Followers :)

Jun 27, 2012

Ride To PerLis !! ^^

Assalamualaikum dan Salam 1 Malaysia untuk semua.. ^^
Ok !! Bertemankan secawan nescafe panas yang aku bancuh sendiri nie,aku nak story dengan korang semua story perjalanan aku hari nie..hehe..Sememangnya terbaek !! Ohsemm !!haha ;D

Hari nie, 26hb Jun 2012,aku ajak membew-membew aku untuk ride to Perlis..Planning nie aku buat last minit and hanya 3 orang ja yang dapat join..Tak kisah la..Janji plan berjalan seperti yang telah dirancang..hehe :)

Kami memulakan perjalanan seawal pukul 8am..Tapi biasalah nak tunggu berkumpul sorang-sorang and pakat-pakat buat last check up and topup full minyak motor masing-masing,jadilah pukul 9am baru kami mulakan perjalanan..hehe..Kami mulakan perjalanan dengan memasuki Plaza Tol Sungai Petani Utara dan terus straight keluar ikut Plaza Tol Alor Setar Selatan..Then kami ikut jalan biasa..Bila ikut jalan biasa nie,bolehlah pit stop sekejap..hehe..Ada la sekali kami stop minum pagi kat kedai area Jitra..

ketika last check up sebelum memulakan perjalanan..hehe
On the way :)
Selepas selesai minum pagi,kami teruskan lagi perjalanan kami sehinggalah kami menjumpai ini..hehe

 Pintu gerbang yang tertulis "Selamat Datang Ke Perlis"..WAhh..Gembiranya hati tak terkira..Iya la..Mau tak gembira..Setelah hampir 2jam lebih riding akhirnya sampai ke negeri yang dituju..hehe..Tapi destinasi sebenar masih jauh lagi..hehe..Destinasi sebenar kami ialah Padang Besar,Perlis..hehe..Ada barang yang aku nak beli di sana..hoho.. ;)
Gambar-gambar lepas nie ialah gambar yang aku snap semasa kami dalam perjalanan melalui daerah Chuping..hehe
Damai permandangannya..

Seronok ja ride dalam suasana macam nie :)

Keriangan kawan aku jelas kelihatan di situ..haha

Ride sambil menikmati permandangan bukit-bukau yang indah

Kami sempat pit stop sekejap kat tempat di mana lokasi penggambaran Jangan Pandang Belakang Congkak dijalankan..Tempat yang cantik berlatar belakangkan ladang tebu yang terbentang luas..hoho

Semua gambar nak jew dia ada..HAHA ;D

Adegan filem yang tidak diluluskan FINAS..HAHA ;p

Setelah lama and keras punggong dah dok ride atas motor tu,akhirnya kami sampai ke destinasi yang dituju  iaitu Padang Besar..Untuk pengetahuan kepada sesiapa yang belum pernah sampai ke Padang Besar nie,tempat nie sebenarnya sebuah tempat di mana ada banyak barang-barang berjenama dijual dengan harga yang murah..HEHE..Kebanyakan barang di sini dibawa masuk dari Thailand..haha.. ;)
Destinasi yang nak dituju dah pon sampai..So kami pon mulalah berjalan-jalan and mencari barang yang hendak dibeli..Dan akhirnya barang yang aku cari aku jumpa and terus aku beli..haha..Mesti korang nak tahukan barang apa???Haa..Tu kena tunggu..Di last post aku nie japgi aku bagitau..hehe ;)

Kat sini kami punya ghairah berjalan shopping sampai sekeping gambar pon takda kami take..huhu..sedih sedih..Tapi tak pe..Lepas nie banyak gambar aku take untuk tatapan korang semua..Muahaha ;D

Lepas dah dapat barang yang dihajati,kami rehat sekejap sambil lunch di kedai yang ada kat area Padang Besar tu.. ;)
Barang yang dihajati dah dapat,so apa lagi..Seterusnya aktiviti jalan-jalan habiskan minyak la..hehe ;p
So kami ambil keputusan untuk pergi jalan-jalan di Gua Kelam..Dah lama aku tak datang tempat tu..Tapi sedih kami bila sampai sana sebab gua kena tutup untuk renovation so kami tak dapat masuk..

TAPI......Sememangnya rezeki menyebelahi kami pada hari ni..hehe
Kebetulan masa tu ada krew-krew dari RTM yang datang melawat kat situ..Jadi kami dibenarkan masuk ke dalam Gua Kelam kedua bersama-sama dengan dorang semua dan kami akan explore gua tu sejauh 600 meter..Syukur.!!hehe ;)
Alangkah terkejutnya bila aku masuk dalam gua tu..YA Allah !!Indahnya ciptaanmu.. ^^
Untuk pengetahuan semua,Gua Kelam sebenarnya ada 2 buah..Gua Kelam 1 dah lama orang jumpa and jalan masuk dalam gua tu cuma 300 meter tapi gua yang kedua baru saja di komersialkan untuk pelancongan..Dalam gua ke 2 nie,kita akan dapat lihat kesan peninggalan perlombongan bijih timah pada zaman dahulu..Sebenarnya agak menyeramkan semasa kami masuk gua nie..haha..DAN kami diwajibkan untuk memakai topi keledar keselamatan.. ;)
Korang layanlah gambar-gambar kat bawah nie..hee
Sesampai di sana..bergambar dulu..hehe

Kamen Rider Biru & Merah bersama motor masing-masing..hoho ;D

Bergambar kenangan kat depan Gua Kelam 1

Sape nie erk??haha ;p
 Ok..Now mula gambar-gambar masa kami explore Gua Kelam 2..
Muka ketakutan..haha ;p



Liku-liku jalan di dalam gua..

Bersama krew RTM menjelajah Gua Kelam 2


Kesan tinggalan melombong bijih timah

Suasana dalam gua..Seram tapi menakjubkan ;)

kena panjat tangga pon ada..adeii..haha


Keselamatan diutamakan..Topi Tak boleh bukak,nanti terhantuk..haha
Macam-macam kejadian lucu berlaku semasa kami dalam gua..HAHA..Ada yang terhantuk masa tengah exploring tu..Iya la..Ada laluan bahagian gua yang rendah ja and kena tunduk sikit masa nak jalan..hehe ;p

Selepas dah puas exploring gua,kami memulakan perjalanan balik ke Sungai Petani..Kami tiba semula di Plaza Tol Sungai Petani Utara pukul 6pm tepat..Balik rumah dan rest..LETIH TERKANGKANG..haha ;D
Biar pon letih tapi puas sebab aku and kawan-kawan aku dapat satu pengalaman yang tak tak kan kami lupa..
Haa..Korang nak tahukan apa barang yang aku hajati tu??? nie dia !!!!


Sebuah beg Deuter Futura 55+15L..hee ^_^
Sorry la kualiti gambar kurang memuaskan..Al maklumlah take guna fon jew..huhu :)
Sekian saja story aku untuk kali nie..Sorry sebab panjang story aku kali nie..Tapi nak buat camna..Sehari punya story kot..HAHA..Orait..PaiPai semuaa..Goodnyte !! ^_^V



Notakaki : Nanti balik aku nak pergi lagi..Kali nie aku nak amek package explore gua melalui jalan lasak.. ;D..Ada yang nak join?? ;p

3 comments:

  1. Pic time ride (Perlis) tu mcm kat Europe pulak :)

    ReplyDelete
  2. hee..nice kan aku snap??haha :p

    ReplyDelete
  3. Jom singgah kedai online beg deuter

    http://begdeutersale.blogspot.com

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...