Followers :)

Aug 5, 2012

Cinta.!!

Assalamualaikum dan Salam 1 Malaysia semua  =)

Setelah beberapa lama menyepi, hari nie tiba-tiba aku rasa nak update blog aku yang dah sebulan lebih bersawang nie..huhu..Bukannya sengaja tak nak update tapi aku agak busy dengan praktikal sekarang nie..Tambahan pulak banyak lagi benda lain nak kena pikir..Bukannya blog nie ja aku nak kena pikir..hehehe =D


Untuk entry kali nie,aku nak bercakap pasal Cinta a.k.a Love..hehehe..Apa itu cinta??Ada apa dengan cinta??cewahh..hehe..Dalam hidup kita sebagai manusia,perasaan cinta adalah lumrah dalam diri kita..Setiap manusia mempunyai perasaan cinta dalam hidupnya dan cinta ini terbahagi kepada banyak iaitu cinta kepada benda,cinta kepada manusia,cinta kepada yang maha pencipta dan lain-lain lagi lah..Ada orang yang cintanya kepada hobi contohnya hobinya ialah memancing..Jadi kalau korang bawa dia bercerita pasal dunia memancing sememangnya dari A-Z dia tahu segala-galanya..Dia akan sanggup habiskan duit terhadap cintanya itu..Sama jugak dengan orang yang minat kereta atau motorsikal..hehe

Tapi kali nie aku nak story mengenai cinta seorang manusia kepada seorang manusia yang lain..hehe..Sepanjang apa yang aku nampak sekarang nie,pada masa kini la..Budak sekolah yang belom kering hingus pun dah pandai cakap pasal cinta..HAHA..Tapi itu biasa la..aku sendiri pun pernah terjebak dalam cinta di bangku sekolah nie atau lebih dikenali dengan panggilan cinta monyet..Kenapa mesti monyet?? Yang itu aku pun tak tahu..hehe

Pada zaman sekarang nie aku tengok ramai orang yang bercinta kerana paras rupa..Contoh kepada yang lelaki,nampak satu gadis nie cantik or comel sikit mula la datang gatalnya nak mengorat..haha..Sama juga dengan perempuan..Nampak yang hensem sikit or yang berketak-ketak sikit badan then mula la..hehe..Tapi aku tak salahkan sesiapa itu kerana proses nie normal la dalam kehidupan manusia dan aku sendiri pun melaluinya..hehe.. ;)

Ada juga yang hanya cinta kerana harta kebendaan iaitu cinta materialistik..Nampak lelaki or perempuan tu kaya sikit,mula la nak mengorat then bila dah dapat mula la tugasnya sebagai si pisau cukur..Haimm =.=
Ada pulak yang terbalik iaitu jika dia cintakan seseorang tu,dia akan berabisan boros berbelanja untuk orang yang dia sayang itu..Yang ini pun tak bagus..Bila la nak dapat saving duit kalau macam tu..hehe
Untuk pengetahuan korang semua definisi cinta ialah suatu perasaan yang positif dan diberikan pada manusia atau benda lainnya dan perasaan cinta ini akan dirasai oleh semua yang bergelar manusia..Even haiwan pun ada perasaan cinta inikan pula manusia..hehe..

Bagi aku sendiri,cinta adalah mengenai perasaan di mana sayang kita terhadap seseorang itu mula berputik dan seterusnya akan wujud keinginan untuk mengenali orang yang kita sayang itu secara lebih mendalam.. Apabila wujudnya perasaan cinta terhadap seseorang itu,kita merasakan yang hidup kita ini tidak akan sempurna tanpa si dia..Sebab tu la terjadinya kes bunuh diri akibat putus cinta yang selalu kita dengar di media massa pada masa kini..ermm..Putus cinta ja bunuh diri..Haimm

Jika ingin bercinta itu tidak salah tetapi haruslah bijak dalam bercinta..Janganlah sampai maruah tergadai..Sudahlah maruah tergadai,kemudian ditinggalkan..Sudahlah jatuh ditimpa tangga lagi..Haimm..


Mungkin jika kita mencintai seseorang itu sangat mudah untuk kita melafazkan perkataan "Saya Cintakan Awak" atau nak nampak grand sikit,guna ayat omputeh la "I Love U" hehe..Tapi adakah kita sanggup untuk berkongsi perasaan sayang bersamanya serta dapatkah kita menjaga hati dan perasaannya..Aku bukanlah sempurna dan semua yang aku tulis nie hanyalah luahan dari sudut hatiku..So kepada yang membaca kalau ada yang baik bolehkah direnung-renungkan serta dijadikan teladan..Tapi kalau ada yang aku luahkan ini tidak membawa manfaat langsung,sila abaikan atau maklumkan kepada aku..Aku bersedia delete entri ini..huhu =)

Ermm..Aku rasa  sampai sini dulu la celoteh aku untuk kali nie..hehe..Sehingga berjumpa lagi yew..
Aku jugak nak ambil kesempatan nie untuk ucapkan selamat menjalani ibadah puasa buat semua yang menjalaninya..huhu =)
Sekian..Adioss~ ^_^V

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...