Followers :)

Jun 2, 2011

Terdetik Sesuatu Di Hatiku

Assalamualaikum n salam sejahtera suma.. ^_^

Ary nie,aku mula bertugas di wad Male Medical Unit 1..Wad yang paling bz dan paling banyak kes berlaku..Macam2 kes aku jmpa td masa d wad tu..Dari penyakit yang berjangkit sampai la penyakit yang x berjangkit..Jadi precaution untuk diri sendiri memang perlu diamalkan semasa kt wad nie..

Aku sampai ja kt wad tu td pkul 7am bersama ahli2 kumpulan aku yang lain..Kbetulan kami sampai,CI (Clinical Instructor) yang bertugas jaga kami belom sampai..So kami suma diarahkan tunggu kt dalam satu bilik khas n bilik nie memang untuk student2 yang prktikal kt wad tu..So kami pown tggu jela kt dalam bilik tu..

Sementara menunggu tu,aku buka tingkap n jenguk..Then aku nampak pekerja2 buruh kasar sedang bekerja..Sebelah hospital nie sebenarnya tengah ada proses menaik taraf hospital nie..Aku tengok dorang,riak wajah dorang sangat menunjukkan kesungguhan dorang bekerja..Kesungguhan n keikhlasan aty dorang bekerja memang jelas terlihat  n keikhlasan serta kesungguhan tu semata2 demi untuk mencari rezeki untuk hidup dorang..Walaupown kerja yang dorang buat tu kerja yang berat n kerja yang mana dorang terpaksa berpanas dengan terik mentari serta membahayakan nyawa sendiri..Tapi dorang xkisah suma tu..

Kebanyakan pekerja2 buruh kasar nie sumanya pendatang asing..Al maklum lah,aku sendiri akui yang rkyat kita nie kadang2 ada yang jenis sangat memilih kerja..Dorang lebih rela mnganggur daripada buat kerja2 macam nie..Haimm..Ntah la..

Kemudian,aku nampak faber tengah cuci toilet..Kebetulan waktu tu aku nk mcok toilet tu..Faber tu nampak aku mcok then dia senyum jew kt aku..Memang senyuman dia sememangnya satu senyuman yang ikhlas..Kn ada juga pepatah yang ckp senyum itu satu sedekah..hehe..so aku balas la senyuman dia..Tapi bagi aku la..Dia masih boleh tersenyum walaupown kerja dia hanya sebagai seorang faber yang mencuci tandas..Dia xrasa malu pown dengan pekerjaan dia..Daripada ada sesetengah orang tu,dia tawu yang kerja dia hebat n dia berpangkat..Sometimes kalau kita senyum kt dia,jangan kata senyum,dia pandang kita pown xnk..Haimm..Dunia2..

So bila aku nampak org2 yang sebegini ary nie..Memang terdetik sesuatu kt aty aku nie iaitu xkira apa pown kerja yang kita buat..KEIKHLASAN n KEJUJURAN kita dalam melaksanakan kerja tersebut sangat lah penting..Biar apa org nk ckp..Asalkan kita ikhlas dalam melakukan tusasan2 atau kerja2 tersebut insyallah,urusan tersebut akan dipermudahkan..Dan kita juga akan rasa enjoy dalam melaksanakannya..

nie pic yang aku snap td..nie aku kecilkan saiznya..hehe
Sekian saja celoteh aku malam nie.Harap suma yang baca celoteh aku nie dapat la sedikit sebanyak apa yang aku cuba sampaikan nohh..hehe..Sehingga bertemu lagi..Adios.!!  ^_^'v

[ SELAMAT MALAM  ]

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...