Followers :)

Jun 25, 2012

Memancing !!

Assalamualaikum dan Salam 1 Malaysia untuk semua :)

Nampak tajuk entri aku kat atas tu??Nampak kan??kan kan??hehe..Itu la yang aku nak celotehkan kat sini hari nie..Actually aku nak story pasal nie kat sini kelmarin..Tapi oleh kerana masa itu terhad so hari nie baru sempat..hehe ;)

Memancing....ermm..Sememangnya salah satu aktiviti yang memang aku minat..Aku mula minat memancing semasa umur aku 11 tahun..Masa tu aku baru darjah 5 or dalam bahasa orang putihnya standard five..HAHAHA ;D  Tapi masa aku mula menceburi bidang memancing nie,aku just memancing kat parit-parit kecil yang ada kat area sawah padi jew..Kalau orang kedah panggil 'Ban' atau tali air..hehe..Boleh la setakat nak dapat ikan haruan,puyu or keli yang kecik-kecik..Tapi kalau dapat yang besar,hahh !!Aku punya jerit macam akulah juara segele-gelenya dalam dunia nie..hahaha :p

Aku minat mancing nie pon sebab family aku minat jugak..So we sharing and do what we love to do ;) Then daripada memancing di tali air,aku mula belajar plak memancing menggunakan pancing moden atau orang panggil 'rod'..haha..Alaa..yang ada mesin kita bole pusing-pusing tu..hahaha :p Memancing guna 'rod' nie sememangnya kepuasan yang kita dapat tu lebih best and menyeronokkan or dalam erti kata lain its Ohsemm !!haha :D

Nikmat memancing nie sebenarnya kita akan dapat kecapi apabila kail kita disambar oleh ikan besar yang sememangnya para pemancing harapkan dan semasa proses atau usaha kita untuk menaikkan ikan tu la yang kita boleh rasa nikmatnya memancing nie..hehe..contohnya macam gambar kat bawah nie..hihi


Tapi korang ingat senang-senang ja nak naikkan ikan tu kalau ikan tu dah makan umpan kail kita?? Tak semudah itu..Skill perlu semasa nak naikkan ikan tu ke darat kerana kalau kita tidak gunakan skill dengan betul,ikan yang dah lekat di kail kita tu mungkin akan terlucut atau dalam erti kata lain ByeBye !!haha :D

Bagi aku sendiri,aktiviti memancing nie dapat memupuk sifat sabar dalam diri kita..Iya la,nak tunggu sekor ikan makan umpan bukannya seminit dua..Kadang-kadang sampai 3-4 jam..itu pon belom tentu lagi..hehe..Kedua,aktiviti memancing nie jugak bagos untuk kesihatan dan dapat melatih diri untuk lebih menghargai alam semulajadi sebab selalunya orang akan pergi memancing di tempat-tempat yang sunyi dan tenang dan tempat-tempat nie mesti cantik suasananya..So secara tidak langsung boleh menghilangkan stress bekerja dan bila kurang stress,risiko nak dapat penyakit jantung tu kurang..haha..memandai ja aku nie :p

Baru-baru nie,aku dapat pi memancing dengan family aku kat pantai..Aku lawan fight dengan abah aku..Dan ternyata akulah juara..jumlah pancingan aku 3 ekor berbalas 2 ekor oleh abah aku..muahahaha :D  Memang best la sekali sekala dapat luangkan masa lakukan apa yang aku suka bersama family tercinta..hehe..Dorang pon faham jugak yang aku tak dapat nak rasa nikmat memancing tu kalau aku kat Sabah..Mana da masa nak memancing nie kalau kat Sabah..huhu..So balik sini jew aku dapat buat semua tu :')
Oklah..Last adalah gambar hasil tangkapan aku pagi sabtu baru nie..hehe..Nanti aku celoteh lagi yew..Peace Yoww !! ^_^ v
Tata !!


Notakaki : #Memancing ikan tak pe..Jangan korang memancing perempuan jew..itu boleh menambahkan stress..hihihi ^^

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...