Followers :)

Sep 21, 2012

Camping Hutan Taman Bukit Tawau ( Bhgn 3)

Hello..Moshi Moshi.. ^_^
I`m back..Tanpa perlu  memanjangkan pengenalan atau pembuka kata,aku nak straight to the point ja..hehe ;)

Keesokan harinya,aku terjaga dalam pukul 7am dan aku tengok Abg Jeff dah pon hilang dari dalam khemah..So aku pon dalam keadaan kesakitan cuba juga bangun and terjengket-jengket ke anak sungai untuk cuci muka..huhu..Terlupa aku story dengan korang yang sebenarnya semasa aku berendam yang sampai kecut segala bagai tu,aku tergelincir dan ibu jari kaki kiri aku pon luka.. Isi yang bersambung dengan kuku tu terkoyak sikit dan ada masuk kayu lagi kat dalam..Semalam tu aku biar jew sebab tak berapa sakit sangat tapi aku bangun ja pagi nie tengok-tengok dah pon bengkak and ada nanah dah..errr..Aku nie pantang sikit tengok ada nanah nie so aku pon picit sampai habis keluar semua nanah..haha..Tapi kayu yang kat dalam tu tetap aku tak bole buang sebab takda alatan =.="

So lepas cuci muka semua,kami pon sama-sama sediakan breakfast..Then aku dan Eric sama-sama pi berendam kat kolam air panas tu..Pagi yang sejuk camnie memang best la kalau berendam dalam air yang panasnya suam-suam kuku..hoho =D


Keindahan dan kedamaian hutan pada waktu pagi..kabus pon nampak tu..hehe



Ahhhh~...Such a relaxing time masa nie..haha =D
So selepas mandi kami naik tukar pakaian dan prepare untuk aktiviti trekking seterusnya ke Air Terjun Bukit Gelas..hehe
Persediaan dibuat dengan memakai stokin pacat..hehe

Korang tahu tak apa yang aku pakai tu??Yang warna kelabu tu..hehe..Itu la namanya stokin pacat..Nak elakkan pacat daripada masuk dan hisap darah di bahagian kaki..hehe
So setelah khemah diturunkan dan semua barang-barang telah kami packing,kami pon memulakan trekking ke destinasi yang ingin dituju..hoho ^^
Trekking turun semula sebelum ambil jalan yang lain unutk ke air terjun..


Siap kena langkah pokok tumbang lagi..hehe

Ada part kena daki bukit..


dan ada part yang kena turun bukit..
Sememangnya trek menuju ke Air terjun Bukit Gelas memang mencabar..Dengan keadaan trek berlumpur,mendaki dan menuruni bukit..Trek kali nie lebih mencabar daripada trek kelmarin..hehe..Tapi apa-apa pon..Memang puas la rasa bila dapat trekking di trek yang mencabar camnie..hehe ^_^

So setelah hampir sejam setengah perjalanan,kami pon tiba di lokasi iaitu Air Terjun Bukit Gelas..Hohoho =D
So kami just singgah sekejap ja di sini..So aku gunakan peluang masa yang ada untuk snap-snap gambar..Bateri kamera aku pon dah tak banyak masa nie..Inilah padahnya kalau yak bawa bateri spare..huhu =)

So for the last picture,kami bergambar bertiga berlatar belakangkan Air Terjun Bukit Gelas sebagai kenang-kenangan ^^

So selepas hilang penat trekking tadi,kami pon memulakan semula perjalanan menuju pulang untuk keluar dari kawasan hutan..hehe..Yang menariknya semasa dalam perjalanan keluar dari hutan,kami terserempak dengan seekor burung merak..wahhh..Tapi sorry la..Aku tak dapat snap gambar sebab jarak kami dengan burung merak tu jauh sangat..huhu..Tak da rezeki..hehe =)

So setakat nie sajalah cerita aku untuk kali nie..sorry la kalau story aku nie buat korang as pembaca boring sebab terpaksa tunggu sehingga 3 bahagian untuk habiskan satu cerita..huhu..Tangan dihulur maaf dipinta la yew..hehe ;)
Aku terpaksa buat begini sebab bagi aku,kalau aku ceritakan semuanya dalam satu entri,maybe ada beberapa moment yang aku akan terskip dan maybe aku tak akan share dengan korang..huhu..Aku just sharing a moment yang aku lalui dengan korang semua..Mana taw jika ada jugak story-story aku nie yang berguna untuk korang pada masa depan kan ^^

Sebelum aku terlupa..Aku ada jugak sedar yang ada beberapa kesilapan yang aku lakukan semasa camping kali nie..
1. Aku bawa pakaian lebih dari yang diperlukan..hehe
2. Bekalan makanan kami kurang ( aku terlupa bawa sosej..hehe )
3. Dari segi gadget pulak iaitu kamera,aku tak da bateri spare..huhu..So aku terpaksa hadkan penggunaan kamera aku semata-mata nak jimat bateri..
Pape pon.overall,memang aku rasa puas laa..Release segala stress dan tension..Tenang hati kosong jiwa rasanya..Sekali sekala kita membawa diri ke dunia yang jauh dari hiruk pikuk kota dan dari dunia yang padat dengan tekanan tak salah kan.?? ;)
Aku rasa korang patut cuba bila-bila korang ada masa..Korang akan dapat rasa apa yang aku rasa..hehe =)

Sekian dulu untuk kali nie..Adios~ ^_^v

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...