berbincang dan tanyakan sebab kenapa keluarga tidak suka dengan si Dia..Jika sudah diketahui sebabnya maybe kita sendiri boleh berusaha mengubah sesuatu yang tidak disukai itu menjadi sesuatu yang disukai..Contohnya di sini,Aku guna contoh diri aku sendiri la..Aku sendiri pernah tanya mak aku berkenaan calon menantu yang dia inginkan..Satu jew dia cakap..Kalau boleh cari la yang bertudung..So kalau hati aku dah berkenan pada seseorang yang "free hair" a.k.a tidak bertudung,so aku kena la perlahan-lahan berusaha mengubah si Dia yang "free hair" ini kepada si Dia yang no more free hair..hehehe..Lebih kurang begitu la kan..huhu =)

Apa yang aku celotehkan disini bukanlah kerana aku nak cakap yang diri aku nie sempurna tapi sekadar berkongsi cerita dan pendapat dengan korang semua kawan-kawan pembaca Blog aku nie..Sama-sama la kita jadikan panduan serta teladan jika apa yang aku celoteh nie adalah baik serta berguna dan abaikan atau bagitahu aku kalau entri aku nie tidak membawa apa-apa faedah langsung..So sama-sama la kita renungkan bersama yew..Huhu =)

Nota kaki :Aku bukanlah Dr.Cinta okay??Aku hanyalah insan biasa seperti anda..hehehe ;)

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...