Followers :)

May 2, 2012

Jangan Kerana Mulut,Apa Pon Tak Boleh !!

Assalamualaikum dan Salam 1 Malaysia untuk semua..Sekarang jam menunjukkan jam 9.05am dan saya akan memulakan karangan saya berkaitan........ehh.!! Apa daa Caon..Tak payah la nak formal sangat..Nak tulis blog jew pon..bukan nak tulis karangan SPM..hehe..*Maafkan saye*

Ok..Korang nampak tajuk entri kat atas tu ?? Haa..Tu la yang aku nak celoteh pagi nie.. "Jangan Kerana Mulut,Apa Pon Tak Boleh !!" hehe..Lain kan bunyi tajuk entri aku nie..Nak macam peribahasa pon ada...haha..Tak kisah la semua tu..

Untuk pengetahuan korang,aku ketengahkan entri berkaitan nie sebab kebelakangan nie aku tengok banyak kejadian salah faham berlaku disebabkan mulut atau pon dalam erti kata yang senang sikit di fahami kerana percakapan..Ok..Memang lumrah kita nie manusia perlu bercakap untuk berhubung antara satu sama lain..Orang bisu pon dorang bercakap jugak tapi dalam cara yang berbeza la sebab dorang diberikan keistimewaan oleh Allah di mana dorang bercakap gunakan bahasa dorang yang tersendiri..
Tapi dalam setiap tutur percakapan kita tu,ada jugak kadang kala akan membuatkan seseorang terasa atau kecil hati dengan kata yang kita sampaikan..Sebab ada jugak sesetengah manusia yang suka sindir-menyindir antara satu sama lain bila berlaku pergaduhan..Haimm..Keadaan camni memang kita akan selalu dengar kalau berlaku pergaduhan..Paling best dengar orang pompuan gaduh..HAHAHA..Rancak kot !!hihi ^_^

Satu faktor lagi yang boleh buatkan seseorang kecil hati atau pun terasa dengan tutur kata kita ialah nada atau tone suara..Kadang-kadang tengah kita asyik berborak,tiba-tiba kita TERtinggi kan suara..Then terus ada orang merajuk..Nahh..Kan dah jadi salah faham..haimm..So dalam tutur kata kita,nada perlu jugak kita jaga supaya tak berlaku perkara yang memang kita tak ingin ia berlaku..aisehh..hehe
Haa !!Salah faham satu lagi..Kalau kita nak bercakap sesuatu tu kalau boleh jelaskan la maksud ayat tu supaya orang yang mendengar dapat mesej yang kita nak sampaikan melalui ayat tu..Tapi jangan la sampai korang sediakan skrip ucapan dulu sebelum bercakap..Itu GILO namonyo !!HAHAHA..Nak cakap kat mak nak gi kedai pon nak buat skrip ucapan dulu..HAHA..

Oklah..Aku tak nak celoteh panjang-panjang lagi..Sebenarnya apa yang aku nak sampaikan kat sini ialah jagalah percakapan atau pertuturan korang tak kiralah dengan sesiapa sekali pon supaya tiada salah faham berlaku dan jika tak berlaku sebarang salah salah faham,sesuatu komunikasi tu akan lebih rancak kan..hehe..Oklah..Sekian saja dari aku untuk kali nie..Next time aku update lagi nohh..Akhir kata dari Aku "JANGAN KERANA MULUT,APA PON TAK BOLEH !!"

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...