Followers :)

Nov 8, 2012

Harus Terima Kenyataan Ini..

Kali nie aku nak bermadah pulak..
Bermadah kerana aku bersedih..
Sangat-sangat aku bersedih T_T
Oleh kerana..Sesuatu...
Sesuatu yang aku maksudkan ialah...Sila lihat di bawah..

Eya..Mesti korang masih belum mengerti apa yang aku cuba sampaikan kan??
Tidak apa,akan aku jelaskan sejelas-jelasnya supaya ianya terang seperti terangnya sinar mentari di siang hari..  (ayat hiperbola sangat aku nie =.=" )
Kelmarin,merupakan hari yang menyedihkan buat aku..Pisang telah berbuah 2 kali atau dalam bahasa omputehnya "Banana have fruits 2 times" :(
External hard disk aku rosak lagi untuk kali kedua..Wuaaaaa.!!!!!
Hilanglah segala kenangan-kenangan penting..
Hilanglah segala urusan-urusan penting..
Hilanglah segala yang membuatkan aku gembira dikala sunyi..

Kenapa mesti kau rosak..KENAPA??KENAPA?KENAPAAA.???!!!!!!!!!!!
Oleh kerana kerosakanmu,ianya telah menyebabkan diriku STRESS berserta BEBAI sepanjang hari..
Mood aku tidak menentu..
Seperti perempuan datang bulan..
Semua benda yang aku nampak,aku rasa macam nak hentak jew..huhu
Semua benda yang aku buat serba tak kena..

Aku harus terima keadaan ini..
Aku harus terima keadaan ini..
Aku harus terima keadaan ini..
Aku harus terima yang...........

Segala koleksi movie yang aku kumpul sebagai koleksi dan sebagai penghibur dikala aku boring telah lesap..
Sekarang dikala boring,aku hanya mampu tengok movie dari kawan-kawan jela..Itu pon kalau si kawan buka movie best..Kalau dia layan cita Korea..Kompom aku tak dekat dengan dia T_T

Aku harus terima yang......
Segala koleksi-koleksi cerita kesukaan aku sejak dari kecil juga telah hilang..Punya la lama masa yang aku ambil untuk search dan download,kumpul dan failkan semua koleksi-koleksi tu..Dan sekarang..............Huhu..
Peduli la korang nak cakap aku budak-budak sebab aku tengok cita-cita macam nie..!!!!

Aku harus terima yang.........
Segala gambar-gambar kenangan aku telah lesap begitu saja..
Kenangan dari zaman sekolah menengah sehinggalah zaman kini..
Yang paling menyedihkan..
Segala gambar-gambar travel aku baru-baru nie juga ada dalam tu..Huaarrrrr.!!!!! T_T
Lesap..Lesap..Lesap.!!!!
No more picture to shown as a prove..huhu
Inilah yang betul-betul menyebabkan aku sedih..Tersangat sedih..

Aku harus terima yang.......
Segala koleksi software yang aku kumpul juga telah hilang begitu saja..Tapi tidak apa..Masih boleh di download kembali..Cuma memerlukan sedikit masa..Rasanya bukan sedikit..Tapi banyak masa..huhu

Aku harus terima yang segala-galanya yang ada di dalam hard disk itu telah lesap..
Aku harus terima kenyataan ini..Tapi walau macam mana pon..Aku akan cuba jugak hantar ia ke kedai untuk diperbaiki..Mana la tahu..Aku boleh selamatkan segala yang ada dalam tu..Insyallah.. :')

So pesanan aku untuk korang semua..Jagalah hard disk anda sebaik mungkin..Kalau dah jadi macam aku nie..Menangis tak berlagu jela..Huhu T_T
Kalau boleh,jika ada sesuatu yang important dalam tu,pastikan buat backup atau duplicate simpan dalam pendrive or tempat lain..Ingat tu.!!!

Sekian saja madah bebelan yang rabak dari aku nie.. T_T

1 comment:

  1. perghh....simpati aku kat kau caon..kalau aku confirm aku dh teriak dh.pheww....

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...