Followers :)

Aug 8, 2012

Motorsikal

Assalamualaikum dan Salam Satu Malaysia buat semua pembaca..hehe

Yeah..Aku kembali lagi kali nie bersama satu entri baru..Sebenarnya aku dah lama planning untuk buat entri pasal nie tapi kebetulan aku betul-betul tak da keja sekarang nie..So aku ambil keputusan untuk buat searching sikit di internet dan aku akan story and info dengan korang semua mengenai jenis-jenis motosikal..

Untuk pengetahuan korang semua la..Aku sememangnya peminat fanatik kenderaan berenjin beroda dua nie..hehe..Semuanya bermula dari aku kecik di mana aku suka sangat dengan rancangan Kamen Rider..Dalam rancangan nie setiap Kamen Rider or Hero nie mesti ada motor masing-masing..Dari situ la aku jadi minat gila dengan motorsikal nie..HAHA..Shhh.!!Jangan bagitau orang lain ok??Cita sini abis sini la erk??haha =D

Okay..Sekarang kita mulakan cerita mengenai jenis-jenis motorsikal yang ada..

1) Kapcai
- Motosikal jenis ini adalah motosikal kegunaan harian serta mampu milik..Penggunaan bahan bakar  juga jimat dan amat mesra pengguna..CC pada motosikal kapcai jugak tidaklah terlalu besar..Jika masa zaman 80an or 90an dulu,kapcai paling besar CCnya hanyalah 90cc jew tapi pada masa kini kapcai ada yang mencapai sehingga 150cc..Jika berlaku kerosakan,kos untuk repair pon tak la mahal sangat..hehe..Dan setahu aku la kan,motorsikal jenis kapcai nie kebanyakkannya terdapat di negara-negara Asia sahaja..Nahh..Nie contoh motorsikal jenis kapcai untuk korang tengok..hee


2) Scooter
- Motorsikal jenis scooter nie pulak ialah motorsikal yang menggunakan sistem gear automatik di mana kita tidak perlu untuk menukar gear semasa menunggang..Pulas throttle jew..hehe..Scooter nie jugak amat mesra pengguna dan CCnya pon sama juga seperti kapcai..Bagi aku motorsikal jenis nie sesuai la untuk aweks-aweks bergaya or untuk makcik-makcik yang nak ke pasar..hahaha..Tapi ada jugak golongan lelaki yang meminati motosikal jenis ini dan setelah di modified,nampak cun and smart pulak..hehe











3) Power Scooter
 - Motosikal jenis ini ialah sama seperti scooter tetapi CCnya besar iaitu ada sehingga 650cc..Ada juga yang 150cc,200cc dan 250cc..hehe..Dan saiz untuk power scooter nie sedikit besar dari scooter biasa..Iya la,CC dh besar,tak kan saiznya kecil..hihihi..Dan untuk info korang jugak,jika motor jenis nie mengalami kerosakan,kos untuk repair agak tinggi sedikit la berbanding motorsikal biasa..hehe

4) Choppers
- Motorsikal untuk lelaki sejati..hehehe..konon la kan..haha..Motorsikal jenis ini sebenarnya diasas oleh Harley Davidson..Mesti korang pernah dengar kan?? Apa yang aku faham,motorsikal chopper nie dia ialah custom bike iaitu diubahsuai dan handlenya agak tinggi sedikit serta tayar depannya panjang ke depan..Selalu orang panggil "monkeybar"..hehe..Nie gambarnya kalau korang tak dapat bayang..hoho

5) Cruisers
- Motorsikal jenis cruisers nie pulak sama macam choppers tapi nampak la perbezaan pada bahagian depannya..Cruisers nie handlenya tidaklah terlalu tinggi dan tayar depannya juga tidak memanjang ke depan..Cruiser nie sebenarnya dicipta untuk tunggangan santai..Ada 2 kategori dalam jenis motorsikal macam nie iaitu Cruisers dan Power Cruisers..Beza antara kedua motosikal nie ialah CCnya sahaja.. :)
Cruisers
Power Cruisers

6) Dirt Bikes
- Dirt bikes nie ialah motorsikal untuk tunggangan offroad(jalan lasak)..Selalu digunakan di dalam pertandingan offroad jarak dekat kerana CCnya tidak begitu besar iaitu seperti kapcai tetapi kekuatan enjinnya lebih kuat berbanding kapcai..Iya la,tunggangan jalan lasak kn??Mesti la kena kuat enjinnya..hehe

7) Enduro Bikes
- Enduro bikes pula adalah sama seperti Dirt bikes cuma yang membezakan antara kedua-dua jenis motorsikal nie ialah Enduro bikes ada lampu pada bahagian depan serta belakang untuk tunggangan waktu malam..Selain itu,CC Enduro bikes juga sedikit besar daripada Dirt bikes dan Enduro bikes nie selalunya digunakan dalam pertandingan offroad jarak jauh..Alaa..senang cerita orang kita selalu panggil motorsikal jenis nie dengan panggilan Scramble..kan kan kan??haha


8) Touring Bikes
- Motorsikal jenis nie dicipta untuk tunggangan jarak jauh di mana pada motorsikal nie disertakan sistem navigasi (GPS),enjin berkuasa besar sehingga 1000cc dan keatas,sistem tempat duduknya yang selesa(sebab untuk jalan jauh kn),tempat penyimpanan barang dan cermin windshield yang besar di bahagian depan..Kalau nak beli yang nie sememangnya tak mampu la..hehe

9) Sport Bikes
- Aku rasa korang semua kenal motorsikal jenis nie..hehe..Sememangnya motorsikal idaman aku nie dan aku pasti setiap lelaki mesti teringin memilikinya..hehe..Ada juga golongan wanita yang minat dengan Sport bikes nie..Sport bikes ialah motorsikal berkuasa besar dengan reka bentuk yang sememangnya direka sporty serta performance enjinnya sememangnya adalah terbaik.!!! haha..CC untuk kategori Sport bikes nie pula ada yang 250cc,500cc,650cc,750cc dan ada juga sehingga 1400cc..Selalunya orang kita akan panggil motorsikal jenis nie sebagai Superbike..hehe ;)

auww~ Lihatlah rupa bentuknya yang sexy itu..ahh..Aku tergoda..HAHAHA =D

10) Naked Bikes
- Naked bikes..Lain kan namanya kalau ditranslate ke bahasa melayu..haha =P  Motosikal jenis nie sebenarnya sama seperti Sport bikes cuma yang membezakannya ialah design rupa bentuknya di mana Naked bikes nie bahagian enjinnya nampak terdedah dan bagi aku Naked bikes nie semart juga dan sesuai untuk tunggangan yang bergaya..Nampak garang gitu..hoho ;D



11) Trials Bikes
- Motosikal jenis nie memang jarang or memang takda la orang naik di jalanan sebab ianya direka hanya untuk pertandingan sahaja..Rekabentuknya sangat simple dan sangat ringan..hehe..Pertandingan ini memerlukan para pesertanya mengawal keseimbangan Trial bikes nie dan mereka tidak dibenarkan menyentuh tanah dengan kaki..Dengar macam susah kn??hehe ;)



 Okay..Rasanya sampai sini dulu stoly-moly aku untuk kali nie..Sebenarnya ada pelbagai lagi jenis-jenis motorsikal yang lain pada masa kini selain daripada yang aku sebutkan di atas tadi..Kalau nak story semuanya memang 4 hari 3 malam tak habis..haha =p
Hope so info aku nie berguna la sedikit sebanyak untuk korang semua pembaca..Kalau yang tak suka baca entri aku nie tak pe,aku tak marah korang pon..haha..Memang impian aku untuk memiliki sebuah motorsikal berkuasa besar suatu hari nanti dan insyallah aku akan capai impian aku tu..hehe =)
Sekian saja,Adios~

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...