Followers :)

Sep 9, 2012

Sepetang yang tenang

Assalamualaikum dan Salam 1 Malaysia buat semua =)

Hari ini hari Sabtu..Aku cuti..Aku boring di rumah..So aku membawa diri keluar mansau atau dalam bahasa yang mudah difahami adalah jalan-jalan..Makan angin..Sampai kembung..HAHAHA..Apa jenis jalan cerita aku nie..haha =P

Actually,petang tadi aku ada membawa diri aku pergi berjalan-jalan di persisiran laut di bandar Tawau nie..Boring kan stay di rumah..So bagus aku keluar jalan-jalan dengan kekasih hati aku..hehe..Nak tengok gambar kekasih hati aku??Nie ada kat bawah nie haa..Tengok la puas-puas..hahaha

-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-


Look..How sexy she is..auww :3
HAHAHA..Mesti korang dah fikir macam-macam dah nie kan??hihi..Maafkan saya..Saja nak bergurau..huhu =)
So aku jalan-jalan la and kakiku telah membawaku ke suatu tempat tepi laut di tepi bandar Tawau..Tempat nie aku pon tak tahu apa namanya tapi aku tengok tiap-tiap petang ramai orang akan lepak-lepak and relax-relax kat sini..Ada juga pasangan-pasangan bahagia bercanda mesra di sini dan ianya telah membibitkan sedikit rasa jelous dalam diriku..HAHAHA..



Nie la gambar tempat tu..hehe..So sambil relax-relax and jalan-jalan tenangkan fikiran aku ada la jugak snap-snap beberapa gambar..Just belajar ja..huhu..Aku nie beginner lagi so belajar la camna untuk dapatkan gambar yang sedap mata memandang =)
And nak dijadikan cerita semasa aku tengah jalan-jalan snap kat situ,aku ternampak seorang lelaki sedang snap-snap pic jugak kat situ menggunakan camera DSLR jenis Canon..Dia galas beg di bahagian depan and belakang badannya..Dalam fikiran aku..Nie mesti dari semenanjung nie..hehe..
So dengan GENTELMANnya aku pon tegur dia and kami berkenalan..Namanya Ari..Bukan Ari lasso okay..Ari jew..hehehe..Dia dari Pahang and datang Tawau sebab holiday sini..Apa yang aku respect pasal brader nie ialah dia datang melancong sorang-sorang..Woahh.!!hehe..Then aku pon bawa dia naik bot pusing-pusing kawasan sekitar laut tu dengan harga RM5..Nama bot nie orang kat sini panggil petek-petek..haha..
Nie la brader yang aku maksudkan tu..hehe =)

Kat bawah nie ialah beberapa gambar yang aku snap semasa belayar di atas petek-petek tu..haha





Okay..Done with that..Sekarang ialah gambar-gambar yang mana aku snap and sudah aku edit menggunakan software Adobe Photoshop CS5..hehe
Nak tengok??Okay..Tengok kat bawah k..hehe ;)



Yang di bawah nie adalah gambar seorang pakcik yang sedang pungut tin-tin kosong kat kawasan batu di tepi laut nie..Aku jadi tertarik untuk snap sekeping gambar dia and selepas di edit..TADAA.!! Inilah hasilnya..Aku buat dalam dua versi editing iaitu Black and white dan yang colour punya.. =)


Then aku practice lagi dengan menggunakan Sunglasses Oakley aku sebagai subjek..hehe..Nak gambar model tak da..So guna jela apa yang ada..HAHA



Then aku cuba-cuba jugak snap gambar manusia di sekitar..Aku lebih suka snap gambar jenis streetphotography iaitu merakamkan gambar-gambar telatah dan gelagat manusia di jalanan atau apa saja keadaan di jalanan..hehe..Sebab bagi aku kalau kena dengan moments yang betul,akan jelas nampak seninya pada gambar tersebut..huhu =)




Dan kat bawah nie merupakan gambar yang paling aku minat untuk photoshoot aku petang tadi..hehe..Aku pon tak tahu kenapa tapi memang aku jadi tertarik dengan dua gambar nie..hee =D



Ini saja untuk kali nie..So aku planning nak pi jalan-jalan di suatu kawasan mandi manda esok..Maybe kalau planning aku menjadi,aku akan buat shoot kat sana pulak..huhu..Hope so la..haha
Sampai sini dulu untuk kali nie..Harap korang enjoy..Sekian..Adios~ ^_^

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...