Followers :)

Aug 26, 2012

Demi Sebuah Hari Raya

Assalamualaikum dan Salam 1 Malaysia semua ^^

Haimm..Sebenarnya aku nak update blog aku nie masa hari raya pertama baru-baru nie tapi al-maklum la..Busy benorr..hehe :) Kali nie aku nak update berkenaan perjalanan pulang aku dari Tawau,Sabah ke Sungai Petani,Kedah sempena cuti Hari Raya Aidilfitri..

Sebelum tu aku nak info korang semua dulu kenapa perjalanan aku jauh sangat sehingga memakan masa sehari setengah..Sebenarnya hanya jalan nie yang paling jimat,tak pa la aku habis tenaga sikit daripada aku habis duit banyak..huhu :) Bermacam-macam planning aku buat..Dari plan A hingga ke plan Z..Lepas lakar planning aku akan survey harga tiket then baru aku pilih..Ada cara untuk aku sampai dalam masa beberapa jam ja ke SP,Kedah tapi cara itu aku akan habiskan duit sebanyak RM3000++ untuk tiket pergi dan balik..huhu..Tak sanggup aku.. :(

Ok..Now,lets begin... ^^

17hb Ogos 2012 (Jumaat)

6.30am :
Aku mula bergerak dari rumah tempat aku tinggal di Tawau ke stesen bas ekspress di bandar Tawau dengan berjalan kaki selama lebih kurang 20 minit..hehe..Nak naik teksi mahal and nak naik bas mini pulak kurang kalau waktu pagi..so aku ambil keputusan untuk jalan kaki,anggap ja macam jogging pagi-pagi..haha..Sampai ja di stesen bas tu aku just relax-relax dalam bas sementara menunggu bas memulakan perjalanan..

7.40am :
Bas memulakan perjalanan..Sepatutnya dalam tiket tulis pukul 7.30am tapi delay sikit..haha..Macam flight pulak boleh main delay-delay..

12.45MD :
Setelah 5 jam perjalanan.bas yang aku naik melakukan pitstop sekejap..Perghh..punya boring lama-lama stay dalam bas..haha..aku dah sampai tak tahu nak buat apa dah..Tadi ada la sekejap kena pasang movie Bohsia 2 tapi aku dah tengok movie tu..Tapi oleh kerana keboringan,layankan jela~haha

1.05pm :
Bas bertolak kembali bagi meneruskan perjalanan ke Kota Kinabalu..Kali nie aku tak la berapa boring sangat sebab driver bas tu macam dah faham sangat apa penumpang dia rasa so dia pasang lagu and radio kuat-kuat then aku dengar dia nyanyi-nyanyi..hahaha..Pemandangan kat luar bas pun dah tak boring macam 5 jam yang sebelum nie..Sebelum pitstop tadi,pemandangan sepanjang jalan hanyalah hamparan luas ladang kelapa sawit ja..haha..Tapi lepas pitstop,ada la jugak hutan,gunung-ganang dan perkampungan orang..hehe..Tapi sayangnya aku tak dapat tengok Gunung Kinabalu sebab keadaan sedikit hujan dan berkabus masa tu..hehe

4.51pm :
Akhirnya aku tiba di stesen bas Inanam..Untuk info korang,bas ekpress untuk perjalanan jarak jauh memang akan turun di stesen bas Inanam..So sekarang nie aku nak kena jalan kaki mencari bas mini untuk ke bandar KK pulak..korang ingat aku dah sampai KK kn??belom lagi..HAHA..Setelah jalan-jalan mencari aku jmpa jugak bas mini.. :)

5.00pm :
Aku berada di dalam bas mini untuk ke KK tapi aku tak kan turun dalam bandar KK sebab aku nak kena runner pi KSKB cawangan(kolej aku la) untuk hantar assigment aku dan kawan-kawan aku dengan pengajar aku..So aku drop tepi jalan berhampiran kolej cawangan then aku jalan kaki ke sana..Kalau nak naik bas ada tapi aku nak kena pi bandar dulu then ambil second bas..arghh..susah gitu..Masa pun makin suntuk so better aku jalan..hehe..Aku kan memang suka berjalan..hoho ;D Sampai di KSKB cawangan aku serahkan semua assignment tu dengan sir aku then sir aku pun alang-alang dia nak balik rumah so dia tolong hantarkan aku pi KK..Dekat ja sebenarnya antara tengah bandar KK nak ke kolej cawangan aku tu..Dalam 5-10 minit naik kereta..Tapi hari nie jamm betol..Sabar jela~ =.=

6.00pm :
Sir aku drop aku di Plaza Wawasan..Cuaca hujan renyai-renyai ketika ini..So macam mana pun aku kena jugak redah..Nasib beg Travel aku kalis air..hehe ;) Then aku tunggu kawan aku sorang dari group aku jugak tapi dia posting di Hospital lain dari aku iaitu Hospital Lahad Datu and sorang lagi jururawat pelatih dari kolej aku jugak..Terus la aku bagitau kat sini,tak payah nak sembunyi-sembunyi nanti kontroversi..HAHA :D
Kawan aku yang posting di hospital lain tu kebetulan dia satu flight dengan aku so kami memang planning untuk jumpa kat KK la..Yang sorang lagi kawan aku yang jururawat pelatih tu kebetulan dia nak balik rumah,so alang-alang ajak la berbuka sekali ;)
Then kami sama-sama cari kedai makan untuk berbuka a.k.a sungkai dalam bahasa Sabah..hehe..Tapi alangkah sedihnya kami terpaksa berbuka di kaki lima dulu..HAHA..Then baru kami pi makan di McD pulak.. ;)

6.30pm :
Setelah selesai berbuka dan menyelesaikan apa-apa yang patut..Masa masih panjang..Flight aku pun lambat lagi,pukul 11pm nanti..So kami bertiga ambil keputusan untuk jalan-jalan dulu di CentrePoint KK..window shopping dulu,nak shopping duit dah habis..hehe..Jalan punya jalan punya jalan tengok jam dah nak dekat pukul 10..So aku hantar kawan aku pi stesen bas sebab dia balik naik bas sebelum aku pulak bersama kawan aku yang sama flight tu kami ambil teksi ke airport..

10.00pm :
Tepat kami sampai and berada di Airport..hehe..Terus keluarkan tiket a.k.a boarding pass and terus kami berdua masuk ke dalam iaitu ruangan menungu..tunggu punya tunggu dapat lak info yang flight kami delay..GRRRRRR.!!!! Stress aku camni..HAHA..Nasib ada jugak kawan buat bersembang..hehe..Apa bole buat,tunggu jela~~

11.55pm :
Aku sudah berada di dalam flight dan bersedia untuk berlepas.. :) Selamat jalan KK untuk sementara waktu..hoho ;D

2.30am :
Mendarat dengan selamatnya di LCCT,Kuala Lumpur..hehe..Alhamdulillah..Sekarang aku perlu cari tempat untuk aku rest malam nie sementara menunggu flight aku yang seterusnya pukul 7am nanti :) Sama-sama la kami rest sebab kawan aku nie pun dah terlepas bas dari LCCT untuk ke Taiping perak pukul 2am tadi..haha..Umat manusia di airport ketika nie sememangnya ramai sungguh..haiyaa..Kami nak check-in pon susah nasib at last ada sebiji meja kosong..So kami parking port situ la..hihihi ^^ 

5.00am :
Bangun awal untuk bersahur and prepare diri untuk perjalanan seterusnya..hehe ;) sabar aku semakin membuak-buak..haha..

6.22am :
Aku mencheck-inkan diri..Aku terpaksa check-in awal sebab crowded sgt airport ketika ini..Selesai check-in aku terus naik flight tak payah tunggu lagi..hehe..

7.15am :
Flight berlepas ke Penang International Airport (PIA) hehe..shiuuuwww~

8.20am:
Selamat mendarat di PIA dan mulanya aku melangkah keluar ke ruang menunggu ketibaan..Dari jauh jelas kelihatan raut wajah serta senyuman manis 3 orang adik aku yang setia menunggu aku di situ..Kemudian nampak lagi wajah mak dan abah aku tersenyum di tepi tiang berdekatan..Aku mendekati dorang dan aku peluk dorang dan ketika itu rasa macam nak menangis ja tapi aku cuba tahan..Aku peluk dorang kuat-kuat..Alhamdulillah..Aku rasa puas dengan perjalanan panjang aku nie..huhu :') Berbaloi rasanya..

Then terus naik kereta untuk pulang ke rumah aku di Sungai Petani..Demi sebuah Hari Raya aku sanggup travelling jauh asalkan aku dapat beraya bersama keluarga tercinta.. :') Untuk pengetahuan korang juga,sepanjang perjalan aku sediakan satu buku kecil untuk aku catat apa yang berlaku sepanjang perjalanan aku..Aku mahukan ianya menjadi bermakna untuk aku..Sebab tu aku boleh story dengan korang semua apa yang berlaku siap dengan masanya sekali ;)

Cukup dulu untuk kali nie..Nanti aku update lagi yew..hehe..SEkian! ^_^v

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...