Followers :)

Oct 20, 2012

Ekspedisi Puncak Gunung Lucia

Assalamualaikum dan Salam 1 Malaysia buat semua..hehe ^^
Hello mosihi-moshi evelibadi..haha..First of all aku nak mohon maaf kerana sepatutnya aku update story nie hari Isnin yang lepas tapi oleh kerana kesibukan bekerja dan ketiadaan mood untuk menghupdate blog so aku decide aku nak update hari nie..HEHE

Ok..Seperti yang korang sedia maklum (yang tak sedia maklum tu,korang baca jela entri nie..haha),pada hari Sabtu baru-baru nie aku dengan 4 orang lagi kawan aku membawa diri untuk berekspidisi bagi menawan puncak Gunung Lucia iaitu salah satu daripada gunung yang terdapat di dalam Taman Bukit Tawau..Hehe..Mesti korang hairan kan kenapa kerap sangat aku pi Taman Bukit Tawau tu..Okay..Sekarang aku nak jawab pertanyaan korang tu walaupun ada yang tidak bertanya..HAHA =D
Aku suka environment kat sana..Suasana hutannya yang sangat menenangkan jiwa dan untuk pengetahuan korang jugak aku memang seorang yang minatkan cabaran ^^ Okay,cukup setakat itu..hehe..Now kembali ke jalan benar =.=" Apa kejalan yang benar daa..Kembali ke cerita yang sebenar..HAHA

Kami memulakan perjalanan ke sana seawal pukul 7am pada pagi Sabtu tu..Kami terpaksa sewa sebiji kereta untuk hantar kami 5 orang ke sana..Apa bole buat beginilah caranya kalau tidak memiliki kereta sendiri..  ♪, ♫, ♩ Tiada keretaku bawa kau jalan-jalan..lalallla  ♪, ♫, ♩ (menyanyi pulak =.=" ) 

Tapi sebelum tu,let me introduce to you all my expedition team..I present to you.!!(drum rolling)..TADAA.!!!

Hehe..Effect jew lebih..wakaka..Bermula dari atas sekali sememang yang kacak lagi bergaya(Puih.!!Kacak la sgt.!! =.= )..Aku,Danny,Frenly,Ronald, dan Sonny..Yang di bawah sekali sebelah kiri,tu ialah guide yang bawa kami ke puncak..hehee =)

So kami sampai di Taman bukit tawau sekitar jam 7.30am dan kami relax-relax dulu sementara menunggu Abg jeff dan guide kami sampai..Then Kami dikehendaki mengisi borang terlebih dahulu..Selepas isi borang,kami duduk sekejap di cafe yang ada kat situ untuk prepare diri secukupnya sambil-sambil pekena milo panas sorang secawan..hehe


So dengan rasminya setelah segalanya well prepared,kami memulakan perjalanan ekspedisi pada pukul 8.20am..Untun pengetahuan korang semua,perjalanan ekspedisi kami ialah sejauh 13km untuk sampai ke puncak.Aku difaham kan oleh guide kami yang trek untuk ke sana memang mencabar dan kebanyakan trek adalah jenis mendaki bukit dan ketinggian Gunung Lucia ini ialah setinggi 1201m dari aras laut..Woahh.!!sound interesting..hihi ^^
Orait..Lets go bebeh.!!!YEAH.!!

Perjalanan dimulakan..YEAH.!!

Langkah pokok itu Fren..haha..Sempat lagi posing..

Pitstop pertama setelah 30 minit perjalanan..

Di sini bermulanya trek mendaki..

Pitstop kedua 20 minit kemudian..penat oii mendaki..haha

Di kilometer ke-4,inilah view yang kami dapat..hoho..Tapi perjalanan masih jauh..


 Akhirnya setelah lebih kurang 5 jam perjalanan,kami selamat tiba di hostel atau kabin pada pukul 2pm..ARGHH.!!!at last..hehe..Di sinilah kami akan bermalam pada malam nie..hehe..So sampai ja,semua terus terduduk kepenatan..Baju basah dek peluh macam mandi..haha..Tapi perjalanan kami untuk ke puncak masih berbaki 2.5km sebenarnya..Kami stop di sini untuk drop barang-barang,rehat seketika dan untuk menikmati makan tengahari..Elok sangat la..Perut aku pon asyik menyanyi ja sepanjang perjalanan tadi..HAHA=D
Kat sini aku sertakan juga beberapa gambaran keadaan kabin nie dan sedikit info pasal kabin nie..Memang selesa..Ada 6 bilik keseluruhan dan satu bilik terdapat 6 katil di mana boleh memuatkan 6 orang..Katil,tilam bantal dan selimut memang disediakan..Ada dapur dan toilet serta bilik air..Bekalan air pon ada dan sememangnya sejuk macam air aissss...BRRRR.!!!haha..Just semasa kami pi sini,bekalan elektrik takda sebab menurut apa yang disampaikan oleh guide kami,ada problem dengan suis utama iaitu suis utama blow off.!! So nampak gayanya bertemankan lilin dan torchlight la kami malam nie..hehe
Laluan utama kabin..


Keadaan dapur yang cukup lengkap..hehe

Setelah kekenyangan dan badan pon dah kurang letih sikit..Tepat pukul 3.30pm,kami memulakan semula perjalanan mendaki ke puncak..PErghh.!!Terus-terang aku bagitau korang semua yang perjalanan menuju ke puncak lagi lasak dan mencabar daripada tadi..Kecerunan mendaki adalah sekitar 30 - 80% kecerunan..Korang boleh bayangkan sendiri kan..hehe ;)

Memulakan perjalanan ke puncak..SPREAD.!!! =D

Langkah itu pokok Danny.!!HAHA..Ada cerita di sebalik tabir gambar..

Hampir di situ..

Lihatlah kecerunan itu..Habis cramp segala otot-otot kaki..haha
Dan setelah puas trekking dan mendaki,AT LAST.!!..Kami sampai ke puncak akhirnya.. "Here we are broadcasting live from Peak Of Lucia" hahaha =D
Kami tiba di puncak pukul 5pm..Tapi keadaan puncak gunung nie tidak seperti apa yang aku jangkakan sebab hanya terdapat satu view ja macam kat gambar bawah nie..Selain dari view nie hanyalah pokok-pokok yang dah semakin meninggi..huhu..Tapi tak pela..Yang penting puas.!!!YEAH.!! =D
Rehat sebentar di sini sambil snap snap dan snap..Memang happening kami semua masa nie ;)

Semua rehat-rehat sambil menikmati permandangan..hehe

Seragam gitu okayyy..HAHA =D

Bersama guide kami yang macho..

YEAH.!! RUN AMO at the Peak Of Lucia.!!! ^_^
Setelah 30 minit berehat di puncak,tepat pukul 5.30pm kami memulakan perjalanan turun semula ke kabin sebab cuaca semakin gelap..Kalau kami lambat bergerak turun nanti kami terpaksa la trekking turun dalam kegelapan..haha..Tapi takpa,we are always be prepared..Torchlight sudah tersedia dalam beg..hoho ^^
Tapi sekejap ja kami sampai ke kabin sebab kami berlari turun..HAHA..Sekejap ja sampai..Pukul 6.20pm kami dah sampai di kabin..hee

Suasana senja mula berlabuh.. =)
Setelah sampai ke kabin,kami semua buat hal masing-masing dulu la..Ada yang berehat dulu,ada yang terus pi mandi..hehe..Sebelah malamnya,kami sama-sama masak untuk dinner dan selepas dinner kami stay di ruang luar kabin tu dengan hanya bercahayakan lilin..So kami just chit-chatting ja sambil bergelak ketawa..Macam-macam cerita ada..Cerita pasal pompuan,hantu,kenangan lalu dan macam-macam ada la..Macam Astro..HEHE =D
Sedar tak sedar jam dah pun pukul 10pm..So masing-masing membawa diri untuk check-in di katil masing-masing untuk berehat..

Keesokan harinya kami bangun seawal jam 6am untuk bersiap + sarapan + bersedia untuk trekking turun semula ke bawah..Setelah semuanya well prepared..Kami pon memulakan perjalanan turun..Ehh..Ehh..Ehh..Tapi sebelum tu..Last bergambar sebagai kenangan..Entah bila la lagi dapat sampai sini..huhu =)

So tepat pukul 8.20am kami pon memulakan perjalanan turun..Semuanya terpaksa berlari sebab keadan trek yang curam dan sentiasa menuruni bukit ja..Masa naik kena mendaki,so nak turun kena la berlari turun pulak..haha..Kami terpaksa menggunakan dahan-dahan pokok yang ada di tepi trek untuk bantu kami brek semasa berlari tu..Habis merah tangan..Tapi memang terbaikk la..Untuk sepanjang perjalanan turun nie kami hanya melakukan sekali pitstop dan hanya mengambil masa selama lebih kurang 4 jam untuk sampai di bawah..HAHA..Ekstrem habis..hihi ^^

Sampai ja di bawah..Semua nampak muka kepenatan..Rehat sebentar di bawah sebelum kami bertolak pulang..hoho..Untuk pengetahuan korang jugak,kami naik ke puncak nie bukan saja-saja tapi kami dapat sijil lagi..Macam naik gunung kinabalu la..hehe.Tapi masa turun nie sijil kami belom sempat siap..So nanti kalau dah dapat aku akan post gambar kat sini k..hehe

Sampai sini ja dulu coretan aku untuk kali nie..Sehingga berjumpa lagi di story aku yang seterusnya..Sebelum tu aku nak ambil sedikit kesempatan untuk ucapkan terima kasih kepada korang-korang yang sudi membaca story-story aku selama nie..Aku hargai sangat-sangat... =)
Sekian dulu dari aku..Adioss~ ^_^

2 comments:

  1. hai,,boleh tahu,, beraapa harga package utk 1 org klu nak pergi ya?

    ReplyDelete
  2. Bro
    Kemarin aku sampai lucia . Perghh gila bentuk muka bumi . Hahaha malangnya Aku injured time turun . Dan ada penampakan pada gambar yg d snap . Perghh

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...