Followers :)

Aug 31, 2011

CaoN Misi Raya Merdeka [Part 3]

Assalamualaikum..Salam 1 Malaysia semua..
Selamat pagi semua..Aku kembali untuk entry aku yang seterusnya..Tapi aku agak kecewa la pagi nie sebab line tak berapa ok kat kampung aku nie..Haimm..Nak update entry nie pown aku kena tunggu lama nk tunggu laman blog nie loading..Haimm..sabar jela..By the way..Aku tetap akan update blog aku nie..hehe..Semangat nie nk story ngn korang semua..

Tapi untuk entry aku yang kali nie,aku just akan bercerita jela ngn korang semua..Aku xkan upload pape gambar sebab line sememangnya tak mengizinkan..huhu..

Kelmarin...Puas satu hari aku beraya..hahaha..Biasalahkan..Kalau raya pertama nie,kebanyakan aku akan pergi rumah saudara-mara jela..Follow family kan..hehe..Merata aku p..Tapi aku travel bersama motor aku la also known as Tenggiling biru..haha..Yela..Nak naik keta,penuh dh..hehex..Tak pela,yang pasti aku follow dorang jugak..

Selapas dh puas beraya di kampung sebelah mak aku semalam,so ari nie aku berada di kampung sebelah abah aku pulak..Aku akan beraya kat sisni pulak..hehe..Kat sini line tak ok sangat..Setakat line GPRS ada la..Xpela,asalkan ada line..hahaha..

Sememangnya aku betul-betul rasa puas raya nie..Berbaloi dengan perjalanan pulang yang harus aku harungi ari tu..Walaupun penat tapi memuaskan dan berbaloi-baloi..hahax..
Bab duit raya,korang jangan tanya la..Habuk pun tarak..hahaha..Yela,dengan keadaan fizikal aku yang sememangnya menjulang langit nie..Sapa la yang nak kasi duit raya lagi..hahaha..Untunglah sapa-sapa yang berumur 19 tetapi ketinggian nya masih darjah 5 or 6..hahahaha(maksud mendalam nie)

Oklah..Setakat ini ja untuk part ke-3 aku kali nie..Sorry menghampakan korang sebab aku tak dapat nk upload pape gambar..Nak buat macam mana..Line tidak mengizinkan..huhu..
Last words from me..Ber'liver-liver' semasa berhari raya..Pandu dengan selamat,ingatlah orang yang tersayang..Anda mampu mengubahnya..hehehe
Sekian saja..Adios ^_^

Aug 29, 2011

CaoN Misi Raya Merdeka [Part 2]

Assalamualaikum dan Salam 1 Malaysia semua..haha..
Sekali lagi aku kembali untuk menyambung story mengenai misi Raya Merdeka aku..Kali ini bagi part yang kedua..hehehe..

Selepas mengharungi perjalanan yang panjang serta memenatkan..Aku telah berjaya sampai ke kampung halaman tercinta dengan selamatnya..hehe..Perasaan seronok tak terkira..Tak yah aku cakap la camna perasaan aku time tu sebaik ja aku sampai petang kelmarin..hahaha..Rasa macam nak cium and guling-guling atas tanah woo.Hahax

Sememangnya aku akui,perjalanan yang aku harungi sememangnya sangat memenatkan..Yela,maunya tak penat..Lepas terbang,aku naik kenderaan beroda 4,then beroda 2,then 2 lagi then ermmm......Bas roda dia berapa erk??hahaha..Ntah la..Tak sempat lak aku kira roda bas tu..hahax..Tak kisah la bas tu roda berapa pun..Yang pasti aku dh sampai ke kampung halaman aku..hoho

Oklah..Untuk part 2 nie,aku nk story la macam mana rentetan perjalanan journey yang aku lalui kelmarin..Sorry la lambat sikit aku update part 2 nie..Letih kot..heee..
Ok..Tanpa membuang masa..haha..Mendarat ja aku kat airport LCCT tu,aku bersama Shahir(membew kedah jugak sebatch dengan aku) naik bas untuk ke KL Sentral..Sebenarnya secara kebetulan aku naik flight dengan Shahir and Fifi..Kami 3 orang adalah group semenanjung pertama yang memulakan perjalanan pulang..Tapi sampai ja kat LCCT tu,Fifi ambik haluan sendiri sebab kampung dia kat Melaka..So kami berpisah di airport ja selepas aku dengan Shahir naik bas..

Then sampai ja kat KL Sentral,aku terpaksa berpisah dengan Shahir pulak sebab aku pun perlu amek haluan aku yang tersendiri..hehe..Maka berpisahlah kami di situ..Aisehh..Macam cerita Sang Kancil pulak..HAHAHA..Ok..Ok..Ok..Aku kemudian diambil oleh sepupu aku pergi ke rumah dia di BAtu 9,Cheras..Sia datang amek aku dengan motor jew..Motor LC..Haha..Ini baru la dunia aku..Dunia kenderaan beroda 2..hoho..So then dia pown bawa la aku g makan kejap sebab aku lapar gila time tu..haha..And then baru balik umah dia..Sampai ja kat umah dia,aku bole la rest kejap..Kejap jew rest sebab aku sampai umah dia dh pukul 2 am..Sembang punya sembang dh pukul 3 lebih camtu la..Tido and pukul 8 am dh jaga dan kena siap-siap pulak untuk g Puduraya..Bas pukul 11 am..
Nasib la sepupu aku nie ada kawan-kawan yang baik and sudi menolong..Kawan-kawan dia la yang tolong hantar aku dan dia g Puduraya..Nie ada haa gambar puduraya aku snap kat bawah nie..hehe

Puduraya kini...hehe
Sememangnya jalan on the way nak g Puduraya sesak gila..Yela,kan musim perayaan..Konpom la sesak jalan-jalan kotaraya..haha..Kami g Pudu naik motor jugak..Geng LC hantarkan..Wuhuuuu..!!Memang gempak la riding dalam kesesakan..Selit and menyelit..hehex..Nie adela sikit gambar yang aku sempat snap semasa tengah selit menyelit tu..hehe..(Sempat lagi tu)

hehe..

Kesesakan jalan kotaraya..hoho
Sampai ja di Pudu,dorang pown leave us alone..haha..Then aku dan sepupu aku nie masuk dalam pudu dan menunggu and then menaiki bas untuk memulakan pula perjalanan ke Utara semenanjung..Perjalanan selalunya 5 jam jew dari KL ke SP..Tapi sebab musim perayaan,jalan jamm dan excident pown banyak aku nampak sepanjang jalan..So jadi la 6 jam perjalanan..Aku sampai SP tepat pukul 5 petang..Time tu hujan tengah renyai-renyai..Sampai jew,family aku yang sambut..Naik kereta kemudian dorang bawa aku n sepupu aku singgah bazar ramadhan kat sini..haha..Macam tawu-tawu jew family aku nie..Aku pown ape lagi..Mengidam lama dh makanan semenanjung kan..hahax

Dan suatu saat yang sememangnya aku idam-idamkan selama nie..Saat di mana aku dapat berbuka bersama family tercinta..huhuhu..Keriuhan berbuka bersama abah,mak dan sedikit gelagat adik-adik ku yang mencuit hati sememangnya suatu keadaan yang aku betul-betul rindu..huhu..Hanya tuhan yang tahu betapa aku bersyukurnya pada masa tu..huhu

Antara juadah berbuka..Masakan mak aku tu..hehe
Selepas berbuka,aku rest kan diri..Kemudian aku dan sepupu aku keluar g jalan-jalan Uptown..Satu tempat untuk shopping raya..Tapi kami justg ronda-ronda and jalan-jalan ja..haha..Then kami g karaoke kejap sebab nak lepaskan gian..hahahaha..Pukul 1 pagi baru balik umah..Inilah dunia aku yang sebenarnya di sini..hehe..

Oklah,aku nak g bersahur nie..Hari berpuasa yang terakhir untuk tahun nie..huhu..Selamat tinggal Ramadhan,selamat datang Syawal..Kau pasti aku rindui wahai Ramadhan..huhu..
Ok,itu saja untuk part ke-2 nie..Nanti aku update lagi k..Keep following my story ok..hehe
Sekian saja..Adios ^_^'v

Aug 27, 2011

CaoN Misi Raya Merdeka [Part 1]


Assalamualaikum dan Salam 1 Malaysia semua..
haha..Agak lama aku tak mengupdate blog aku nie..Bukannya apa..Just a little bit busy with all my work..huhu..Oklah..Now aku dh On mood raya aku..haha..Raya..!!Raya..!!Raya..!!Seperti biasa,aku sekarang nie akan melaksanakan satu lagi misi..Nampak tak tajuk entry aku kat atas tu?? CAON MISI RAYA MERDEKA.!!
Haha..Untuk kali nie merupakan part yang pertama untuk entry misi Raya Merdeka aku nie..

Flight aku malam nie pukul 8pm..So means aku dh kena bertolak dari asrama aku nie sebelum berbuka la and aku terpaksa berbuka di airport..Kat airport just da KFC jew..hahaha..Motif sangat.!! Tak kisah la aku berbuka di mana atau dengan apa sekali pun,yang penting tetap kena berbuka jugak dan tak boleh melengah-lengahkan masa berbuka..hahaha

Buat masa ini aku belom lagi packing apa-apa barang yang aku nak bawa balik..Ranggi kan..haha..Alaa,aku just balik bawa 1 beg travelling aku tu jew..Malas aku nak bawa banyak-banyak barang sebab perjalanan aku panjang..So kalau bawa banyak barang,meletihkan diri aku lagi jew..hehe

Ok..Now aku story sikit mengenai perjalanan journey aku untuk petang ini dengan esok harinya sebelum aku sampai ke kampung halaman tercinta..hehe..
Orait..Petang nie aku akan memulakan penerbangan pukul 8 malam di KKIA(Kota Kinabalu International Airport) dan aku di jangka sampai di LCCT(aku pun tak tahu stand for what..haha) kt KL pukul 10 malam..Itu pun kalau flight tak delay..Aku paling benci kalau berlakunya delay..haha..Sangat menyakitkan hati ini..huhu

Then sampai ja di KL aku terpaksa berdikari seketika sehingga sampainya aku ke KL sentral..Kat KL Sentral cousin aku akan datang amek aku..But aku pun tak tahu pukul bpa dia free untuk amek aku..So Have to keep waiting and waiting until he comes..hohoho..
Lepas dia dah amek aku,aku akan g stay kat umah dia untuk semalaman..Dan keesokan harinya aku bersama dia akan memulakan perjalanan pulang ke Sungai Petani,Kedah menggunakan bas..Perjalanan dengan bas biasanya 5 jam dari KL- SP..But for this time,aku rasa maybe boleh jadi 6 ke 7 jam perjalanan sebab jalan kemungkinan jamm sebab musim perayaan..Tak kisah la,janji aku dapat balik..hahaha

Oklah..Itu saja untuk entry part pertama aku nie..I will keep it updated..hoho..
So di kesempatan ini jugak aku ingi mengucapkan SELAMAT HARI RAYA MAAF ZAHIR DAN BATIN..Aku menyusun 20 jari tangan dan kaki memohon maaf andainya aku ada tersalah bahasa atau terkasar bicara,mohon diampunkan lah yew..hehe..

Last words from me..Ber'liver-liver' semasa memandu pulang ke kampung halaman..Dan jaga keselamatan semasa beraya..Ingatlah orang yang tersayang..hahaha
Sekian saja untuk kali ini..Adios ^_^

Aug 23, 2011

Stacy di depan mata ku..hehe


Assalamualaikum dan salam 1 Malaysia buat semua..
Hehehe..Korang nampak kan tajuk entry aku kt atas tu??hehe..Itulah story aku untuk malam nie..hehe

Sepatutnya aku update story nie ary Jumaat yang lepas..Tapi aku kesibukan sikit..So lambat sikit la aku update..hehex..Maaf yew..hehe..
Oklah..Tanpa membuang masa lagi..Pada Jumaat yang lepas iaitu 19 Ogos..Aku menghadiri majlis Birthday Satcy..Korang kenal x Stacy??Allaaa..Yang AF tu..hahaha..Alangkah bertuahnya dapat menghadiri majlis tersebut..hohoho..Dapat jugak aku berdepan dengan Stacy..Selain Stacy,aku berpeluang jgak jmpa Chaq and Akim..haha..Mesti korang hairan kan cmna aku tiba-tiba boleh hadir dalam majlis dy..Thats a very long story..haha..Rasanya xperlulah aku nyatakan kat sini..hehe..

Oklah..Untuk entry aku kali nie,aku xnk banyak celoteh..Just aku nk korang enjoy usya-usya gambar-gambar yang aku snap dan yang aku sertakan kat bawah nie yew..Layan nohh..hehehe

Me with my fren and Chaq..

Smile :)

Aku La itu..hehex ^_^

Bersama Akim..

Oklah..itu saja beberapa gambar yang aku nk kongsikan dengan korng untuk kali nie..hehehe..
Sekian saja dari aku..Kurangkan kontroversi tingkatkan prestasi..Adios..
HAHAHA..!!!

Aug 16, 2011

Kesyukuran dalam kerinduan

Assalamualaikum dan Salam 1 Malaysia buat semua...

Agak sedikit bersawang blog aku nie..hehe..Yela,dh berapa lama aku tak update..Biasalah sedikit sibuk..Sedikit jew ok??hehex..Tapi blog aku nie bersawang sikit jew..Tak dela sampai dh nampak usang kan??hee

Sedar tak sedar,dh 16 hari kita puasa kan??Sekejap jew rasanya..Pejam celik pejam celik,dh separuh daripada bulan Ramadhan nie kita dh harungi..Tinggal 2 minggu lagi sebelum berakhirnya bulan yang mulia nie dan kita pown akan berhari raya..hehehe..Saat yang sememangnya dinanti-nantikan oleh aku dan aku pasti oleh korang semua jugak..hohoho

Ok..Back to the story..Tajuk entry aku untuk kali nie ialah "Kesyukuran dalam kerinduan"..Ada sebab kenapa aku pilih tajuk nie..Nampak macam penuh bermakna kan..kan kan kan??haha..Sebenarnya saja jew aku letak tajuk cam tu..Yela..Kita sepatutnya bersyukur sebab sedar tak sedar dh separuh daripada bulan Ramadhan nie dh kita harungi dengan jayanya..Bagi yang tak berjaya,kalau untuk golongan wanita normal la kan??tapi kalau untuk golongan lelaki,aku tak tahu la nak cakap apa..hahaah..Lu Pikir La Sendiri.!!hahax

Tapi bagi aku sendiri..Ermm..Dalam aku bersyukur nie..Aku betul-betul rindukan family aku di sana..Mak n abah aku selalu call aku..Tanya apa menu berbuka aku..Macam mana puasa hari nie..Haimm..Mak aku cakap,dia nk berbuka pown kadang-kadang tak da selera sebab memikirkan apa la aku makan untuk berbuka setiap hari..Tapi aku just boleh bagi tahu dorang supaya sabar la..Tidak lama lagi anak mu ini akan pulang dari perantauan untuk berhari raya bersama..hehehe..

Ok..Sekarang untuk story sampingan dari aku..hehe..Hari ahad yang lepas iaitu 14 Ogos..Aku bersama beberapa kawan-kawan aku mensponsorkan diri untuk menolong menghias lobi di cawangan utama kolej aku nie..Nie semua pun atas arahan pengarah jugak..Walaupun aku tahu ada di kalangan kami yang tak berapa nk ikhlas masa hari tu,tapi tak pela..itu korang punya pasal..haha..Yang pasti,lobi tersebut siap berhias..Kami kena hias seperti suasana hari raya..Yela,nk mewujudkan suasana tersebut kan??hehe..Sambil menghias,aku pasang lagu-lagu raya untuk sama-sama kami enjoy sambil bekerja..hoho

Kat bawah nie ada la beberapa gambar yang sempat aku snap..Korang layan k??hee

Haha..ciap ada patung lagi..

keadaan amatlah serabut sebelum siapnya menghias.haha


Dah nampak kan gambar-gambar tadi..hehe..Itu semua sebelum ciap dihias..Gambar yang dh ciap dihias aku terlupa nak snap..(aku tertido di sofa sampai bas datang amek sebab letih..haha)
Then kelmarin pagi,Puan pengarah sent SMS pada Sir aku menyatakan ucapan terima kasih beliau kepada kami semua..hehe..Most welcome Puan..hoho

One more story sebelum aku akhiri celoteh aku nie..Petang kelmarin aku,aku ajak Hafiz dan Jude pergi bazar Ramadhan..Dorang 2 nie kawan searas dengan bilik aku..Bilik aku dekat jew dengan bilik dorang..haha..So pukul 5pm kami memulakan perjalanan secara berjalan kaki ke bazar tersebut..Perjalanan memakan masa hampir 20 minit untuk satu hala..hahaha(ayat dokumentari la pulak)..
Jauhkan???Tapi kami xkisah semua tu..Janji dapat ubah-ubah selera ketika bulan puasa nie..hehe..
Nahh.Kat bawah nie da sikit gambar untuk tatapan korang..hehe


Suasana crowded di bazar..hoho

Hafiz dan Jude..

Me dan Jude..hehe
Banyak kan kami membeli..hahaha.Kalau nk ikut nafsu lagi banyak la kami beli..hehex..
Untuk pengetahuan korang,Jude walaupun dy bukan islam..Tapi dy turut ikut puasa..Haha..Dy cakap best puasa nie..Terutama ketika nak berbuka..hahaha..Best woo dapat berbuka sama-sama..
Oklah..Sampai sini saja dulu celoteh merepek aku..Actually aku nk update blog nie semalam lagi..tapi disebabkan kondisi kesihatan aku yang kurang sihat..So aku rest jela semalam..hehe..
Ok lah..Nanti kan story aku akan datang k..Adios ^_^

Aug 12, 2011

Dugaan Demi Dugaan


Assalamualaikum dan salam 1 Malaysia semua..
How are u today??ceewahh..Speaking pulak pagi-pagi nie..hehex..Xdela,saja jew test speaking skill..Esok aku ada pembentangan dalam English sebenarnya...hahax(motif sangat)

Oklah..Tajuk entry aku untuk kali nie..Dugaan Demi Dugaan..Pejam celik pejam celik dh 12 hari kita melayari bulan Ramadhan yang mulia nie..Sekejap jew kan..Lagi 2 minggu dh raya..Hooraayy..!!!!haha..Jangan suka dulu..Puasa pown belom tentu penuh..hehex

Bagi aku sendiri..Ramadhan kali ini banyak menguji aku..Yela,sememangnya menguji aku dari segi kesabaran dan ketabahan..Mana tak nye,semester nie aku telah pegang jawatan sebagai penghulu yang mana korang semua sedia maklum kan macam mana tugas sebagai seorang penghulu nie..Haimm..Tapi xpew..Aku xpenah menyesal dengan setiap tindakan yang aku amek..hehe..

Aku suka jawatan nie sebab jawatan nie banyak memberi pengalaman kepada aku dan banyak mengajar aku erti kehidupan sebenar..Tambahan pulak masa bulan puasa nie..Haiyaa..Sememangnya tugas penghulu xpenah habis even aku kena berpuasa..Xpela..Itu semua aku xpeduli..Yang pasti ibadah puasa tetap aku jalankan..hehe

Minggu lepas sem,aku kena pergi ke cawangan kolej utama untuk menghadiri kelas nursing kat sana..Sememangnya penat menguruskan transport untuk membawa seramai 72 orang ke sana..Pagi-pagi kena pulak bangun awal,angkat segala PA system yang perlu di bawa ke sana untuk sesi pembelajaran...Lepas tu,dh sampai sana kena uruskan hal kelas pulak..Kena g amek kunci..And then ada lagi...Kena uruskan hal keselesaan semua pelatih pulak..Kena pulak rushing g On aircond..Kalau xda aircond dorang mengadu panas,xbole belajar..Xpew..untuk keselesaan bersama jugak kan..hehe

Lepas dh seetle semua tu,tugas penghulu belom selesai..Aku kena pergi bilik pengajar dan jemput serta maklumkan dengan pengajar berkenaan kelas pulak..Dan slepas dh habis semua sesi pembelajaran dari pukul 8am hingga 5pm..Its time to go back home guys.!!Saat yang sememangnya semua kawan2 aku tunggu,termasuklah aku..hehe..Tapiiii.......Lepas abis kelas,aku still xbole pergi ke bas awal..Sebabnya aku kena bersihkan kelas yang diguna tadi..Iyelah..Kita dh menumpang guna kelas orang,so kena la bersihkan balik..Susun meja,buang sampah dan kemas-kemas sikit apa yang patot dibuat..Lepas dah seetle semua tu,barulah aku bole menuju ke bas..Sememangnya setiap kali ada kelas di sana,aku akan jadi orang paling last keluar dari kelas dan menuju ke bas..Apa bole buat...Haimm..Aku pon turut penat nk bercerita semua nie dengan korang..hahax..Aku rasa korang yang baca pown konpom rasa penat kan??hahaha..Beginilah kehidupan aku di sini..Tapi aku xpenah ungkit apa yang aku buat..Semuanya aku buat dengan ikhlas demi untuk melatih diri aku serta untuk menambah pengalaman dalam diri aku..Selama 4 hari kena pergi sana..Selama itu jugalah aku alami seperti apa yang aku story kat atas td..

Tapi kalau aku ada kelas di cawangan sendiri pown,kehidupan aku tetap sama..Urus itu..Urus ini..Tapi xpew..Aku xpenah menyesal dengaan apa yang aku buat..hahaha..Semuanya untuk kebaikan aku sendiri..Untuk melatih diri aku..hehe..Ceewahh.!!hahax

Ok..ckuplah tu..Tapi baru-baru nie,aku betul-betul terkilan dengan apa yang berlaku..Aku buat semua tu dengan ikhlas,tapi ada orang cakap nk femes lah apelah..Haimm..Mulut manusia sememangya macam tu..xpela..Pekakkan telinga jew..hehe..Dan ada lagi satu kejadian yang buat aku terkilan..Selain dari uruskan semua tu,aku bertanggungjawab untuk ambil attendent dan uruskan borang-borang sesi pembelajaran dan pengajaran..Yela,pengajar dah ajar kan??So mestilah ada hitam putih yang dia mengajar subjek tu..

Adalah aku buat sesuatu nie..Membew aku nie dia xdatang kelas,tapi dy xmaklumkan dengan aku..Then aku perasan dy xda dalam kelas..Tapi attendent dy bersign..So untuk protect dy dan juga untuk protect diri aku,aku padam la sign dy tu..Yela..in case kalau pengajar tanya berapa orang xda dalam kelas..Aku bole bagitaw n aku bole bagi alasan yang kukuh untuk protect diri aku dan juga protect kawan aku yang xdatang kelas nie..Aku bole gtaw dy pergi dapatkan rawatan di hospital kew..Ada masalah keluarga kew..Tapi malangnya...Niat aku telah disalah erti..Dy anggap aku sengaja xpuas hati dengan dy sebab tu aku padam sign yang di sign oleh kawan dy....Haimm.Sepanjang aku belajar di sini,Xpernahlah aku berdendam or xpuas hati dengan sesiapa..Semuakan kawan..Buat apa lah nk masam-masam muka nie..Haimm..

Tapi xpew..Aku xpernah marah dengan dy..Aku Just let it be jew..Dan aku jugak dh maafkan dy..Bulan puasa nie..Buat apa la aku nk berdendam dan nk marah-marah..Walaupown si dy ini bukan Islam,tapi aku xkisah semua tu..Kawan tetap kawan..Masalah kita bole seetle cara elok..Boleh runding elok-elok..Bertindak secara profesional..Aku tahu sampai hari nie dy masih masam muka dengan aku tapi aku xkisah semua tu..In case la kalau dy terbaca blog aku nie..Aku harap dy paham la..

Oklah..cukuplah sampai sini rasanya..Dah panjang lebar sangat aku berstory pagi nie..haha..Bukannya apa,just sedikit luahan hati aku serta pengalaman yang aku alami untuk dikongsi dengan korang semua..Hehe..Harap sedikit sebanyak korang dapat la jugak apa yang aku cuba nak sampaikan nie..

Korang ingat k..Dalam dunia nie,walau apa pon yang kita buat jangan pernah menyesal dan lakukannya dengan ikhlas..Jangan jugak pernah mengungkit segala yang kita buat itu..Biarlah kita dan orang-orang tertentu saja yang tahu apa pengorbanan yang kita dh buat tu..Ok lah..Sekian saja dari aku untuk kali nie..
Satu pesanan terakhir dari aku untuk korang..Jangan lupa kekalkan senyuman dalam kehidupan seharian..hahaha ^_^

Senyum macam saya.!!!hehex

Ngeeeeee :D

Aug 7, 2011

Terubat Kerinduan ^_^

Assalamualaikum dan Salam 1 Malaysia semua..hehe
Pada malam yang indah ini..Aku bertemankan sekotak air soya berkapasiti 1Liter,aku akan mulakan story aku untuk korang semua..haha..

Pejam celik,pejam celik dah seminggu kita berpuasa kan??Rasa macam sekejap jew..Sememangnya aku xrasa macam puasa pun..hehex..Tapi......ermm....Aku betul-betul terasa sebab berjauhan dengan family kan..huhu..Aku betul-betul rindu nak bersahur dan berbuka dengan family aku..I miss my family..huwaaa...

Tapi kalau aku nagis airmata darah sekali pun,aku tetap tak kan dapat berbuka mahu pun bersahur bersama-sama dengan family aku..Tak pe..akan aku gagahkan diri menanti saat yang sememangnya aku tunggu-tunggu..Saat di mana seorang anak perantauan akan pulang ke desanya untuk berhari raya..Ceewahh..Ayat..hehe..

Ok la..Cukuplah cerita pasal tu..Sekarang kembali ke story yang sebenar..Nampakkan tajuk kat atas tu..Nampak kan??kan kan kan??Dah 2 hari berturut-turut aku berbuka kat luar dengan kawan-kawan kat sini..Thanks la korang semua sebab sanggup temankan aku berbuka sama-sama..Sekurang-kurangnya terubat jugak sedikit kerinduan aku nie nak berbuka dengan family..huhu..

Kelmarin aku ada kelas di kolej utama..So lepas abis kelas,aku terus keluar ke KK untuk berbuka dengan Emma dan Ceena..Aku terus la bagitau kat sini sebab tak guna aku rahsia..Nanti tak pasal-pasal jadi kontoversi pulak..So better aku bagitau jew..Aku dengan dorang semua nie just kawan la..Kawan ok.!!..Aku berkawan dengan semua orang..Kan ada pepatah berkata "berkawan biar seribu,berkasih biar satu"..hehehe
Kelmarin aku berbuka di sebuah restoran di Asia City..Kami beli makanan di bazar ramadhan dekat situ,dan kami order air jew masa makan kat restoran tu..hahaha..Jimat jimat..hehe

Hari nie pulak,aku berbuka dengan Zul,Diela dan Assury..Sebenarnya aku niat nak berbuka dengan Zul jew..Kebetulan Zul ajak berbuka sekali,so xpela..Alang-alang jew kan..hehe..Tadi aku dengan dorang semua nie berbuka di sebuah kedai tepi laut di Waterfront..Sememangnya terbaik lah.!!!hahax

Ok..Kat bawah nie aku sertakan beberapa keping gambar yang aku snap tadi..Korang layan lah yew..ngehehe

Nie masa sesi membeli kat bazar tu td..

Suasana bazar ramadhan di KK..hehe


Untuk santapan korang..Jangan terliur yew.hehe
Menu berbuka aku tadi..Nasi goreng daging berserta air kelapa..Big Apple untuk desert..hoho

Suasana ketika berbuka..Jam 6.33pm..hehe

 Dah korang layan gambar-gambar kat atas tu??hehe..Itu la sedikit yang dapat aku kongsi dengan korang semua pada malam nie..Apa-apa pun,aku memang akui..Aku betul-betul rasa seronok bila dapat berbuka bersama-sama macam nie..huhu..

Ok lah,rasanya sampai sini saja dulu celoteh aku untuk malam nie..Nanti aku update lagi yew..Ingat.!!Puasa jangan dijadikan alasan..haha..Kurangkan kontroversi,tingkatkan prestasi..hohoho
Sekian saja dari aku,CAON...Adios  ^_^

Aug 4, 2011

Puasa Jangan Dijadikan Alasan..!!!!

Assalamualaikum dan Salam 1 Malaysia untuk semua..
Nak dijadikan cerita,aku sebenarnya xbole tidor malam semalam sampai la ke pagi nie..Aku pown xtawu sebab apa..Aku cuba tdo pkul 11.30 malam semalam tapi tiba-tiba aku terjaga balik pkul 12.45 malam dan sampai lah ke saat ini..Saat dimana aku menulis entry ini..haha

Nampak tajuk entry aku kt atas tu???Nampak kn..kn kn kn???hehe

Puasa Jangan Dijadikan Alasann..!!!!!!

Ingat tu..!!Paham x??hahaha..Konon garang jew aku nie..hehex..Xla..Actually aku sengaja story pasal nie bukannya sebab apa..Sebabnya ialah ramai antara kita sekarang nie dh set dalam minda atau dalam erti kata lain,dh menjadi stigma dalam diri bahawa kalau berpuasa jew xbole wt pape kerja..Kononnya Letih la,ape la..Haimmm...

Satu lagi fenomena yang aku tengok selalu berlaku bila menjelmanya bulan puasa ialah konpom semua akan buat muka seposen..hahaha..Macam kat bawah nie..hee

haha..xbole blah kan muka camni??hehe..
Sememangnya semua dh set dalam otak bila puasa ja mesti akan rasa letih..Haimm..Cuba la ubah sikit 'mindset' korang tu..hehex..Nie x..Kalau disuruh buat pape kerja sikit,mula la korang bagi alasan kononya letih sebab puasa..ahahaha..So funny la kawan..!!hehex..

Aku bukannya saja-saja nak membebel di pagi buta nie..Aku just nak share pendapat aku dengan korang semua..Janganlah sesekali korang jadikan puasa sebagai alasan untuk tidak membuat apa-apa kerja yang sepatutnya korang buat..kn kn kn??hehe

Puasa tetap puasa..Kerja tetap kerja..Aku akui la yang bila buat kerja jew,mesti kita akan jadi letih..Dah la letih,xbole minum air pulak tu..Its Ok la kawan..Korang dh tahu korang puasa,xpayah la korang buat kerja yang teruk-teruk..hahaha..Buat kerja yang ringan serta tidak menggunakan terlalu banyak tenaga..
Tapi jangan lah kalau disuruh buat assignment pown korang bagi alasan letih puasa..Logik sikit la...hahaha

Ok lah..Rasanya sampai sini saja celoteh aku di pagi yang buta ini..Nanti aku story lagi yew..Ingat statement aku kat atas tu yew..Puasa Jangan Dijadikan Alasann..!!!!!!  hehex
Dan satu pesanan aku kepada korang semua..Walaupown kita puasa,muka tetap mau senyum k..ahaha
Macam kat bawah nie...ngeeeeee 






Senyum..xperlu kata apa-apa..Senyum..hahax

Sekian saja dari aku..Adios ^_^
Ahahahaha.....

Aug 1, 2011

Sekali Lagi -_-


Assalamualaikum dan Salam 1 Malaysia semua..
"Sekali Lagi"..Itulah tajuk entry aku untuk malam nie..Bukan aku nk cita sal movie Sekali Lagi lakonan Shaheizi Sam n Lisa Surihani tu..Aiyaa..Korang nie..hehex..Tapii..............ermmm....

Sekali lagi aku menyambut Ramadhan di peratauan..Suasana jauh dari keluarga ternyata berbeza..Sememangnya berbeza..Tapi xpew..Aku pasti bukan aku sorang jew yang hadapi keadaan cmni..Kawan-kawan aku yang lain pown hadapi keadaan yang sama seperti yang aku lalui..Cuma berbeza tempat serta keadaan jew..Kalau kawan-kawan aku yang di semenanjung boleh lagi merasa makanan semenanjung walaupun korang jauh dari keluarga..Aku nie..Aiyaakk...Nak merasa makanan yang semacam macam di semenanjung pown susah..huhu..

Xpela..Janji aku tetap bole hidup kt cni..hehe..Itu yang penting..Ary nie adalah 1st day puasa so tadi aku g la bazar yang dekat dengan hostel aku nie..Aku egtkan harga kuih kt situ dh xmacam tahun lepas..Rupa-rupanya..Haimm..Still the same one la kawan..Sebiji kuih RM0.50..RM1.00 baru dapat 2biji..Kalau kt semenanjung RM1.00 dh dapat 4biji..(aku tahu la sebab aku pown bekas penjual kuih suatu masa dahulu..hehehe )

Bab makanan yang lain korang xyah tanya la..Sememangnya xsama seperti di semenanjung..Ermm..Xpela..Seperti kata pepatah - lain padang lain belalang..So sama juga keadaan yang aku alami nie..Lain tempat,lain cara serta adatnya termasuk juga jenis makanannya..So layan sudaa idop nie..hehe

Tapi xpew..Sekarang nie aku dh mula menghitung hari semula..Hari untuk aku pulang berhari raya..Bersama keluarga tercinta..hahaha..Perjalanan yang memakan masa selama 1 hari..hehe..Tapi aku xkisah semua tu..Yang pasti aku akan pulang..Aku tetap akan pulang dari perantauan.!!!ngeheehe ^_^

Ok lah..samapai cni jew celoteh aku untuk kali nie..Nanti aku celoteh lagi k..
Akhir kata dari aku..Selamat menjalani ibadah puasa kepada semua yang beragama Islam..
Sekian,Adios ^_^v
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...