Followers :)

Jul 1, 2012

Menghitung detik :')

Assalamualaikum dan Salam 1 Malaysia semua ;)

Sedar tak sedar dah sebulan aku cuti..Cepat sangat masa berlalu..Aku rasa macam baru semalam aku sampai sini untuk memulakan cuti semester aku dan esok harinya aku dah nak kena berangkat semula ke Sabah untuk berjuang semula..huhu..Tak pela..Perjuangan harus di teruskan untuk masa depan yang cerah..hehe :')

Di sini aku ingin mengambil kesempatan untuk mengucapkan ribuan terima kasih kepada kengkawan yang telah menjadikan cuti semester aku kali nie sangat lah bermakna buat aku..Terima kasih yang tak terhingga dari aku..huhu :') Terima kasih kepada kengkawan selepak,sekonvoi,segelak,seguling dan segala macam se lagi lah..haha

Tadi pukul 8.45pm,aku keluar ke kedai kawan aku untuk lepak buat kali terakhir untuk cuti kali nie di sini..Aku cuba call semua yang ada and alhamdulillah..Semua dapat kumpul dan cuma beberapa sahaja yang tak sempat aku jumpa..huhu..Yang aku tak sempat jumpa tu sorry la yew..Aku hanya ada satu..Aku bukan Naruto yang bole buat jurus untuk buat klon banyak-banyak..HAHA ;D

Kepada kengkawan selepak,sekonvoi,segelak dan seguling tu..Nanti bulan 12 aku balik kita buat konvoi pi mana-mana lagi nohh..Dont worry..Kali nie kita planning baik punyerr..Kita kasi jadi !!haha ;p

Ermm..Aku pon sebenarnya tak tahu nak celoteh apa di tengah malam buta nie..Jam dah menunjukkan pukul 1.28am tapi aku masih tak mengantok langsung..Esok nak kena bangon awal untuk bertolak ke Penang International Airport dan flight aku pukul 10am..Harap perjalanan aku berjalan dengan lancar dan aku selamat tiba di destinasi yang ditujui..Amin !! ;)

Untuk pengetahuan semua..Bulan Ramadhan dah tak lama..Dalam beberapa belas hari lagi ja..Dan untuk tahun ketiga aku akan menyambut Ramadhan di Kinabalu dan tahun nie merupakan tahun pertama aku akan menyambut Aidilfitri di Kinabalu..HAHA..Aku gelak sebab nak sedapkan hati..Yup..Aku mengaku itu..huhu T_T   Tak pela..Its ok beraya kat mana pon..hee :')

Oklah..cukup dulu sampai di sini..Once again,aku menyusun sepuluh jari memohon maaf andai aku ada salah dan silap dengan korang semua kengkawan aku masa cuti kali nie..Nanti kita jumpa lagi yew.. ;)
Sekian..

Yang Ikhlas mencoret,
CaoN ^^

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...